Sebut saja Landasan Keretapi Hijaz, ramai tahu ia merupakan projek mega yang direncana pemerintah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II. Ia sebagai cara bukan saja memudahkan pengangkutan jemaah haji ke Makkah dan Madinah tetapi mengukuhkan kawalan kerajaan terhadap wilayah-wilayah Semenanjung Tanah Arab. Akibatnya, ia kerap disabotaj sebelum akhirnya, ia tidak dapat disiapkan gara-gara Perang Dunia Pertama (WWI).

Kini, seorang arkitek Jordan melihat bahagian landasan ini di Amman, Jordan sebagai satu peluang untuk mengubahnya sebagai taman awam. Idea menukar kawasan landasan sebagai kawasan persiaran untuk orang ramai bukan sesuatu yang baru. Tetapi bagi arkitek Hanna Salameh, projek yang diusahakannya berbeza kerana ia tidak memerlukan satu sen daripada dana kerajaan dan berupaya menjana pendapatan sendiri.

Ada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi buku daripada Ayman? Kalau masih ada yang belum, jom rebut peluang ini sekarang! Klilk: shopee.com.my/thepatriotsasia

Projek ini telah diusahakan selama empat tahun oleh sekumpulan 10 orang individu. Model kewangan untuk membiayai taman ini dijangka datang daripada penderma-penderma peribadi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan asing dengan kos dijangka mencecah ratusan ribu dinar Jordan. Pendapatan taman ini akan dijana menerusi papan iklan, ruang perniagaan untuk disewa dan lampu-lampu jalan yang dipasang sel fotovolta.

Jadi, mengapa idea ini menjadi tumpuan? Menurut Salameh, amat jarang melihat taman awam wujud di Jordan disebabkan ketiadaan dana kerajaan. Dan disebabkan ia mempunyai kaitan dengan perjalanan haji ke Baitullah, kawasan tanah sekitar Landasan Keretapi Hijaz ini diisytiharkan sebagai tanah wakaf oleh pihak berkuasa agama Islam negara itu. Ini bagi memastikan ia tidak diceroboh untuk kegunaan komersial.

Dengan jarak sejauh 26 km dan keluasan lebih 30 meter persegi, kewujudan persiaran ini dianggap satu berita baik kepada penduduk sekitar. Ada yang menjadikannya sebagai tempat untuk bersiar-siar dan bersenam. Di sebalik keinginan komuniti setempat yang mahu ia dimanfaatkan sebagai taman awam, ada yang bersikap ragu-ragu sama ada ia boleh bertahan atau tidak.

Bagi seorang penduduk tempatan, Hanan Abdelhadi, dia tahu taman ini berpotensi dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tetapi menurut Salameh, berdasarkan kajian dan data yang diperoleh, kebanyakan pelaku vandalisme terdiri daripada remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun. Justeru, mereka turut memikirkan semua aspek untuk persiaran ini termasuk golongan remaja agar ia dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Selain penduduk setempat, projek Salameh ini turut mendapat perhatian pemegang taruh yang ada kaitan dengan Landasan Keretapi Hijaz. Bagi jurutera Yayasan Landasan Keretapi Hijaz, Emad Hayari, ia dapat menjadi satu lagi tarikan pelancong di Jordan. Yayasan ini bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara landasan bagi pihak kerajaan Jordan.

Ada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi buku daripada Ayman? Kalau masih ada yang belum, jom rebut peluang ini sekarang! Klilk: shopee.com.my/thepatriotsasia

Di sebalik semua ini, hakikatnya hanya satu bahagian Landasan Keretapi Hijaz yang masih berfungsi. Bahagian landasan yang menghubungkan Amman dan Damsyik, Syria sejak 1999 digantung selepas perang saudara tercetus di negara itu. Sementara bahagian landasan yang membawa fosfat ke Aqaba pula ditamatkan operasi pada 2018. Hanya bahagian landasan Amman-Jiza saja yang masih berfungsi dan menarik lebih 20,000 orang pelancong setiap tahun.

Salameh berharap model taman yang dibangunkan untuk bahagian landasan ini dapat ditiru bukan saja di sepanjang laluan Landasan Keretapi Hijaz. Malah, ia diharap dapat memberi kegembiraan kepada orang lain bila ia digunakan sebagai model taman-taman awam lain.

RUJUKAN

Mraffko, C. (2022, 13 Januari). Hejaz Railway: Turning Jordan’s historic line into a park for the people. Middle East Eye.

Sumber gambar: Clothilde Mraffko/Middle East Eye


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply