Baru-baru ini, seorang pembikin filem Jepun mengejutkan penonton festival filem Cannes menerusi subjek filem terbarunya yang dianggap menakutkan. Filem Plan 75 arahan Chie Hayakawa mungkin bersifat fiksyen. Tetapi ia juga merupakan pantulan isu yang menghantui Jepun hari ini: isu populasi warga emasnya.

Pengarah filem Plan 75, Chie Hayakawa. Sumber: EPA-EFE

Jepun mungkin berstatus negara maju tetapi ia berdepan masalah memenuhi keperluan populasi warga emasnya yang semakin bertambah. 30% populasinya hari ini berusia melebihi 65 tahun dengan majoritinya terdiri daripada kaum Hawa. Dijangkakan kadar pertumbuhan segmen populasi ini akan bertambah untuk dekad-dekad seterusnya – berita buruk bagi negara yang berdepan kadar kelahiran bayi yang rendah.

Jadi, mengapa filem Plan 75 dianggap kontroversi? Ini kerana menerusi filem ini, versi alternatif kerajaan negara itu memberi pilihan kepada warganya yang berusia 75 tahun ke atas dan digalakkan menerima idea eutanasia secara percuma. Sebagai balasan, mereka akan diberi sejumlah wang yang banya dengan wang tersebut boleh dibelanjakan mengikut kemahuan mereka. Walaupun Plan 75 dianggap kontroversi, ia diterima penduduk dalam filem tersebut atas alasan ia berasaskan sejarah Jepun yang dibina atas dasar pengorbanan.

Tiga watak yang menjadi teras filem ini. Pertama, Michi (Chieko Baisho), seorang pekerja hotel berusia 78 tahun yang mendapat kegembiraan untuk semua benda kecil sebelum diberhentikan. Kedua, Hiromu (Hayato Isomura), seorang ejen Plan 75 yang tersedar selepas diminta menghubungi bapa saudaranya yang telah lanjut usia. Akhir sekali, Maria (Stefanie Arianna Akashi), seorang ejen Plan 75 yang menyertai organisasi itu atas sebab kesusahan hidup.

Antara adegan filem Plan 75 yang memaparkan watak Michi yang dibawa pelakon veteran Chieko Baisho.

Dalam temubualnya bersama agensi berita AFP, kerajaan dalam filem tersebut menggambarkan Plan 75 sebagai pelan yang bersifat pragmatik dan menunjukkan sisi baik mereka. Tetapi Hayakawa menambah, realitinya ia satu pelan yang menakutkan. Apa yang lebih membimbangkan pengarah filem Ten Years Japan itu ialah ada warga emas Jepun bersedia melakukannya sekiranya Plan 75 wujud di dunia nyata.

Satu lagi sisi filem yang difahami Hayakawa ialah kebencian orang muda terhadap golongan warga emas. Ini kerana mereka (generasi muda) bekerja bersungguh-sungguh untuk menjaga dan memenuhi keperluan kelompok berkenaan. Tetapi apabila mereka berada pada tahap usia sedemikian, mereka bimbang tiada lagi orang yang dapat menjaga mereka.

Dan ini membuatkan Hayakawa bimbang sekiranya solusi lebih radikal dicadangkan bagi mengatasi permasalahan yang timbul ketika ini. Benar, Plan 75 atau persis dengannya seperti The Purge wujud di dunia fiksyen. Tetapi jika semua kaedah konvensional tidak berkesan, kaedah fiksyen mungkin menjadi pilihan.

Ciapan pedas Elon Musk berkenaan kemerosotan kadar kelahiran Jepun. Sumber: Twitter

Kemunculan filem Plan 75 tidak lama selepas ciapan jutawan terkenal Elon Musk berkenaan kejatuhan kadar kelahiran Jepun mengundang kontroversi. Ada yang menyifatkan CEO Tesla itu mempunyai terlalu banyak masa untuk membuat komen sedemikian. Tetapi ada juga yang melihat komen beliau sebagai relevan dengan kemerosotan populasi Jepun semakin menjadi-jadi.

Pada tahun lepas sahaja, Jepun merekodkan pengurangan populasi sebanyak 644,000 orang. Angka tersebut merupakan angka pengurangan populasi paling tinggi pernah direkodkan Negara Matahari Terbit itu dengan kemerosotan kini memasuki tahun ke-11.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Statistik ini turut menunjukkan inisiatif Jepun dalam mengatasi isu kemerosotan populasi mereka masih belum berhasil. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kelahiran ialah kos membesarkan anak yang tinggi, waktu kerja yang panjang dan tiada sokongan penjagaan anak buat ibu bapa yang bekerja. Sekiranya kemerosotan ini berterusan, Plan 75 yang dianggap fiksyen ketika ini boleh saja menjadi realiti pahit yang perlu dihadapi Jepun pada masa hadapan.

RUJUKAN

AFP. (2022, 22 Mei). Kill Japan’s elderly? Cannes film probes chilling idea.

Samson, C. (2022, 24 Mei). Japanese film that imagines killing seniors as solution to aging population problem breaks Cannes. Yahoo News.

McCurry, J. (2022, 9 Mei). Elon Musk tweet sparks debate in Japan on falling birthrate. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply