Ada pengguna facebook dari seberang begitu bermati-mati menafikan bahawa kerajaan Melayu sebelum Melaka adalah bukanlah sebuah kerajaan beretnik Melayu hanya kerana etimologi Melayu ketika itu tidak mencapai tahap definisi yang dicapai oleh Melaka. Maka, izinkan saya menempelak kenyataan tersebut dengan hujah-hujah berjela di bawah ini.

Kadang-kadang masalah dalam etimologi ini suka sangat dibesar-besarkan. Ya, istilah Melayu mula menjadi nama bangsa yang lengkap seperti hari ini bermula dari Melaka. Tetapi tidak ada salahnya untuk meletakkan bahawa kerajaan-kerajaan sebelum Melaka itu merupakan kerajaan etnik Melayu.

Kalau adapun nama Melayu itu bermula dari tempat atau kerajaan lalu berevolusi menjadi sebuah nama bangsa, ia tidak menafikan bahawa penduduk yang membina kerajaan itu ialah Melayu. Genetik dan keturunan mereka. Bangsa bukan sekadar atas nama bangsa.

Sebagai contoh, etimologi untuk nama Korea ialah Corea, panggilan orang Inggeris untuk sebuah kerajaan Korea bernama Goryeo, yang terlebih dahulu digunakan oleh Marco Polo kepada Korea ketika pengembaraannya yang mengasyikkan itu. Goryeo ini ialah iaitu sebuah kerajaan bersatu Korea yang menyatukan seluruh Sememanjung Korea daripada 918–1392 Masihi.

Tetapi sejarawan tetap merujuk nama-nama kerajaan yang wujud sebelum Goryeo sebagai sebuah kerajaan beretnik Korea. Kalau dijejak lebih lama, Goryeo itu dapat dijejak nama yang membayangi sebuah kerajaan Korea bernama Goguryeo – dari zaman tiga kerajaan Korea – Silla, Baekje dan juga Gorguryeo. Apakah kerana akar nama bangsa Korea hari ini daripada Goguryeo, maka kita nak menolak Silla dan Baekje?

Korea ketika zaman tiga kerajaan.

Baik. orang Korea memang memanggil diri mereka sebagai Hanguk, dan panggilan Hanguk ini pula merujuk kepada era pra-tiga kerajaan Korea iaitu Era Samhan. Tetapi terdapat kerajaan Korea yang berusia lebih awal daripada Era Smhan yang dianggarkan sekitar abad pertama sebelum Masihi.

Apakah kerajaan Jin dan Gojoseon yang legenda itu tidak layak untuk bergelar sebagai kerajaan etnik Korea hanya kerana etimologi Korea masih belum seperti yang kita kenal hari ini? Ingat, bangsa seseorang bukan hanya kerana nama. Genetik, kebudayaan, bahasa bahkan bangsa itu sendiri social construct.

Kerajaan legenda Korea, Gojoseon.

Sama juga dengan nama Melayu. Ya, definisi Melayu yang kita pegang hari ini adalah kerana jasa Melaka. Ya, sebelum Melaka, nama Melayu adalah mungkin merujuk kepada kerajaan Malayu, atau juga panggilan Tamil yang merujuk kepada sememanjung sebagai Malayur yang bermaksud kawasan bergunung, atau juga mungkin dari perkataan austronesia lama iaitu Malaya yang bermaksud bebas.

Namun, seperti mana nama Korea, aku kira kerajaan sebelum definisi Melayu lengkap pada zaman Melaka, kerajaan itu harus dipanggil sebagai kerajaan etnik Melayu juga. Tak kisahlah apa nama yang digunakan oleh etnik ini, kerana betapa bukan sejarah Korea dan Melayu sahaja, bahkan sejarah etimologi bangsa Cina itu sendiri berubah mengikut zaman.

Contohnya nama Cina dan China hari ini adalah berasal dari Dinasti Qin, dinasti yang menyatukan seluruh China buat pertama kalinya dalam sejarah. Namun, apakah kerajaan sebelum wujudnya nama Cina ini bukanlah milik etnik Cina? Hell no, peradaban Cina yang berusia ribuan tahun sebelum Dinasti Qin tetap milik etnik Cina. Begitu juga panggilan Cina Han yang banyak digunakan oleh orang Cina hari ini. Ia dari Dinasti Han. Namun apakah kerajaan sebelum Dinasti Han bukan milik orang Cina Han? Ia tetap sebuah kerajaan milik orang cina.

Dinasti Qin

Tak cukup lagi dengan etimologi orang Korea dan Cina? Apa kata kita ambil etimologi Parsi/Persian itu sendiri. Hari ini, Persian ialah kata nama yang merujuk kepada orang Iran itu sendiri. Banyak kerajaan-kerajaan hebat di wilayah Iran dan Iraq pada zaman purba dikenali sebagai sebuah kerajaan Parsi oleh kita hari ini.

Dari Dinasti Achaemenid dan Dinasti Sasanid, kita menyaksikan betapa peradaban yang hebat berdiri di tanah yang berjiran dengan Mesopotamia ini. Asalnya nama Persian/Parsi ini dari sekadar nama sebuah wilayah di Iran yang bernama Persis, yang namanya mempunyai pelbagai perbahasan disebaliknya yang dapat dijejak seawal mitologi Yunani itu sendiri. Namun, etimologi Persian/Parsi ini berubah dari zaman hingga ke zaman. Sebagai contoh, apabila pada abad ke-10, terdapat sejarawan Islam seperti Al-Masudi menamakan beberapa suku kaum di Iran sebagai orang Parsi atau Persian.

Nama moden Parsi hari ini iaitu Iran pula adalah datang daripada perkataan baru dalam Bahasa Parsi yang merujuk kepada aryānām (bahasa Proto-Iranian), yang bermaksud orang Aryan. Iran hari ini boleh dianggap bermaksud bahawa Tanah Orang Aryan. Namun, orang Aryan ini satu nama yang sangat besar. Penduduk India Utara hari ini kebanyakannya datang daripada satu rumpun dari Iran iaitu Indo-Aryan.

Namun hanya kerana Iran menggunakan nama ini, apakah kerajaan orang Aryan di India Utara yang pernah bercambah dahulu seperti Maurya adalah tidak layak untuk merujuk kepada mereka hanya kerana pada zaman moden, “tanah orang Aryan” hanya merujuk kepada wilayah sekadar Iran sahaja?

Polemik ini tidak membawa apa-apa perkembangan pada tamadun pun. Ia sekadar dibangkitkan golongan yang allergik pada Melayu. Mereka yang tidak memahami bagaimana etimologi nama Melayu itu berkembang dari zaman sehingga ke zaman yang lain seperti mana etimologi nama bangsa-bangsa yang purba, yang baru sahaja dibangkitkan oleh saya di atas.

Saya berpendapat bahawa kerajaan-kerajaan sebelum Melaka yang ditubuhkan oleh etnik Melayu, meskipun ketika itu definisi Melayu belum lebih lengkap seperti zaman Melaka, tetap patut diakui sebagai sebuah kerajaan Melayu.

Terima kasih.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply