Beberapa hari ni kat Twitter, golongan Libertard dan Woke SJW bising mengenai Dayang Senandong. Mereka bilang bahawa Dayang Senandong ni rasis, dan mengandungi unsur blackfaces yang konon menghina kaum kulit hitam di US. Saya tertanya-tanya, selepas membaca tweet-tweet tersebut, kita sekarang hidup di Malaysia atau New York sampai nak bawak budaya political correctnes negara sana ke sini sehinggakan cerita rakyat pun dilabel rasis?
Kat US sana, kita fahamlah perangai deme nak betulkan segala kesilapan deme. Deme ada beban dosa besar dalam sejarah dalam memperlakukan saudara kulit hitam kita. Dilayan sebagai hamba, dilayan setaraf macam binatang dalam zoo. Budaya PC wujud atas beban dosa mereka.
Dekat Malaysia, orang Melayu, Cina dan India tak pernah ada beban sejarah seperti ini. Kulit hitam pun berlambak dalam kalangan orang Melayu. Dan kita tak pernah melayan mereka berkulit hitam seperti mana mat salleh buat pada kulit hitam di sana.
Siapa yang tersinggung dengan Dayang Senandung di Malaysia? Ada keturunan ‘Black slave’ ke kat Malaysia? Pernah ke wujud undang-undang ‘Jim Crow’ di Malaysia? Siapa yang kena ‘lynch’ dengan Ku Klux Klan? Tak pernah pun berlaku kat sini!
Dan budaya Political Correctness ni datang daripada puak-puak Social Justice Warrior (SJW) yang melabel semua perkara sebagai ‘racist’, ‘misogynist’, ‘patriarchal’, ‘homophobic’ dan sebagainya.
Level PC geng2 ni sampaikan movie pasal zaman pertengahan Eropah, kena ada watak kulit hitam jadi bangsawan. Game The Witcher 3 beberapa tahun lepas kena kecam sebab tak ada “variasi kaum”.
Ada filem pasal Perang Salib, tapi sebab nak jaga hati orang kulit Hitam, makanya diletakkan watak Kulit Hitam jadi bangsawan yang ikut sekali seruan Pope untuk berjihad rampas Baitulmaqdis daripada tangan umat Islam.
Padahal bagitahu kita pada zaman-zaman tersebut, betapa kulit hitam di Eropah kalau wujud, letaknya sebagai seorang hamba. Mereka belum menjadi sebahagian daripada sejarah Eropah lagi.
Lepas tu ada pementasan pasal Founding Fathers of America, watak Alexander Hamilton, George Washington dan Thomas Jefferson, tapi pelakonnya semua pakai African-American. Kalau letak pelakon berkulit putih takut menyinggung perasaan kaum minoriti.
Kalau kita dok ikut sangat perangai deme ni, bayangkan 1 hari nanti, mungkin tak lama lagi, teater Natrah pun akan dikecam sebagai ‘promote child marriage’. Cerita Mahsuri pun patut diharamkan kerana ‘misogynist’. Dan kisah-kisah rakyat kita nanti lama2 akan menjadi mangsa.
Padahal kalau kita betul-betul hayati kisah Dayang Senandung, Dayang Senandong yang hitam tetap memiliki hati yang putih bersih. Dayang Senandong yang hitam lebih baik dari Puteri Mawarni yang putih jelita. Ia tidak mengejek mereka yang berkulit gelap secara semula jadi.
Orang Melayu dah lama memberi pesan kepada kita warna kulit tak membawa apa erti, kecuali kesucian hati kita, perbuatan dan tingkah kita. Tak akan cerita sebaik ini nak dimangsakan dek budaya di tanah asing yang berbeza dengan kita?
Orang Melayu tak berkongsi beban dosa besar Mat Salleh! Jangan diletakkan ke atas kami beban dosa besar mereka sampaikan kami kena patuh membabi-buta. Bawa jauh pemikiran yang berbeza uruf itu daripada negara kami.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih