Pada musim sejuk 2018, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador meluluskan projek kontroversi Tren Maya atau Keretapi Maya. Projek ini diharap menjadi projek pengangkutan yang membolehkan penduduk merentasi Semenanjung Yucatan yang terletak di tenggara Mexico. Bagaimanapun, projek ini ditentang ramai pihak kerana ia dikhuatiri merosakkan banyak tapak arkeologi milik Tamadun Maya.
Dan apa yang dibimbangi komuniti orang asli dan sejarah akhirnya menjadi kenyataan. Ini selepas sebuah akhbar melaporkan penemuan 2,500 struktur pra-Sepanyol dan 80 kawasan perkuburan di satu bahagian laluan Tren Maya.
Projek Tren Maya yang berukuran 1,500 km dianggap satu malapetaka alam sekitar. Ini kerana berikutan perlaksaan pembinaan projek tersebut, tidak diketahui berapa banyak tapak Tamadun Maya yang rosak atau mu.sn.ah sebelum dapat dinilai oleh Institut Antropologi dan Sejarah Alam Semulajadi Mexico (INAH). Di sebalik tentangan ramai pihak, kerajaan Lopez Obrador menegaskan ia cara terbaik menghubungkan kawasan pedalaman dengan resort-resort pantai sekitar Yucatan.
Selain kawasan-kawasan perkuburan, pasukan arkeologi menemui ratusan seramik dan bangunan-bangunan yang mempunyai reka bentuk yang rumit. Untuk seramik saja, ia terdiri daripada 30 buah tembikar lengkap dan 60,000 fragmen tembikar. Kesemua tapak arkeologi Maya ini dikenalpasti menerusi rujukan geografi GPS, teknologi LIDAR dan imej satelit topografi.
Antara artifak-artifak yang menarik perhatian pengkaji arkeologi ialah persembahan kepada dewa-dewi dalam bentuk mangkuk dan muncung botol dengan empat mamiform sokongan. Empat sokongan mamiform ini mewakili payu dara wanita dengan pentarikhan karbon meletakkan ia dari 100 SM kepada 300 Masihi. Sejarawan melihat tempoh tersebut sebagai tempoh kemerosotan orang Maya.
Mangkuk dan muncung botol ini berkemungkinan digunakan oleh golongan elit yang memerintah ketika itu untuk upacara keagamaan atau detik politik yang penting. Kebiasaannya, cecair berharga seperti coklat dan minyak wangi disimpan dalam bekas-bekas ini. Menariknya, analisis awal menunjukkan orang Maya sudah berada di situ dari 700 SM hingga 800 Masihi. Ini menunjukkan bekas-bekas ini digunakan bukan saja untuk acara-acara mewah tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Di sebalik tentangan keras sesetengah pihak terhadap Tren Maya, satu hikmah projek ini ialah ia mendedahkan pelbagai tapak arkeologi Maya di kawasan yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah tapak arkeologi Panjale yang terletak di Boca del Cerro, satu kawasan di tebing Sungai Usumacinta yang mengalir ke tenggara Mexico dan barat laut Guatemala.
Kawasan ini dikatakan dihuni oleh orang Maya sehingga 1450 Masihi. Di tapak ini saja, pengkaji arkeologi menemui 8,000 fragmen tembikar, 14 tembikar lengkap dan lima buah monumen lama. Pasukan INAH turut mendapati menerusi lapisan tapak berkenaan, terdapat tujuh era pembinaan yang berbeza di Panjale.
RUJUKAN
Sahir. (2021, 25 Oktober). Mexico’s ‘Tren Maya’ Project Reveals Countless New Sites and Burials. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih