LGBT want to be accepted for who they are, yet they weren’t able to accept themselves for who they were.

Ironic.

Mereka menuntut orang ramai memerima mereka, sedangkan mereka gagal menerima asal kejadian diri mereka sendiri.

Apalah makna hidup jika tak redha dengan tuhan?

Definisi LGBT

LG–Lesbian Gay (Homoseksual).
B–Biseksual.
T–Transeksual

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4,
• Homoseksual: cenderung atau tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya.
• Biseksual: seseorang yang ada kecenderungan untuk melakukan hubungan seks antara lelaki dan wanita.
• Transeksual: seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang ingin berpenampilan songsang atau menukar jantina seperti lelaki menjadi wanita atau wanita menjadi lelaki melalui cara berpakaian atau melalui pembedahan.

Kian parah hari ke hari.

Di Malaysia, kelab hiburan gay telah wujud di negara kita sejak akhir tahun 70-an lagi. Bercambah pula rumah urut yang menawarkan ‘pakej asmara’ dengan gay lelaki. Sampaikan pelancong pun kenal istilah dunia gelap seperti Fresh, Friendly, Haven, Khun, Jari Mas dan Arlena. Pada 2000, wujudnya spa yang menjadi port golongan gay memuaskan nafsu.

Terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti, menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran Pink Triangle Foundation. (TEH, 1998:169)

Bengkel Konsensus Kebangsaan menganggarkan seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan, 5,000 pekerja seks lelaki dan 5,000 transeksual di Malaysia. Pada 2013, Pew Research Center memaparkan statistik 9% rakyat Malaysia bersetuju dengan LGBT.

Pada 2017, buku bertajuk “The Making of a Gay Muslim. Religion, Sexuality and Identity in Malaysia and Britain”, karangan Shahnon Shah pula diterbitkan. Pride March anjuran Taylor’s University cuba diadakan pada bulan Ramadhan. Di tahun yang sama, seorang transgender rakyat Malaysia memenangi Miss Transsexual di Australia.

Pada 7 Julai 2018, The National Human Rights Society (Hakam) tidak tahu malu, bersuara menerjang pendirian rakyat Malaysia yang bertegas tidak mengizinkan gejala buruk LGBT merebak di tanah air, demikianlah kenyataan setiausahanya; Lim Wei Jiet.

Pro-LGBT menuntut 377A Kanun Keseksaan dihapuskan supaya perkahwinan songsang dapat dilangsungkan tanpa sekatan undang-undang.

Antara gerakan pro-LGBT di Malaysia:

1- Sisters in Islam
2- Komuniti Muslim Universal (KMU)
3- Justice For Sisters (JFS)
4- Pelangi Campaign
5- Amnesty International
6- PT Foundation
7- Seksualti Merdeka
8- The National Human Rights Society (Hakam)
9- Axcest
10- forPLU
11- Fridae
12- PurpleLab
13- Queer Malaysians
14- Tilted World
15- Utopia-Asia

Comango

Dokumentasi COMANGO bertarikh 11 Mac 2013 yang menjadi asas semakan rekod hak asasi manusia pada 24 Oktober 2013 begitu membimbangkan.

Sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan dan hak sama rata kepada golongan LGBT, Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah menuntut Malaysia menerima syor-syor mereka dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) tahun 2013 anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Secara ringkas tuntutan Comango berkaitan LGBT adalah seperti berikut:

1. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Pengiktirafan orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat.

2. Syor meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Hujahan bahawa jenayah liwat merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman (archaic).

3. Syor agar Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dimansuhkan dan pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.”

Walau bagaimanapun, syor-syor berkaitan LGBT tidak akan terhenti setakat itu kerana pusingan Semakan Berkala Sejagat untuk Malaysia adalah dijadualkan pada Oktober 2018.

Seksualiti Merdeka

Himpunan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Malaysia ialah rentetan International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association (ILGA). ILGA ialah sebuah pertubuhan yang memayungi pertubuhan-pertubuhan LGBT yang lain dan mempunyai tujuan serta matlamat yang sama. Pertubuhan LGBT di Asia Tenggara seperti Singapura yang dinamakan sebagai People Like Us (PLU) adalah sebuah kumpulan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti golongan ini manakala Seksualiti Merdeka pula adalah sebuah organisasi yang rancak mempromosikan agenda LGBT di Malaysia.

Golongan LGBT ini menyuarakan 8 tuntutan utama iaitu:

1. Aktiviti seks sesama jantina dengan tidak mengambil kira soal haram atau halal.
2. Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis.
3. Perkahwinan sesama jantina.
4. Pengambilan anak angkat.
5. Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera.
6. Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera.
7. Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.
8. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT.

Iftar Gay

Kata-kata manusia lupa jati diri dari program biadap pada bulan Ramadhan ini, melambangkan perlawanan LGBT sepatutnya tidak boleh lagi ditolak ansur.

“Saya ingin berterima kasih kepada sekutu-sekutu kami. Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,”

“Pergerakan telah berkembang dengan banyaknya, kehadiran anda semua di sini adalah sesuatu yang menakjubkan,”

“Anda adalah masa depan negara, jangan biarkan kehidupan anda dikawal oleh ‘kata-kata’,”

Melawan normalisasi maksiat

Pada 1994, Kerajaan Malaysia mengharamkan sesiapa yang homoseksual, biseksual atau transeksual daripada muncul di media massa negara.

Merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.”

Selanjutnya, bagi kesalahan yang melibatkan orang Islam, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berkaitan perlakuan LGBT.

Antara kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan yang melibatkan LGBT adalah seperti berikut:

1. Seksyen 25 -perbuatan liwat

2. Seksyen 26 – perbuatan Musahaqah (melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan).

3. Seksyen 28 perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral

Dalil Haram LGBT

Dan Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya, “Tergamak kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Tidak ada jawapan daripada kaumnya selain daripada berkata, “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah golongan yang berpura-pura menyucikan diri.”

Maka kami selamatkannya dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, dia tergolong daripada orang yang dibinasakan. Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kejahatan. [QS AL-A’RAF:80-84].

“Dan kamu meninggalkan isteri-isteri kamu yang dijadikan oleh Allah untuk kamu? Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!” [QS AL-SHU’ARA’ 26:167]

Seorang perempuan berlagak menyerupai lelaki di zaman sahabat, lantas ditegur: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.”

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, “Rasulullah telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.” (HR ABU DAUD)

“Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.” (HR BAIHAQI)

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” (HR AHMAD)

“Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, ‘Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.” (HR BUKHARI)

“Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.”
(HR IBNU MAJAH)

“Tidaklah perbuatan zina dan riba itu telah tampak (secara terang-terangan) di suatu kaum, kecuali mereka telah menghalalkan azab Allah bagi mereka sendiri.” (HR AHMAD)

Dosa LGBT mengundang bala apabila mereka sudah tidak malu mengangkat maksiat syahwat sejenis. Bukan lagi dosa peribadi bila dipamerkan terang-terangan. Malah berbangga mengkibarkan bendera ‘pride’ di jalanan—ruang awam. Bukan lagi dosa peribadi bila cuba dihalalkan pada undang-undang. Tuntutan puak LGBT semakin kurang ajar.

Melupuskan undang-undang pengharaman LGBT akan lebih menyuburkan lagi penyakit ini. Kalau masa diharamkan pun menjadi-jadi, apatah lagi bila dihalalkan nanti. Bila sudah tiada halangan, mudahlah puak LGBT nak berpesta berparti. Sesiapa yang masih berbaki maruah diri takkan sanggup melihat anak cucu dipengaruhi trend yang memalukan ini.

Apa perlunya muslim bersikap apologetik?

Tidak perlu terlalu naif. Gerakan songsang ini mendapat dana luar negara dan sokongan media barat. Pengaruh buruk LGBT semakin kritikal. Lihatlah filem dan drama bersiri barat hari ini, banyak yang tidak berselindung, jelas-jelas menyimpulkan mesej pro-LGBT. Jika generasi kita tidak bertegas, maka tidak mustahil generasi masa depan akan rosak.

Kalau LGBT tidak segan mengangkat pendirian mereka,
Mengapa pula kita malu mempertahankan pendirian kita?

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (HR MUSLIM)

Kini, 38 negara di dunia telah mengiktiraf perkahwinan sejenis selepas tekanan demi tekanan oleh gerakan LGBT.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi salah satunya.

Rujukan:
1- Al-Quran
2- Hadith Nabawi
3- LGBT Organisations in Malaysia: https://smartexpat.com/malaysia/how-to-guides/family/lgbt/lgbt-organisations
4- A list of links for the Malaysian LGBT community: https://amp-reddit-com.cdn.ampproject.org/v/s/amp.reddit.com/r/malaysia/comments/3a69an/a_list_of_links_for_the_malaysian_lgbt_community/?usqp=mq331AQGCAEoATgB&amp_js_v=0.1
5- LGBT di sisi undang-undang negara: http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/zainul-rijal-abu-bakar/lgbt-di-sisi-undang-undang-negara-1.829963
6- Malaysian wins Miss Transsexual Australia 2017: https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/29/malaysian-wins-miss-transsexual-australia-2017/#eS1tUWtRAGgoEi3e.99
7- Gerakan LGBT dan masa depan Malaysia: https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2015/03/05/gerakan-lgbt-dan-masa-depan-malaysia/amp/
8- Iftar GAY Terbesar Malaysia – Numan Afifi: https://www.google.com/amp/s/www.menara.my/iftar-gay-terbesar-malaysia-numan-afifi/amp/
9- Kembalinya gerakan LGBT: https://www.google.com/search?q=gerakan+lgbt+malaysia&rlz=1CDGOYI_enMY759MY760&oq=gerakan+lgbt+malaysia&aqs=chrome..69i57j0.5363j0j7&hl=en-GB&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8
10- PIM 4: LGBT dan Perjuangan Mereka di Malaysia: http://gamismalaysia.com/lgbt-dan-perjuangan-mereka-di-malaysia/
11- LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DARI SUDUT HUKUM SYARAK: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/828-lelaki-menyerupai-perempuan-atau-sebaliknya-dari-sudut-hukum-syarak
12- LGBT: Hak Asasi Individu atau Penyakit Moral, http://karyaorbitaku.wordpress.com
13- Seksualiti Merdeka 2011, http://gengjahat.com.my
14- Kisah Gay di Malaysia, http://www.utusan.com.my
15- Laman Sosial Platform Seks Songsang, http://www.utusan.com.my
16- Lelaki Melayu Kahwin Sejenis, http://www.utusankini.com
17- Isu Lgbt Di Malaysia: https://www.scribd.com/book/190253109
18- https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/07/hakam-condemns-discrimination-against-lgbt-members-and-supporters/#b4rR3UjcfrsYGMkt.9


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.