Aku ingat lagi zaman sekolah aku. Bagi aku, kita semua yang tak skema, yang zaman nakal-nakal dulu pernah pakai toyol. Kalau zaman aku sekolah dulu, trial dengan exam biasa, kami dalam kelas ada sistem tersendiri dalam meniru. Ini semua telah kembalikan nostalgia zaman sekolah betul.
Aku tolong Sejarah, member cina yang selalu score 100 math akan tolong Math, yang power subjek-subjek lain akan tolong setiap antara satu sama lain dalam kelas. Dan cara kami buat gini memang dah dirancang, dan aku tak rasa sekolah aku jer, semua sekolah sama. Kalau kau tak pernah buat, tahniah lah aku ucapkan sebab kau mesti murid kesayangan cikgu, dan pelajar contoh.
Sebab tu masa orang tuduh cerita ni tak tiru Bad Genius, aku tak berapa setuju sebab sekolah-sekolah kat Malaysia pun pernah buat benda yang macam dalam Bad Genius. Cerita dia kantoi atau tak kantoi jer. Dan pengalaman kita sebagai rakyat Malaysia bawak toyol masuk dalam kelas pun akhirnya diterjemahkan ke dalam bentuk TV Series.
Aku boleh beri jaminan yang Projek Anchor SPM ni memang netflix material. Kalau Bad Genius genre dia ke arah heist, cerita ni genre dia ke arah Teen Drama. Tak fokus sangat kat heist dia, tapi fokus bagaimana perkembangan karakter-karakter ketika melalui usia remaja mereka, dan bagaimana peristiwa rancangan meniru mereka ini membuatkan mereka jumpa kedewasaan mereka.
Itu resepi utama kalau untuk teen drama. Dan resepi ini berjaya dicapai dengan baiknya dalam drama ni. Sebab tu aku cakap ia berjaya. Kau dapat tengok budak-budak ni kenal erti persahabatan, kenal erti setia kawan, deme kenal erti cinta monyet, deme kenal pasal pengkhianatan, kekeluargaan dan seumpama dengannya.
Setiap watak dalam cerita ini memang represent setiap elemen yang ada. Semua ni dicapai dengan projek nak meniru dalam SPM diaorang sebagai anchor yang mengerakkan semua perkembangan watak tersebut. Tapi takde perkembangan watak sebaik watak Hilmi.
Hilmi, ketua pelajar yang awalnya berpesan bahawa pelajar STIA tidak akan mengkhianati kawan. Itu prinsip setiap batch budak sekolah STIA ni. Tapi perkembangan watak dia daripada seorang ketua pelajar yang cover member-member dia buat hal, kepada seorang yang akhirnya menjadi pengkhianat kepada kata-kata dia.
Pelakon yang bawa watak ni ni berjaya membawa watak tersebut dengan baik. Kerana cinta, kerana belahan jiwa, dan bagaimana dia potray dia patah hati, dia potray rasa dikecewakan, bagaimana dia potray dendam dia, dan Nadhir yang bawa watak Hilmi memang berjaya.
Sebab tu walau dia buat benda paling jahat pun, tetap ada fans yang support Hilmi sebab faham kekecewaan yang dia hadapi. Kalau ada orang support heel turn villain, bermaksud writing tu superb atau pelakon dia berjaya watak tersebut atau kedua-duanya.
Dan bukan sahaja Hilmi jer berjaya watak dia dengan berjaya. Adlin sebagai Pengetua yang desperate nak jaga nama sekolah, Aizad sebagai cool-guy yang misterius, atau Aida yang yang tersepit antara keluarga dan membantu sahabat. Kau memang dapat feel dengan lakon diaorang, lontaran skrip, dapat rasa perasaan dan ada empati pada kisah hidup deme.
Semua pelakon-pelakon ni adalah pelakon muda, yang bukan atas 30-an, dan kebanyakan pelakon baru dan mereka lebih berjaya dari pelakon yang dah ada nama. Tahniah sebab casting yang sesuai dengam watak. Aku suka betul dengan lakonan budak Nogori yang menangis masa dalam bilik pengetua masa kena soal siasat. Woii, siapa sangka Daiyan Trisha boleh berlakon?
Ada juga scene-scene macam aku rasa agak cringe, tak logik dan tak bersandarkan realiti sangat. Tapi elemen gini memang wujud dalam Teen Drama, sebab nak karter audiences remaja yang tonton. Aku rasa ada babak yang macam pengarah dia berangan sangat.
Macam tak wujud babak-babak pasal kehidupan sekolah-sekolah di Malaysia macam yang dipaparkan dalam cerita ni, tapi aku maafkan atas lesen kreatif nak bagi cerita ni lebih dramatik. Kalau realiti sangat membosankan pulak nanti. So elemen overdramatik, yang jadikan macam tak logik tu patut ada dalam cerita ni.
Aku puji macam mana jalan cerita Projek Anchor SPM buatkan aku ada kepercayaan semula pada drama Melayu. Satu-satunya drama Melayu yang buat aku tak senang duduk, bertepuk tangan, menyokong setiap watak-watak dalam ni. Aku boleh ada rasa empati pada watak-watak dalam ni, dan dah lama aku tak rasa benda ni masa layan drama Melayu sebab most of the time aku akan kutuk watak, skrip dan seumpama dengannya.
Lepas tu aku puji team prop dalam ni. Diaorang nak gambarkan bahawa suasana macam awal 2000-an macam tu. So, dalam cerita ni muzik yang budak-budak ni dengar, handphone yang digunakan, artis yang jadi pujaan, kereta yang dipakai pada zaman tu, fesyen rambut macam belah tengah si Hilmi dok buat, semua kena pada zamannya. Sesuatu yang kebanyakan drama dan filem Melayu tak mampu capai.
Plot-plot hole yang muncul pada setiap episod juga berjaya ditimbus dengan baik pada episod 7, menjawab kebanyakan soalan. Dan ending dia pulak aku agak baik, dan taklah menutup segala persoalan lain sebab ini penting untuk apa-apa peluang spin-off dan juga season 2.
Yang terakhir, aku nak puji sangat sinematografi dia. Cantik sangat aku tengok cerita ni, dan kenapa aku angkat satu level atas daripada kebanyakan drama Melayu yang lain. Director dia bukan pemalas, sentiasa cari shot yang menarik, dengan pengunaan grading warna yang kena dengan situasi, dan setiap babak yang dirakam. Bukan macam kebanyakan drama Melayu, pemalas betul. Shot alah kadar. Aku boleh cakap macam pengaruh sinematografi K-Drama sangat kuat dalam cerita ni.
Berapa bintang aku bagi? 7/10 aku rasa. Aku ulangi lagi, cerita ni capai level Netflix Material, bahkan jauh lebih baik daripada sebahagian drama-drama bersiri yang ada di Netflix. Sebab banyak jer citer omputeh dan Korea kat Netflix aku tak habis tengok, tapi cerita ni aku boleh tengok sampai habis.
P.S: Music score, OST untuk cerita ni pun besttt.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih