Bila aku menulis bab vaksin, maka muncul golongan anti vaksin yang tolak vaksin guna alasan agama.

Katanya Nabi dulu tak vaksin pun, lepas tu melarat kepada golongan perubatan moden, katanya Nabi dulu cukup makan makanan Sunnah, tak perlu ke hospital ciptaan Yahudi.

Sekarang timbul balik geng anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah, ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.

Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila ada yang mati asbab tak pergi berubat di hospital, atau bila ada si ibu yang mati waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara homeopathy atau moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka mati jugak.

Bila aku bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.

Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!

Ok kata kau? Arwah nenek jiran aku cerita zaman dulu jangan keluar malam-malam nanti puntianak dan toyol datang kacau, aku ingat mereka bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat lilin dan bercerita asal usul hantu.

Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin.

Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan, sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkenalkan, kematian ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!

Patutlah zaman sekarang, puntianak dan toyol susah nak jumpa.

Woha!

Ps: Tak salah nak beranak kat rumah, tapi biarlah ada pakar kelahiran yang mengendalikannya. tolong jangan kembalikan zaman puntianak berleluasa. Ini serius!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp LinkedIn Email

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.