Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu ada menyentuh tentang apa yang tersirat dari sekadar perkataan ‘Melayu’. Sebab, bergantung kepada apa tujuan dan niat ia dimanfaatkan, terdapat beberapa faktor utama sehingga kini, nama ini ada nilai tertentu dari segi:
1- Sejarah
2- Ekonomi
3- Status
Walaupun artikel ini menyentuh tentang apa yang berlaku di negara lain, namun ia mengandungi beberapa anekdot yang agak menarik.
Pertamanya, Mong Palatino telah menyatakan:
“If asked about their race, most Filipinos would identify as being Malay. Filipinos are taught in schools to be proud of their Malay heritage and encouraged to strengthen their ties with other Malays in Southeast Asia.”
Kita tahu dan sudah sedia maklum bahawa dari segi bahasa sahaja yakni bahasa Melayu adalah serumpun dari segi linguistik dengan bahasa Tagalog dan lain-lain di Filipina. Ini mengingatkan dahulu orang merasa hairan dengan judul lagu ‘Anak’ dendangan Freddie Aguilar yang sama maksud dalam bahasa Melayu.
“Filipinos are taught in schools to be proud of their Malay heritage”, ini agak menarik bunyinya (dan kedengaran agak ‘serius’). Mong Palatino juga menulis:
“But if Filipinos are not Malay, what ethnicity are they? Officially, Singapore recognizes immigrants from the neighboring Philippines as part of the racial category referred to as “Other.”
But why refuse the Malay background of Filipinos in the first place?”
Sekalipun di Singapura, memang ada hak keistimewaan tertentu kepada minoriti Melayu sebagaimana dalam perlembagaan, tidak kisahlah ia benar-benar dilaksanakan atau sekadar ‘wayang’, tapi di sini dari sisi yang lain, kita nampak faktor nilai tadi memainkan peranan dalam isu ini. Jika terma “Melayu’ tiada nilai status dan ekonomi tertentu, mungkin isu ini tidak begitu penting. Mungkin.
Apapun, ia tetap bacaan yang menarik. Perlu disebutkan juga tulisan yang ini:
“Yet Philippine hero Dr. Jose Rizal is often called the “pride of the Malay race.” Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, for instance, has recognized Rizal as the “greatest Malayan,” calling Rizal an “Asian Renaissance Man.”
Ya, Jose Rizal, pahlawan nasional yang mana dengan meminjam ‘semangat Melayu’ maka kebangkitan menentang penjajahan Spaniard dapat dikobarkan laksana besi kursani mengalir di dalam diri.
Pautan untuk bacaan lanjut: https://thediplomat.com/2013/02/are-filipinos-malays/
Akan menyusul nanti dari admin HE ialah sejarah hidup Jose Rizal sendiri yang bertajuk:
“Jose Rizal: Kebangsaan Bangsa Melayu!”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih