Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pula kita lihat orang awam yang memakai glove   ketika menjalankan urusan seharian. Tahukah anda tindakan seperti ini tidak disarankan oleh KKM kerana ia tidak membantu mengurangkan penyebaran Covid-19. Tetapi mengapa masih ramai yang melakukannya meskipun umum mengetahui perkara ini salah? Saya cuba kupas dari sudut psikologi.

Katakan suatu hari, anda sedang berjalan dan bersiar-siar di taman. Kemudian anda sedang melintasi sekumpulan manusia yang semuanya sedang memandang ke langit. Tanpa berfikir panjang, kita juga turut mendongak ke langit.

Kemudian kita ambil contoh lain pula. Di satu majlis persembahan Hari Guru, seorang penyanyi solo memulakan persembahannya. Suasana hening seketika. Tetapi ada seorang rakan di sebelah anda mula bertepuk tangan. Ini diikuti oleh seluruh orang dalam dewan tersebut hingga bergema tepukan gemuruh, termasuklah diri kita.

Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku? Mengapa kita begitu mudah untuk terikut-ikut dengan apa yang orang lain lakukan?

Jawapannya ialah social proof (pengakuan sosial). Ia adalah situasi di mana kita seseorang individu itu merasakan dirinya bertindak betul apabila turut berkelakuan sama seperti orang lain. Contohnya macam dalam kes memakai sarung tangan itu tadi.

Dalam erti kata lain, semakin ramai orang yang mengikut sesuatu idea, semakin betul lah idea tersebut. Akan tetapi, fenomena ini sebenarnya ternyata salah dan tidak munasabah. Saya terangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Pada tahun 1950, seorang ahli psikologi terkenal, Solomon Asch mengendalikan satu siri eksperimen untuk membuktikan orang boleh terpengaruh dan menjadi “bodoh” jika mengikut-ikut pendapat orang lain. Ia terkenal dengan nama Confirmity Experiment.

Subjek diberikan satu kertas yang yang mempunyai satu garis lurus. Di tepinya pula, terdapat 3 lagi garis lurus yang berlainan panjangnya, iaitu dilabel A, B, dan C. Tugasnya cukup mudah, hanya perlu memilih garisan yang manakah sepadan dengan garisan pertama tadi. Ketika eksperimen dilakukan seorang diri, subjek dapat memberikan semua jawapan yang betul. Terlalu mudah bukan?

Permainan baru bermula, sekarang 5 orang lagi dibawa masuk ke bilik bertindak sebagai pelakon dan mereka semua tidak dikenali oleh subjek utama tadi. Soalan dipaparkan sekali lagi dan seorang demi seorang memberikan jawapan masing-masing secara lisan.

Setelah beberapa soalan dijawab dengan betul semuanya, para pelakon tadi mula memainkan peranan. Seorang demi seorang daripada berpakat untuk memberikan jawapan salah. Apabila tiba giliran subjek bagi memberikan jawapan, apa yang terjadi? Subjek tersebut akan turut memberikan jawapan yang salah dan mengikut jawapan kumpulan pelakon itu tadi!

Hasilnya, Solomon Asch mendapati bahawa 37% daripada subjek akan memberikan jawapan yang salah supaya selari dengan respons orang lain.

Jika kita cuba aplikasikan pada masalah sekarang ini, anda ialah subjek itu yang sebenarnya. Manakala para pelakon tadi ialah orang-orang yang anda lihat sedang menggunakan gloves dengan tidak betul seperti di pasaraya, stesen minyak, kedai runcit, ataupun di ketika menjual ayam.

Anda sebenarnya memang sudah tahu penggunaan gloves seperti ini adalah tidak betul kerana ia tidak mencegah penyebaran virus pun. Virus tidak mati jika berada pada sarung tangan. Kemudian sarung tangan yang dipakai itu tidak pernah ditukar seharian. Gloves itulah yang memegang ayam, menyapu muka, mengelap peluh, dan kemudiannya memberikan baki duit kepada orang lain.

Anda sudah tahu perkara ini salah, tapi percayalah 37% daripada anda akan cuba melakukan perkara yang sama.

Tidakkah anda terfikir kenapa kita bertindak sebegini? Kerana pada masa lampau, perkara seperti ini adalah penting untuk kelangsungan hidup. Katakanlah kita hidup pada 10,000 tahun yang lalu dan kita adalah manusia pemburu nomad sedang mengembara di dalam hutan.

Tiba-tiba sekumpulan pemburu yang lain melarikan diri beramai-ramai dari sesuatu. Apakah yang kita lakukan? Menyiasat terlebih dahulu sebab mereka melarikan diri? Tidak, kita akan turut mengikut mereka berlari tanpa memikirkan sama ada haiwan yang mereka larikan diri itu singa, harimau, ataupun hanya kucing. Kita adalah daripada generasi itu, dan kita melakukan perkara yang sama. Cuma situasinya sahaja yang sudah berubah sekarang.

Tetapi terdapat juga beberapa kes yang mana social proof  ini mempunyai manfaat kepada kita. Contohnya ketika anda sedang melancong di negara asing dan tidak tahu di mana harus makan. Pilihan yang bijak ialah dengan mengikuti orang ramai dengan memilih restoren yang ramai orang pergi. Jangan cuba bertindak pandai pergi ke tempat yang tidak ada orang pula ya kerana mungkin di situ makanan tak sedap.

RUJUKAN:

  1. Asch Confirmity Experiment. https://www.youtube.com/watch?v=NyDDyT1lDhA
  2. Pakai sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan. https://www.sinarharian.com.my/article/75993/KHAS/Koronavirus/Pakai-sarung-tangan-di-tempat-awam-kurang-digalakkan
  3. CORONAVIRUS: CAN LATEX GLOVES PROTECT YOU FROM CATCHING DEADLY VIRUS?. https://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/coronavirus-do-gloves-work-stop-virus-spread-symptoms-outbreak-a9362871.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis merupakan graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Universiti Manipal, India. Sekarang sedang berkhidmat di salah sebuah hospital di Pantai Timur tanah air. Peminat psikologi, sejarah, dan Hamka.

Comments are closed.