Aku tak tahu kenapa, tetapi baru-baru ini hangat pulak isu tentang sukan Polo. Sebagai seorang yang sangat oppurtunis, aku mengambil kesempatan untuk menggunakan isu ini untuk menceritakan sedikit serba sedikit tentang sejarah sukan Polo. Selain kau orang dok melayan dua tokoh negara kita bergaduh, apa kata kita ambil sikit manfaat dengan berilmiah sedikit daripadanya.

Sukan polo ya? Haa… sukan polo! Sejarahnya dikatakan berkemungkinan merupakan sukan yang paling tua di dunia dengan dicatatkan bahawa dimainkan sekurang-kurangnya pada 600 SM oleh suku Turkoman dan orang Parsi, di mana pada perlawanan itu dimenangi oleh suku Turkoman. Parsi dipercayai sebagai tempat asal-usulnya sukan Polo dengan lelaki dan perempuan dikatakan bermainnya. Gambaran Maharaja Khosrow dan juga permaisurinya sangat dekat sukan Polo.

Antara tokoh-tokoh purba yang bermain dengan sukan Polo ialah Maharaja Shapur II yang bermainnya ketika hanya berusia 7 tahun sahaja pada tahun 316 Masihi. Kemudian, musuh, jiran dan nemesis utama Parsi iaitu Byzantine mempelajari sukan ini lalu terus menjadi tradisi di kalangan bangsawan Byzantine pula.

Dikatakan bahawa Maharaja Theodosius II (408-450 Masihi) telah membina sebuah stadium yang dinamakan tzykanisterion yang dibina di dalam mahligai agung Byzantine itu sendiri.  Ketaksuban Byzantine pada polo bukan sahaja mewujudkan maharaja yang sangat mahir bermainnya seperti Maharaja Basil I (867-886 Masihi), bahkan terdapat seorang maharaja seperti Maharaja Alexander (912-913) yang mati kerana hanya kepenatan bermain polo sahaja!

Selain mati kepenatan, pemerintah kerajaan Trebozond seperti John I ()1235-1238 Masihi) atau seperti Qutubuddin Aibak (1206-1210 Masihi) pemerintah Kesultanan Delhi mati dalam kemalangan ketika bermain polo. Tokoh-tokoh lain yang turut dicatatkan menggemari sukan ini adalah seperti Salahuddin Al-Ayyubi (1174 –1193 Masihi) daripada Dinasti Ayyubi dan Baybars (1260 – 1277) daripada Kesultanan Mamluk turut menggalakkan  dan bermain sukan ini.

Bukan di wilayah sekitar Eropah, Utara India dan Timur Tengah sahaja, bahkan sukan ini turut sampai ke negara seperti China dan Jepun ketika Zaman Pertengahan dahulu popularitinya. Di China, dipercayai bahawa sukan Polo mula memasuki ketamadunan mereka pada tahun penghujuing Dinasti Han oleh suku Xianbei daripada Utara China. Ketrika zaman zaman Dinasti Tang, sukan ini menjadi sangat popular bahkan kebanyakan pemain ternamanya daripada kaum wanita sendiri.

Pada zaman moden, British yang bertanggungjawab dalam penyebaran sukan polo ini apabila ketika mereka mula menjajah India. Polo mula menjadi popular di England dan banyak kelab Polo mula tumbuh di England. Dari situ, mereka mula menjadi penyebar sukan polo ke bahagian-bahagian lain di dunia termasuklah Argentina, yang kemudiannya akan dikenali sebagai salah satu kiblat utama sukan Polo kerana betapa banyak pemain polo handalan dunia lahir dari sana!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply