Terfikir tak kenapa tiba-tiba Uthmaniyah sertai Perang Dunia Pertama? Sebenarnya ia ada kaitan dengan propaganda yang dijalankan oleh Jerman.

 

Pada minggu pertama bulan November tahun 1914, gabungan Triple Entente atau Sekutu yang berperang dengan Empayar Jerman mengisytiharkan perang terhadap Empayar Uthmaniyah.

 

Sheikhul Islam (mufti besar) Uthmaniyah mengemukakan lima fatwa ringkas dalam satu perhimpunan umum di Istanbul.

 

Upacara ini merupakan deklarasi melancarkan perang jihad Empayar Uthmaniyah menentang Rusia, Perancis dan Inggeris.

 

Seruan jihad ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia melalui mesej yang ringkas: Hukum fardhu kifayah dalam jihad sudah berubah menjadi fardhu ain kerana Khalifah perlu menghadapi ancaman musuh-musuh Empayar Uthmaniyah, maka jihad juga sudah menjadi kewajiban fardhu ain bagi semua umat Islam di seluruh dunia.

 

Sebenarnya Jerman dianggap sebagai dalang yang menciptakan jihad secara praktikal sebagai alat perang dan si pelaku yang bukan berbangsa Eropah hanyalah menjadi kambing hitam.

 

Tidak dinafikan bahawa Kaisar Wilhelm II memang obses terhadap Islam dari segi sejarah dan kebudayaan.

 

Maharaja Jerman itu mula menunjukkan minat terhadap Islam ketika kunjungannya pada tahun 1889 ke Empayar Uthmaniyah, di mana dia tertarik dengan tarian Circassia di istana semasa bertemu dengan Sultan Abdulhamid II.

 

Kunjungan seterusnya adalah ke Jerusalem (Baitulmaqdis) di bawah naungan Uthmaniyah yang membuat Wilhelm yang terpukau dengan keindahan senibina dan sejarah tanah suci itu hingga dia menyatakan, sekiranya dia tiba di sana sebagai seorang agnostik, “Aku pasti akan menjadi seorang Mohametan!” (istilah barat merujuk kepada umat Islam yang mengikuti ajaran Nabi Muhammad S.A.W.)

 

Semasa mengunjungi Masjid Umayyah di Damsyik, Wilhelm merasa kesal kerana jasad seorang pahlawan Islam yang amat dikaguminya itu berada dalam keadaan yang serba kekurangan.

 

Maka, Wilhelm menyumbangkan batu marmar yang baru untuk menghiasi makam tersebut.

 

Namun sebenarnya Jenazah Salahuddin bukanlah ditempatkan di dalam kubur yang dihiasi marmar sumbangan Wilhelm itu, sebaliknya makam di situ mempunyai dua buah kubur iaitu satu kubur kosong yang dihiasi marmar dan satu lagi barulah kubur yang menempatkan jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

 

Tidak lama kemudian Kaiser Wilhelm II mendapat jolokan sebagai “Haji Wilhelm”. Khabar angin mengenai maharaja Empayar Jerman telah memeluk Islam tersebar meluas beberapa dekad selepas itu.

 

Tetapi jangan lupa, dalam kegilaan Wilhelm menunjukkan obsesinya terhadap Islam, maharaja itu cukup sedar dan memahami bahawa kelompok “Mohametan” boleh dijadikan senjata rahsia Jerman dalam agenda melawan campur tangan Empayar British dan sekutu.

 

Ratu British dan Maharaja Jerman bukanlah orang asing kerana hampir setiap empayar Kristian di Eropah adalah berasal dari kaum kerabat yang sama.

 

Namun keluarga imperialis Eropah ini tetap berakhir di medan perang, dengan mengheret sekali Empayar Uthmaniyah selaku ‘orang asing’.

 

Oleh itu, langkah Jerman dimulakan dengan mengikat ‘pertunangan’ di antara dunia Islam dengan Berlin menggunakan besi dan keluli, ya, Kaiser Wilhelm II meluluskan dan membenarkan projek pembinaan landasan kereta api antara ibu kota Jerman dengan Baghdad di Iraq yang menjadi mimpi ngeri bagi British.

 

Namun, Revolusi Turki Muda pada tahun 1908, yang menggulingkan Sultan Abdulhamid II menimbulkan masalah kepada politik Turki-Jerman.

 

Mujurlah nasib masih menyebelahi Wilhelm kerana salah seorang pegawai terpenting dalam Turki Muda, Enver Pasha merupakan seorang pegawai Uthmaniyah yang lebih pro-Jerman secara aktif berbanding Abdulhamid.

 

Pegawai-pegawai Jerman bekerjasama dengan mereka dari negara-negara Islam untuk sebarkan propaganda jihad.

 

Mereka menggunakan orang seperti Wilhelm Wassmuss, Curt Prüfer, Paul Schwarz, dan Leo Frobenius untuk menyebarkan pesanan tersebut di kalangan umat Islam di wilayah-wilayah yang berbeza.

 

Dipendekkan cerita, akibat menyertai Perang Dunia Pertama, wilayah Uthmaniyah dipecahbelahkan oleh pihak yang menang dan menjadi hak milik mereka. Dan seperti semua orang tahu, penyudahnya Empayar Uthmaniyah tumbang pada 1924.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply