Normal dalam kehidupan para maharaja China, pada satu ketika mereka diancam oleh plot rampasan kuasa atau pembunuhan. Sesetengahnya menjadi tetapi sesetengah yang lain seperti Plot Renyin, berakhir dengan kegagalan. Tetapi kerana Plot Renyinlah, ia menjadi punca kejatuhan Dinasti Ming beberapa abad kemudian.

Pada 1521, Zhu Houcong menaiki takhta menggantikan sepupunya Maharaja Zhengde sebagai maharaja ke-12 Dinasti Ming. Sebagai tanda pertabalan baginda, Houcong turut menggunakan nama Jiajing sebagai nama dirajanya yang bermaksud ketenangan yang disanjung. Hakikatnya, nama Jiajing hanyalah samaran kepada kekejaman baginda sepanjang era pemerintahannya.

Maharaja Jiajing

Sebaik menaiki takhta, salah satu usaha awal baginda ialah meletakkan kembali ayahanda dan bondanya sebagai sebahagian daripada kerabat diraja Ming. Ini termasuk ritual dan susur-galur keturunan diraja yang dinafikan sebelumnya sama ada oleh pegawai-pegawai istana atau sepupu baginda, Zhengde.

Pada awalnya, usaha ini berjalan lancar dengan pegawai-pegawai istana memberi lampu hijau pada akhir tahun 1521. Di sebalik kebakaran yang berlaku pada 1522, usaha tersebut berjaya direalisasikan pada 1524. Bagaimanapun, usaha ini mendapat tentangan sebahagian besar pegawai istana Ming ketika itu.

Lantas, Jiajing menitahkan mana-mana pegawai yang menentang ditangkap. Sesetengah daripada mereka dipenjarakan dan diseksa dengan sesetengah yang lain dihukum mati. Bagi yang bernasib baik, satu-satunya nasib yang menimpa mereka ialah dipecat daripada semua jawatan yang dipegang.

Ha Rui merupakan antara pegawai istana yang bernasib baik dipecat oleh Maharaja Jiajing. Tetapi bagi rakan-rakannya lain, hukuman yang menanti sama ada penjara atau hukuman mati.

Seperti mana watak Qin Shi Huang yang didakwa mencari air maulihayat sebagai cara melanjutkan usianya seperti dipaparkan dalam filem The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor, perkara sama turut dicari Jiajing. Disebabkan kekejamannya dan obsesi mencari air maulihayat, ia membawa kepada Plot Renyin.

Nama Plot Renyin merujuk kepada tahun ke-39 dalam kitaran 60 tahun yang digunakan di China dan kerajaan-kerajaan Asia Timur sekitarnya. Plot yang dicetuskan pada 1542 ini membabitkan 16 perempuan istana yang merancang mahu menamatkan riwayat Jiajing.

Mengikut beberapa sumber, baginda suka mengambil gadis-gadis remaja berusia 13 dan 14 tahun dengan darah haid mereka diambil dan diproses sebagai plumbum merah (red lead). Kononnya dengan mengambil bahan tersebut, ia akan menjadikan baginda hidup abadi. Gadis-gadis ini hanya diberi air hujan dan daun mulberi kononnya nak memastikan darah haid mereka sentiasa tulen sebagai bahan plumbum merah.

Jika enggan bekerjasama, gadis-gadis ini akan dipukul. Jika salah seorang daripada mereka jatuh sakit, gadis tersebut akan dicampak keluar – seolah-olah dirinya tiada nilai. Nasib sama juga turut menimpa gundik-gundik Jiajing sekiranya enggan melayan keperluan seksual baginda. Hal ini mendorong mereka berpakat untuk membunuh maharaja kejam itu.

Kesemua 16 wanita itu bertindak pada malam Jiajing menghabiskan masa di kamarnya bersama gundik kegemarannya,Consort Duan atau Puan Cao. Selepas Puan Cao dan para pengiringnya meninggalkan kamar baginda, wanita-wanita ini segera bertindak pantas.

Pada awalnya, sebahagian wanita-wanita ini menangkap baginda dengan seorang daripada mereka cuba mencekiknya dengan tali reben rambutnya. Bila itu gagal, mereka cuba menampakkan baginda seolah-olah menggantung diri dengan mengikat tali reben sekitar lehernya. Tetapi mereka tersalah membuat ikatan sekaligus mengakibatkan baginda tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

Panik, salah seorang wanita yang terlibat dalam plot tersebut melaporkan hal itu kepada isteri Jiajing, Maharani Fang. Dengan Jiajing masih tidak sedarkan diri, baginda mengambil langkah sendiri dengan menghukum mati semua wanita yang terlibat dalam plot berkenaan. Ahli-ahli keluarga mereka juga turut dikenakan hukuman sama.

Tetapi yang paling malang sudah pastinya Puan Cao. Walaupun baginda tidak tahu-menahu tentang plot tersebut, Maharani Fang masih tetap menghukumnya. Pembabitan Puan Cao dalam plot berkenaan hanyalah alasan untuk menyingkirkan wanita yang dilihat mampu menggugat kedudukannya sebagai maharani.

Hal ini disedari oleh Jiajing selepas mendapat tahu apa yang berlaku. Lantas, ini juga menjelaskan mengapa baginda enggan menyelamatkan Maharani Fang apabila satu kebakaran berlaku di istana pada 1547. Baginya, kemalangan yang membawa kepada kemangkatan baginda dianggap takdir dari syurga.

Sejak plot tersebut didedahkan, Jiajing mengambil keputusan berpindah ke sebelah barat Istana Larangan dan terus tinggal secara bersendirian untuk 20 tahun berikutnya. Segala urusan pemerintahan disampaikan menerusi beberapa orang sida kepercayaan baginda. Pendirian baginda ini perlahan-lahan mencetuskan gejala rasuah yang kronik sehingga akhirnya menjadi pencetus kejatuhan Dinasti Ming beberapa abad kemudian.

Maharaja Jiajing kemudiannya mangkat pada 1567 semasa berusia 59 tahun. Ramai sejarawan berspekulasi punca sebenar kemangkatan baginda ialah disebabkan oleh keracunan merkuri – terima kasih kepada minuman keabadian yang dinikmatinya selama ini.

RUJUKAN

Mingren, W. (2018, 20 Januari). When Concubines Fought Back: The Plot to Eliminate a Mad and Sadistic Emperor. Ancient-Origins.

Sumber gambar: The Story of Yanxi Palace


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply