Prasasti Kedukan Bukit ditemui di Kedukan Bukit, Kota Palembang, Sumatera Selatan, atau lebih tepat lagi di tebing Sungai Tatang. Prasasti ini merupakan salah satu bukti terkenal Kerajaan Sriwijaya dan bukti kelahiran Kerajaan Sriwijaya. Ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno bertulisan Pallava. Artifak ni ditemukan pada 29 November 1920 oleh C.J. Batenburg.
Prasasti Kedukan Bukit merupakan peninggalan Raja Dapunta Hyang atau juga dikenali sebagai Raja Sri Jayanasa. Beliau ialah raja pertama dan pengasas Kerajaan Sriwijaya. Dalam prasasti yang berbentuk seperti telur besar ini tertulis tentang peristiwa kelahiran Kerajaan Sriwijaya.
Peristiwa yang diceritakan di dalam prasasti tersebut ialah Dapunta Hyang menaiki sebuah perahu menuju kuil Buddha dalam rangka merayakan Waisak. Setelah kedatangan pertamanya, Dapunta Hyang datang lagi sebulan kemudian dengan membawa 20,000 pasukan. Kemudian, beliau akhirnya mengasaskan sebuah Kerajaan bernama Sriwijaya di Palembang.
Maksud daripada isi prasasti yang ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno menyatakan pada tanggal 11 Waisaka 604, Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya, menaiki perahu suatu tempat untuk bertemu para pasukannya yang baru saja menaklukkan Minanga. Pada tanggal 7 Jesta, Dapunta Hyang membawa pasukannya dari Minanga kembali ke ibu kota dengan perasaan sukacita. Setelah tiba di ibu kota, Dapunta Hyang memberi perintah untuk membangun sebuah vihara sebagai bentuk rasa syukur dan kegembiraan atas kemenangan pasukannya.
Selain Prasasti Kedukan Bukit, Kerajaan Sriwijaya juga memiliki banyak tinggalan prasasti yang lain seperti Prasasti Telaga Batu, Prasasti Talang Tuo, Prasasti Karang Berahi dan lain-lain lagi.
Oleh: Azizul Farhan
…
Sriwijaya, sebuah kerajaan Melayu yang menjadi bukti kemajuan dan ketamadunan bangsa Melayu. Dapatkan RAHSIA EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA dengan potongan harga sempena Jualan PASCA PBAKL di: https://bit.ly/3m2PgVD
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih