Ada dua orang penulis dalam dunia. Penulis pertama, dia kena duduk buat draf setiap bab. Penulis ni dah merancang dulu dari mula dan akhir ceritanya. Dunia penulisan mengenali penulis pertama sebagai plotter. Plotters yang terkenal ialah JK Rowling.
Plotter ialah seorang penulis yang akan merancang bagaimana jalan ceritanya bermula dan berakhir. Dia akan menyediakan draf-draf watak dan perwatakkan novelnya. Dia akan sediakan info-info berkaitan dengan latar belakang, masyarakat dan pelbagai lagi info penting yang akan menjadi butir-butirnya menyiapkan sebuah novel.
Gambar plot yang disediakan awal oleh Rowling sebelum menulis boleh dirujuk pada gambar di atas. Untuk seorang Pantser macam aku, aku akan pening kepala tengok macam mana dia draf semua plot novel dia. Bagi aku, benda macam ni menyakitkan kepala dan membazir masa
Menjadi plotter sangat kurang risiko sebab anda dah rancang segala-galanya. Jadi, risiko writer block, plot hole hampir tidak wujud. Malah, hasil kerja akan lebih cepat sebab segalanya dah dirancang.
Tetapi menjadi seorang Plotter adalah kurang thrill bagi seorang penulis. Kerjaya penulisan akan jadi lebih bosan. Yelah, anda dah tahu apa yang jadi, tak dapatlah perasaan ingin tahu apa yang terjadi pada cerita anda.
Kata seorang penulis novel terkenal iaitu RL Stine yang merupakan pencipta mahakarya Goosebumps, yang juga merupakan seorang plotter:
“If you do enough planning before you start to write, there’s no way you can have writer’s block. I do a complete chapter by chapter outline.”
Penulis kedua, dia cuma ada basic cerita dalam kepala dia. Dia menulis tanpa mengetahui ending cerita dia. Dia cuma tahu permulannya sahaja. Perjalanan ceritanya bergerak sendiri sebaik sahaja jari-jemarinya menyentuh papan kekunci. Dunia mengenali penulis ini sebagai Pantsers.
Twist, plot-wtist, perkembangan watak, apa yang bakal terjadi dalam novelnya, dia membiarkan tangan-tangannya sahaja membawa dia. Dia sendiri akan terkejut dengan pengakhiran novelnya sewaktu dia menulis.
Pantser akan membiarkan watak-watak dalamnya sendiri membuka jalan ceritanya. Dan seorang Pantser akan menunggu penuh tabah apa yang watak-watak dalam cerita dia akan berikan kepada dia.
Contohnya masa aku cipta watak Shiela dalam Dirgahayu, aku tidak pernah ada dalam kepala otak aku untuk mencipta watak Shiela sebagai seorang remaja yang membesar dengan penderaan ibunya, ditinggalkan ayah, dan membesar sebagai seorang yang kurang kasih sayang.
Tapi watak Shiela dalam novel aku sendiri yang membuka jalannya untuk aku. Kau bayangkan ketika menulis watak Shiela ni, segala kisah hidup dia yang terluah dek jari-jemari dan otak aku, aku hanya tahu ketika aku menuliskannya.
Dan selepas tu, aku sendiri excited mengetahui latar belakang watak Shiela sedemikian rupa. Apa yang korang baca dan dapat tahu apa yang terjadi pada jalan cerita novel tu, kami seorang Pantser merasakan dulu dengan penuh teruja.
Menjadi seorang Pantser yang kita namakan ilham dan kreativiti. Ianya adalah bakat. Sebab tu kita boleh belajar 1000 kelas penulisan, tetapi kalau tak mampu melakukan seperti kategori kedua dalam penulisan fiksyen, aku ada berita buruk untuk korang. Mungkin tak ada bakat?
Bakat untuk tenggelam dalam dunia imaginasi anda, meneroka khazanah-khazanah yang tersimpan dalamnya tanpa anda sendiri mengetahui apa yang minda anda simpan untuk anda.
Tapi masalahnya menjadi seorang Pantser dalam dunia penulisan, kadang-kadang bila tanpa perancangan, dan akan membiarkan jari-jemari anda bermain sendiri dengan imaginasinya, maka anda barangkali akan menemui banyak kesilapan dan plothole yang jarang seorang Plotter lakukan.
Ini tak hairan sebab anda menulis tanpa sebarang rancangan, seolah-olah anda menjadi orang lain ketika menulis. Anda hanya memerhati sahaja “orang lain” tersebut mengambil alih tubuh anda, dalam keadaan anda sedar dan menulis kisah untuk anda.
Dan sebab itu proses pasca-penulisan seorang Pantser sangat melecehkan sebab dia kena perbaiki segala kesilapan “orang lain” tersebut lakukan untuk pastikan karya-karyanya sempurna. Salah seorang penulis yang merupakan seorang Pantser ialah Stephen King. Stephen King, bapa genre seram dunia ada mengatakan:
“Outlines are the last resource of bad fiction writers who wish to God they were writing masters’ theses.”
Cukup benci Stephen King dengan penulis yang rancang plot dia sebelum menulis. Bad fiction writers SK cakap. Tapi masalahnya Stephen King puji tulisan Rowling seorang Plotter. Itulah ironinya.
Oh ya nak bagitahu yang kami di The Patriots baru jer terbit karya bergenre fiksyen untuk tatapan anda. Aliff Mustafa merupakan seorang Plotter manakala Helmi Effendy merupakan seorang Pantser.
Jom beli dekat Shopee. Ada diskaun ni. Harga asal kedua-dua buku ialah RM 28.00. Tapi pra-tempah kami bagi RM 22.00. 100 pembeli terawal DIRGAHAYU akan dapat tandatangan penulis!
PUTERI BUNIAN BULAN: t.ly/zTdv <– Klik untuk ke Shopee.
DIRGAHAYU: t.ly/yMjs <— Klik untuk terus ke Shopee.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd.
Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!