Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Marcapada Dunia

Thailand Hapuskan Subsidi Diesel!

Macam yang kita tahu, konflik di Timur Tengah bagi kesan yang sangat teruk kepada bekalan minyak global terutamanya yang melalui Selat Hormuz sampaikan Thailand sendiri terpaksa buat keputusan untuk hapuskan subsidi diesel.

Sebelum ni, kerajaan Thailand memang kawal harga diesel. Diorang letak harga siling supaya rakyat tak terasa sangat kenaikan harga minyak dunia. Maksudnya walaupun harga minyak global naik gila-gila, rakyat masih bayar harga yang “ditahan” kerajaan.

Masalah dia, duit untuk tampung semua tu bukan jatuh dari langit.

Setiap minggu, dana minyak Thailand terbakar berbilion baht. Dalam satu masa, beban subsidi tu mencecah hampir 2.4 bilion baht (RM300 juta) sehari. Sebulan? Lebih kurang 70 bilion baht (RM9 bilion). Angka ni boleh buat ekonomi sesebuah negara goyang kalau dibiarkan lama.

Akhirnya kerajaan buat keputusan drastik. Mereka lepaskan harga diesel ikut pasaran. Kiranya harga sekarang akan diapung ikut harga minyak dunia.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengaku benda ni memang akan beri kesan kepada rakyat. Tapi dalam masa sama, kerajaan dah tak ada pilihan.

Sebab realitinya, dekat Thailand, diesel adalah nadi ekonomi. Lori guna diesel. Bas guna diesel. Petani guna diesel untuk mesin. Industri pun bergantung pada diesel. Bila harga naik, semua benda akan naik sekali. Barang, makanan, kos logistik, semua sekali.

Itu sebab selama ni kerajaan mati-mati tahan harga.

Tapi kali ni, tekanan terlalu kuat.

Harga minyak global melonjak mendadak dan dana subsidi mereka semakin tenggelam dalam defisit. Kalau teruskan juga, risiko dia lagi besar dimana hutang negara boleh pecah siling.

Setakat ni, hutang awam Thailand dah sekitar 66% daripada KDNK, hampir cecah had 70% yang kerajaan sendiri tetapkan. Ruang untuk pinjam duit pun makin sempit lebih kurang tinggal 300 bilion baht je lagi.

Kalau ulang balik macam krisis tenaga 2022 di mana Thailand belanja sekitar 270 bilion baht untuk subsidi, memang habis terus “buffer” kewangan negara.

Sebab tu kerajaan terpaksa pilih antara nak lindungi rakyat daripada harga naik atau nak selamatkan kewangan negara.

Dan kali ni, mereka pilih untuk jaga ekonomi jangka panjang.

Benda ni bukan jadi dekat Thailand je. Indonesia pun tengah bergelut benda sama. Sama ada potong perbelanjaan lain atau langgar had defisit semata-mata nak kekalkan subsidi minyak.

Cuma bezanya, Thailand dah buat keputusan dulu.

Walaupun subsidi diesel dihapuskan, kerajaan tak lepas tangan terus. Mereka tengah sediakan bantuan bersasar contohnya untuk golongan berpendapatan rendah, sektor pengangkutan, petani, nelayan, malah kontraktor projek kerajaan.

Tapi hakikatnya tetap sama.

Harga minyak tetap naik.

Dan kesannya akan merebak ke seluruh ekonomi.

Sebelum ni, ekonomi Thailand sebenarnya nampak macam tengah recover. Penggunaan meningkat, pelancongan mula hidup balik dan unjuran pertumbuhan sekitar 2%.

Tapi sekarang, ramai pakar dah turunkan jangkaan kepada sekitar 1% sahaja.

Kenapa?

Sebab bila kos tenaga naik, semuanya akan perlahan.

Eksport lemah. Pelancongan terjejas. Permintaan global jatuh.

Ini yang orang selalu tak nampak.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet