Sebut saja tentang ‘harem’ pasti kebanyakan orang akan terbayangkan gadis-gadis yang tinggal di istana. Tetapi selama lebih dari satu abad, pengaruh kekuasaan di Empayar Uthmaniyyah pernah berpusat pada harem sultan di Istanbul.
Selama kira-kira 130 tahun, wanita dari harem Empayar Uthmaniyyah menikmati pengaruh politik yang luar biasa. Tempoh yang luar biasa ini berlaku pada sekitar abad ke-16 dan ke-17 – ketika itu golongan wanita memiliki hak dan mendominasi pengaruh kuasa tertinggi yang istimewa kerajaan kecuali mengepalai angkatan tentera Uthmaniyyah dalam pertemp*ran sahaja. Zaman ini amat terkenal dan dikenang dalam sejarah sebagai zaman ‘Kesultanan Wanita’.
Empat orang tokoh wanita amat menonjol dalam sepanjang kisah sejarah ini, mereka semua merupakan gundik-gundik dari harem Empayar Uthmaniyyah dimana anak-anak lelaki mereka telah mewarisi takhta sebagai sultan Uthmaniyyah.
- Hurrem Sultan – Gundik yang pertama mendirikan kediaman di istana sultan pada awal tahun 1530-an
- Nurbanu Sultan – Meninggal dunia pada tahun 1583, lalu digambarkan oleh duta besar Venetia sebagai ‘wanita dengan kebaikan, keberanian dan kebijaksanaan yang paling tinggi’ walaupun pada hakikatnya dia ‘gagal dalam beberapa hal disamping memberi penghargaan kepada orang lain’
- Kösem Sultan – Seorang ‘valide sultan’ atau ibu kepada sultan pada abad ke-17.
- Turhan Sultan – Menantu dan pesaing kepada Kösem Sultan dimana persaingan politik mereka berdua berakhir dengan pembun*han Kösem pada tahun 1651.
Guru Politik
Bukanlah wanita dari kerabat diraja tidak berkuasa dalam dinasti Empayar Uthmaniyyah sebelum atau sesudah ‘kesultanan wanita’. Pengembara dunia Muslim yang terkenal, Ibn Battuta, mengunjungi Uthmaniyyah yang baru ditubuhkan pada tahun 1336, menyatakan bahawa ‘di antara orang Turki dan Tatar isteri mereka menikmati kedudukan yang sangat tinggi.’
Sejak zaman kemunculan dinasti Uthmaniyyah pada abad ke-14, ibu-ibu para putera memainkan peranan yang diakui sebagai mentor politik dan penjaga anak-anak mereka sendiri – satu peranan yang akan mereka pertahankan sepanjang usia 600 tahun dinasti itu.
Pada abad ke-15, wanita yang lebih berusia seperti ibu saudara, ibu dan saudara perempuan sultan sering diberi kepercayaan untuk melaksanakan misi diplomatik. Sebagai contoh, Putera Cem yang mengirim ibu saudaranya, Puan Selcuk, bagi memujuk abangnya untuk membahagikan kuasa pemerintahan empayar di antara mereka namun misi itu gagal.
Urusan Amal Kebajikan
Namun, seiring berjalannya waktu, kerabat diraja Uthmaniyyah, seperti rakyatnya sendiri, secara beransur-ansur menyesuaikan diri dengan norma sosial dan budaya Islam yang lebih konservatif. Tetapi amalan pengasingan domestik tidaklah bermaksud bahawa wanita telah kehilangan kuasa – mereka tetap mengawal pengaruh kuasa melalui ejen-ejen masing-masing.
Mereka memberi peruntukan dan sokongan kepada masjid, sekolah, hospital, rumah sakit jiwa dan fasiliti asas seperti saluran air dan telaga untuk menyediakan kemudahan bekalan air.Persepsi yang salah dan stereotaip orientalis dari barat yang menganggap institusi harem sebagai kandang objek seks untuk para Sultan telah tertinggal atau mungkin sengaja ‘mengabaikan’ beberapa ciri penting struktur sosial elit dalam masyarakat Muslim Uthmaniyyah, antaranya adalah fakta penting bahawa wanita menguasai harta benda mereka sendiri, oleh itu mereka berupaya melaksanakan sebarang urusan penting.
Jemaah Haji
Kaum wanita dari keluarga diraja Empayar Uthmaniyyah tidak berapa menerima tumpuan dalam usaha menaungi kerja-kerja amal kebajikan mereka. Sementara khalifah abad ke-9, Harun Al-Rashid diabadikan dalam karya Hikayat Seribu Satu Malam, isterinya Zubaida dikenang atas usaha mewujudkan saluran rangkaian telaga, takungan dan saluran air yang diusahakannya untuk membekalkan air kepada jemaah haji ke Mekah.
Mengambil contoh dari model-model Islamik itu sudah tentu pasti dan amatlah penting, tetapi begitu juga dengan model Kristian Byzantium, terutamanya setelah penakl*kan Uthmaniyyah terhadap kota Konstantinopel pada tahun 1453. Ketika Hurrem mahu membuka pusat dapur awam di Baitulmaqdis, dia sengaja menempatkannya di sekitar tapak yang sama di mana Helena, ibu kepada maharaja Rom Constantine yang beragama Kristian, dikatakan telah membina sebuah rumah tumpangan untuk para jemaah Kristian.
‘Disihir’
Kekuatan kuasa politik walau bagaimanapun, berbeza dengan pengaruh dan prestij yang diraih oleh kerja-kerja amal kebajikan. Ketika Hurrem mula berpindah ke kediaman kerabat diraja, dia melanggar peraturan tradisi bahawa ibu para putera perlu mengikut kemana saja anak lelaki mereka berada dan tinggal bersama mereka di pos wilayah kekuasaan mereka.
Dia dan Sultan Süleyman turut melanggar pantang larang yang lain. Sebagai contoh, dengan melahirkan empat anak lelaki, Hurrem mengabaikan ciri utama dasar keturunan dinasti – bahawa seorang gundik perlu meninggalkan ‘kerjaya produktiviti’ mereka setelah melahirkan seorang anak lelaki.
Maksudnya di sini adalah bahawa tidak ada putera yang harus berkongsi sumber berharga kuasa politik dengan adik beradiknya yang dapat diberikan oleh seorang ibu. Tidak hairanlah orang ramai curiga terhadap Hurrem dan bimbang dengan hak istimewa yang diberikan oleh sultan kepadanya. Sejarawan menganggap bahawa Sultan Süleyman ‘telah mengejutkan semua subjeknya sehingga mereka mendakwa bahawa dia telah disihir oleh wanita’.
Zaman Peralihan
Hurrem Sultan mungkin seorang wanita harem yang paling tidak popular. Tetapi pandangan sejarah menunjukkan bahawa dia bukanlah satu-satunya penyebab kepada perubahan penting dalam politik dinasti ini.
Pemerintahan Süleyman yang panjang, dari tahun 1520 hingga 1566, adalah masa peralihan yang berlaku pada akhir zaman penakl*kan. Sekarang, urusan utama kesultanan adalah menguruskan sebuah kerajaan yang sangat luas dengan populasi multi-agama, etnik dan budaya yang kompleks.
Diplomasi dan perjanjian damai sama pentingnya dengan pertahanan tentera di sempadan. Hurrem memainkan peranan diplomatiknya yang tersendiri dengan menyulam sapu tangan untuk raja Poland dan menyesuaikan dirinya dengan wanita-wanita dari harem kerajaan Shah Parsi.
Tetapi kegelisahan yang ditimbulkan oleh Hurrem di antara rakyat Uthmaniyyah menyebabkan tidak ada lagi para wanita harem selepas itu yang akan mendapat kedudukan mutlak sebagai peneman kepada sultan. Oleh itu, hanya dengan kedudukan sebagai Valide atau ibu sultan yang berkuasa, kaum wanita dari kerabat diraja berupaya menggunakan kuasanya samada di luar istana atah di atas hierarki hamba-hamba wanita, pengurus, gundik dan puteri yang semakin kompleks.
Penulis dan duta-duta besar Eropah tidak selalu mengatakan hal yang sebenarnya mengenai perkara ini, kerana dikalangan mereka yang suka membaca cerita tentang harem Uthmaniyyah, tidak begitu berminat dengan isu seperti ‘kuasa ibu’.
Kerana itulah Ottaviano Bon, seorang duta besar Venetia yang semasa bertugas di Istanbul tepat pada zaman kekuasaan seorang sultanah yang kuat, tidak menyebutkan hal ini dalam karya penulisannya yang terkenal dan panjang mengenai pemerintahan Uthmaniyyah, yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1650 iaitu Turkish – The Emperor’s Court.
Permainan Paksi
Para Valide Sultan memimpin harem empayar dan juga menguruskan hal ehwal kerabat diraja, menentukan urusan perkahwinan untuk puteri, pembantu wanita dan gundik untuk anak lelaki mereka. Di luar istana, mereka bermain permainan paksi bergerak secara politik agar suami anak perempuan mereka dilantik menduduki jawatan tertinggi dan bertindak sebagai penaung untuk pelbagai tokoh tentera dan agama.
Mereka juga berhubung dengan kerabat diraja Eropah, kebiasaannya dengan tokoh-tokoh dari tanah kelahiran mereka sendiri, kerana gundik-gundik ini pada asalnya adalah orang Kristian yang ditangkap sebagai tawanan per*ng lalu dibawa ke istana sultan sebagai hamba dan memeluk Islam apabila mereka bersedia untuk menjadi ibu kepada anak sultan.
Sultan yang berasal dari Venetia pernah berurusan dengan wakil pemerintah Venetia bagi menuntut pembebasan tahanan Uthmaniyyah dan mengadu tentang dua ekor anjing yang dikirim kepadanya sebagai hadiah (mereka terlalu besar). Dia juga berhubung dengan Catherine de Médicis, yang memohon pertolongan Nurbanu tentang urusan pembaharuan status perdagangan yang memberi manfaat kepada Perancis.
Per*ng Saudara
Pada abad ke-17, para Valide Sultan memanfaat dan mengamalkan pengaruh politik yang terbesar secara langsung, sebagai ibu kepada sultan yang berada di bawah umur atau tidak stabil dari segi kesihatan mental. Separuh pertama abad itu menyaksikan pewarisan takhta diberikan kepada sultan yang sangat muda atau tidak kompeten, sebahagian besarnya adalah hasil peralihan dalam tradisi peraturan pewarisan dinasti.
Pada masa lalu, Uthmaniyyah mempercayai bahawa hak takhta kepada anak sulung adalah tidak adil bagi anak-anak lelaki yang lebih muda, para putera akhirnya berper*ng sesama sendiri atas pengesahan ‘Kod Undang-undang Mehmet’ yang diasaskan oleh Sultan Mehmet II, dalam per*ng saudara ini, takhta menjadi milik seorang pemenang sahaja, ini bermakna, para putera Uthmaniyyah yang lain perlu dihapuskan.
Tetapi setelah zaman penakl*kan, yang memerlukan para pemerintah terbukti berkeupayaan dalam strategi ketenteraan, kaedah silam itu mulai dilihat terlalu kejam lagi berd*rah dan dinasti Uthmaniyyah secara beransur-ansur menerapkan peraturan baharu iaitu hanya anggota kerabat diraja lelaki yang paling tua berhak untuk menaiki takhta Sultan.
Semasa tempoh peralihan yang tidak stabil ke arah sistem baru ini, harem mencapai titik tertinggi pengaruh politiknya, dimana ketika itu seorang Valide Sultan berkuasa untuk melantik seorang Wazir Agung, menulis perintah bertulis setiap hari berkenaan material per*ng, cukai dan hal-hal ehwal negara yang lain serta terus mengurniakan anugerah kepada individu, tokoh-tokoh dan institusi awam.
Dendam Dalam Kekaguman
Wanita dari harem diraja Uthmaniyyah terkenal pada zaman wanita diraja asing yang lain seperti Ratu Mary dari Scots, Mary dan Elizabeth Tudor, Catherine de Médicis, serta rakan sejawatan mereka di Empayar Safawiyyah di Parsi dan Empayar Mughal di India. Wanita-wanita ini tidak selalunya disukai kerana kehebatan mereka, bahkan rasa kekaguman sering diberikan dengan penuh rasa dendam.
Di antara orang Uthmaniyyah, terdapat ramai yang setaraf dengan John Knox, seorang pendeta Scot yang mencela Uthmaniyyah sebagai ‘rejim wanita yang mengerikan’ pada tahun 1558. Seorang wazir abad ke-17, yang juga merupakan hamba kepada sultan, mengadu tentang ‘hamba wanita yang kekurangan mental, iaitu anak perempuan orang kafir dari Rusia, Poland, Hungary dan Frank dimana pengaruh mereka semua ini menyebabkan politik dirinya ditimpa nasib malang. Tentangan yang diprovokasi oleh wanita-wanita bijaksana ini berfungsi sebagai indeks kekuatan politik yang berlangsung sepanjang zaman Kesultanan Wanita.
RUJUKAN:
The Imperial Harem: Women and sovereignty in the Ottoman empire by Leslie Peirce (Oxford University Press, 1994)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih