Dunia Arab kaya dengan dua sumber alam, iaitu minyak mentah dan pasir. Hanya pasir keras sahaja yang boleh digunakan untuk pengeluaran konkrit. Tetapi bukan setiap orang memerlukan konkrit, hanya zon perindustrian sahaja.

Jadi dalam usaha mencari minyak untuk pengeksportan, Libya secara tidak sengaja menemui rizab air mentah begitu banyak tertanam di bawah tanah. Penemuan tahun 1953 itu memangkinkan sebuah idea yang lain dari lain.

Kerajaan Libya ingin membuat projek sungai buatan manusia. Namun kerajaan tersebut tidak dapat membuat apa-apa pun, kerana digulingkan melalui sebuah revolusi yang menaikkan Muammar Gaddafi.

Gaddafi memegang sebuah matlamat pemodenan Islam.

Mula berkuasa pada 1 September 1969, beliau hanya sempat berkawan dengan Gamal Abdel Nasser selama setahun sahaja. Gaddafi memastikan industri minyak dijadikan aset negara, dan menggunakan perolehan kerajaan untuk mengukuhkan angkatan ket3nteraan Libya.

Dan Gaddafi amat meminati projek sungai buatan manusia.

Hasil Kerja Bermula

Walaupun ilham projek tersebut dibentangkan sekitar 1960-an, usaha pembangunan tidak bermula sehinggalah tahun 1984. Projek ini dibahagikan mengikut fasa yang mendapat dana daripada kerajaan Libya.

Konsortium Dong Ah dan Al-Nahr Company Ltd mengorek sebanyak 85 juta m³ tanah sehingga 28 Ogos 1991

Menggunakan barangan diimport dari Australia dan Korea Selatan, fasa kedua bermula yang dinamakan “First Water To Tripoli”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu amat menyukai projek ini dan berbesar hati untuk memberikan latihan intensif kepada jurutera dan juruteknik terlibat.

Fasa kedua pun diisytiharkan siap pada 1 September 1996, tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana negara pun apatah lagi dalam bentuk pinjaman bank-bank dunia.

Kerajaan Libya mengeluarkan AS$25 bilion secara berperingkat, yang mungkin bernilai AS$51 bilion pada tahun 2020 selepas inflasi.

Sumber Air

Sebelum Fasa Kedua bermula lagi, air sudah disalurkan ke tempat takungan Ajdabiya, Grand Omar Muktar dan Ghardabiya. Fasa kedua menyalurkan air ke Tripoli.

Semuanya ditarik daripada bawah tanah yang dinamakan Sistem Rizab Nubian Sandstone yang terkumpul sejak Zaman Ais dulu. Jelas sekali air ini tidaka boleh diperbaharui dan jumlah yang terkumpul pun tidak diketahui.

Kerajaan Libya mengatakan sumber ini boleh digunakan hampir 1,000 tahun. Namun anggaran pihak ketiga pula agak skeptikal, bahawa ia mungkin akan kering dalam tempoh 100 tahun.

Walau mana pun, sumber air mentah ini digunakan Muammar Gaddafi bagi tujuan pertanian, menghubungkan seluruh Libya dengan sumber paling penting untuk manusia.

Dugaan Paling Besar

Sama seperti pemimpin lain, Muammar Gaddafi juga tidak terlepas daripada persengketaan awam. Orang tidak suka pemimpin yang berkuasa terlalu lama.

Bayi dilahirkan pada tahun 1969 tidak pernah melihat pemimpin selain Gaddafi sehinggalah penggulingannya yang tercetus kerana Kebangkitan Dunia Arab.

Sebuah pep3rangan saudara berlaku antara kerajaan Libya dan penentang-penentang Gaddafi.

Pihak NATO berjaya meluluskan campurtangan dibawah Resolusi UNSC 1973 yang tidak dihalang Rusia dibawah Dmitry Medvedev.

14 negara Barat termasuk Turki melancarkan s3rangan NATO terhadap Libya, yang turut merosakkan laluan sungai ini (Ryan, Elgoodl & Pearce, 2013).

Infrastruktur pengairan ini teruk diabaikan kerana kerajaan sedang bergelut untuk menamatkan pep3rangan.

Sehingga tahun 2019, dijangka 101 daripada 479 telaga di sistem pengairan barat tidak lagi dapat digunakan (Laessing & Elumami, 2019).

Pada 10 April 2020 pula, sebuah stesen pemantauan air di Tripoli telah dir4mpas suatu pihak yang memutuskan bekalan air kepada dua juta orang (Al Jazeera, 2020).

Sembilan tahun selepas kejatuhan Gaddafi pun masalah ini masih belum selesai. Dikhuatiri Libya memerlukan 42 tahun untuk membetulkan semula selepas menolak pemerintahan 42 tahun Gaddafi.

Seketika ini, jawatan Gaddafi dipegang oleh dua ketua negara yang bertembung antara satu sama lain.

Fayez al-Sarraj merupakan Presiden Libya yang diiktiraf antarabangsa. Tetapi kuasanya dicabar Aguila Saleh Issa yang juga membawa Perdana Menteri dan Presiden Dewan Perwakilan sendiri.

Libya senang kata retak menanti b3lah… ataupun sudah terb3lah dan masih retak lagi.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2020, April 11). UN condemns water cutoff to Libyan capital Tripoli.

Laessing, U., & Elumami, A. (2019, Julai 2). In battle for Libya’s oil, water becomes a casualty. Reuters.

Ryan, M., & Elgoodl, G., & Pearce, T. (2013, Julai 22). Libya says six (ditapiskan) in (ditapiskan) near Brega. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.