Kalau sebut Portugal dan Sepanyol hari ini, ramai akan terbayang pasukan bola sepak mereka. Nama-nama seperti Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Dani Carvajal atau Lamine Yamal cukup dikenali.
Dua negara ini memang dominan dalam bola sepak, masing-masing dengan gaya permainan tersendiri. Tapi tahu tak satu ketika dahulu, Portugal dan Sepanyol juga pernah memerintah dunia!
Pada abad ke-15 hingga ke-17, dua kuasa ini adalah pemain utama dalam sejarah penjajahan global. Mungkin kedengaran pelik, tapi mereka secara rasmi pernah membahagi dunia kepada dua.
Ini berlaku pada tahun 1494 melalui Perjanjian Tordesillas, sebuah perjanjian yang dimeterai dengan ‘restu’ Paus di Rom yang ketika itu memiliki kuasa moral dan simbolik dalam dunia Kristian Eropah.
Hasilnya, satu garisan sempadan dilukis di atas peta dunia: sebelah timur diserahkan kepada Portugal, manakala sebelah barat menjadi milik Sepanyol.
Daripada pembahagian ini, Portugal berjaya menguasai Brazil, pelabuhan strategik di Afrika dan laluan perdagangan ke India serta Asia Tenggara.
Sepanyol pula menakluk hampir keseluruhan Amerika Tengah dan Selatan, termasuk Filipina. Apa yang mengagumkan, dua negara kecil ini mampu mencengkam dunia dengan:
Kekuatan armada laut, strategi perdagangannya yang agresif dan kesanggupan menjelajah hingga ke hujung dunia demi kuasa dan kekayaan.
Melaka sendiri pernah menjadi sasaran mereka apabila Afonso de Albuquerque dari Portugal menawan kota itu pada tahun 1511. Ketika itu, Melaka merupakan nadi perdagangan rempah di Asia.
Tindakan ini menunjukkan bahawa mereka adalah kuasa yang menyusun strategi dengan teliti untuk mengawal laluan perdagangan dunia. Kuasa mereka bukan terletak pada jumlah tentera, tetapi pada penguasaan laut dan teknologi pelayaran yang mendahului zaman.
Namun seperti semua empayar besar dalam sejarah, kekuasaan Portugal dan Sepanyol tidak kekal. Apabila kuasa-kuasa baharu seperti Belanda, British, dan Perancis mula naik, kedudukan mereka mula terancam.
Masalah dalaman seperti rasuah, ketidakcekapan birokrasi dan ketidakmampuan menyesuaikan diri dengan dunia baharu yang lebih kompleks menjadikan mereka perlahan-lahan kehilangan satu demi satu tanah jajahan.
Akhirnya, dari kuasa penjajah dunia, mereka kembali menjadi negara biasa di Eropah, sekadar bayang kepada kehebatan silam mereka.
Hari ini, nama Portugal dan Sepanyol masih disebut, tetapi lebih dalam konteks sukan. Mereka masih berjaya memikat dunia dengan kehebatan di padang, tetapi tidak lagi menentukan hala tuju sejarah atau geopolitik global.
Namun kisah silam mereka sangat penting kerana ia menunjukkan satu hakikat besar dalam sejarah dunia: saiz fizikal sesebuah negara tidak menentukan besar kecilnya pengaruh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.