Pintu Doraemon ini sebenarnya saintifik berasaskan teori kenisbian umum (general theory of relativity) yang dilengkapkan oleh Albert Einstein. Ada konsep lubang cecacing (wormhole).

Pertamanya, teori kenisbian Einstein telah dibuktikan benar berasaskan pelbagai eksperimen. Paling gempak ialah pengesanan gelombang kegravitian yang menang Hadiah Nobel tahun 2017.

Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing adalah “possible”, cuma belum dapat buktikan lagi secara eksperimen ataupun pencerapan.

Bagaimana konsepnya? Sebelum itu, mari fahami dulu konsep ruang masa (space-time).

Ruang ialah tempat wujudnya kita dan segala objek dan hidupan di dunia ini. Ia mempunyai arah (belakang, depan, kiri, kanan, atas, bawah). Tanpa ruang, kita dan objek-objek lain tiada tempat untuk wujud. Kita boleh membesar dan meninggi, kerana adanya ruang. Kita boleh ke mana-mana arah kerana adanya ruang.

Masa pula hanya mempunyai satu arah iaitu ke depan dan semua ciptaan terikat dengannya. Kita dapat bergerak pun sebab masa.

Menurut Einstein, masa dan ruang merupakan satu entiti. Apa yang memberikan kesan pada ruang, akan memberikan kesan juga pada masa.

Contohnya, objek berjisim berat akan memberikan pergerakan masa yang perlahan. Objek berjisim berat seperti matahari akan mempunyai graviti tinggi, masa pun akan bergerak lebih perlahan padanya.

Kalau dibandingkan antara Bumi dan Bulan, duduk di Bumi lagi perlahan masa bergerak berbanding duduk di Bulan sebab jisimnya berbeza. Jisim yang berbeza akan memberikan graviti yang berbeza.

Objek yang ringan, akan mempunyai pergerakan masa yang lebih cepat. Masa itu relatif

Okey, kenapa boleh jadi macam itu? Sebab apabila ada jisim berat, ruang-masa akan melengkok.

Analoginya, macam kita letak bola atas kain, kain itu akan melengkok lebih dalam kalau bola itu lebih berat. Sebab itu ruang-masa kadangkala dipanggil fabrik ruang-masa kerana gambarannya lebih senang faham dalam bentuk fabrik.

Jadi, macam mana kalau “kain” ruang-masa itu dilipat? Ya, kita akan singkatkan jarak dari satu tempat ke satu tempat. Dari satu bucu kain misalnya ke satu bucu kain yang lain.

Dengan konsep ini, pintu Doraemon dapat direalisasikan.

Menurut ahli fizik, lohong hitam (black hole) merupakan pintu untuk ke lohong cecacing (worm hole) ini. Lohong ini akan membawa kita dari satu tempat ke satu tempat lain yang sangat jauh. Tetapi jadi dekat sebab lohong ini yang memendekkan perjalanan.

Disebabkan ruang merupakan satu entiti dengan masa, maka lohong ini boleh jadi lohong pengembaraan masa yang mana kita boleh ke belakang dan ke depan. Secara peribadi, saya tidak begitu optimis dengan pengembaraan ke masa lampau kerana hukum termodinamik kedua halang perkara itu berlaku.

Filem Guardian of Galaxy gambarkan dengan baik berkenaan konsep lohong cecacing dengan konsep “jump gate”. Nak pergi ke planet jauh, gunakan lohong cecacing adalah kaedah yang paling praktikal berbanding bergerak semata-mata guna kelajuan cahaya kerana kelajuan cahaya tak signifikan dengan alam terlalu besar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.