Pilihanraya Parlimen Eropah akan berlangsung dari 23 hingga 26 Mei untuk memilih 751 Ahli Parlimen Eropah (MEP) bagi penggal 2019-2024. 

Parlimen Eropah ialah badan perundangan Kesatuan Eropah (EU). Rakyat di 28 negara anggota EU ada kewajipan untuk mengundi dalam pilihanraya ini, selain mengundi dalam PRU negara masing-masing. Nasib baik ASEAN tak buat macam tu, kalau tak leceh hidup kita. 

751 kerusi tersebut diagih ikut populasi negara. Jerman diberi paling banyak kerusi (96), diikuti oleh Perancis (74), UK (73), Itali (73) dan Sepanyol (54). Parti-parti yang bertanding untuk kerusi Parlimen Eropah juga merupakan parti-parti yang bertanding untuk parlimen negara masing-masing. 

Kalau satu negara ada 5 parti, 28 negara dah 140 buah parti. Untuk elakkan serabut, parti-parti yang membawa haluan politik yang sama akan duduk dalam pakatan yang sama.Pakatan-pakatan ini masing-masing mewakili posisi dari ‘far-left’, ‘left’, ‘centre-left’, ‘centrist’, ‘centre-right’, ‘right’ hingga ke ‘far-right’. (Nak faham macam mana nak membezakan left right far-left far-right semua tu, rujuk tulisan lama aku: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10209359370380858)

Pakatan terbesar, European People’s Party (EPP) terdiri daripada parti-parti centre-right seperti Christian Democratic Union (Jerman), Les Republicains (Perancis), Forza Italia (Itali). Parti Conservatives di UK ialah centre-right, tapi disebabkan ada perbezaan pandangan pasal EU, mereka masuk ke dalam European Conservatives and Reformists (ECR).

Pakatan Socialists & Democrats (S&D) pula terdiri daripada parti-parti centre-left yang membawa ideologi sosialisme dan demokrasi sosial, seperti Labour (UK), Parti Sosialis (Perancis), SPD (Jerman). Parti-parti kiri radikal atau far-left seperti Syriza (Greece), Podemos (Sepanyol) dan parti-parti komunis duduk dalam pakatan European United Left/Nordic Green Left (GUE/NGL). 

Parti-parti kiri yang memperjuangkan politik hijau (green politics) duduk dalam pakatan Greens/European Free Alliance. Parti-parti centrist dan ‘classical liberal’ duduk dalam Alliance of Liberals and Democrats for Europe di mana parti komponen yang terkenal ialah Liberal Democrats dari UK. 

Pakatan yang memiliki paling sedikit kerusi ialah Europe of Freedom and Direct Democracy (EFDD) dan Europe of Nations and Freedom (ENF). Dua pakatan ni membawa ideologi populisme nasionalis (nationalist populism) yang biasanya dikategorikan sebagai ideologi ‘far-right’. Sejarah dua pakatan ni pun agak baru: EFDD ditubuhkan pada tahun 2009, ENF ditubuhkan pada tahun 2015. 

Walaupun ideologi hampir sama, tapi ENF punya ideologi ‘right’ lebih pekat berbanding EFDD. Pada Disember lepas, parti komponen EFDD, UK Independence Party (UKIP) berlaku perpecahan atas isu Islamophobia. Puak yang anti-Islamophobia menubuhkan Brexit Party dan kekal dalam EFDD, manakala geng yang lebih kuat kutuk orang Islam pergi ke ENF. 

Pakatan yang mendapat majoriti akan membentuk kerajaan European Commission. Tapi nak dapatkan majoriti daripada 751 kerusi bukan senang, jadi ‘grand coalition’ dibentuk antara EPP, S&D dan ALDE yang memegang 60% kerusi secara keseluruhan.

Walaupun satu centre-right, satu centre-left dan satu lagi centrist, tapi mereka bersatu atas dasar ‘pro-Europeanism’. Mereka menyokong sepenuhnya idea integrasi EU dan grand coalition ini mendominasi EU sejak dari dulu lagi.

Pakatan-pakatan pembangkang pula mengambil posisi ‘Euroscepticism’, Euroscepticism dari segi nama bermaksud skeptik (kurang percaya) dengan EU, dan ‘Soft Euroscepticism’ berbeza dengan ‘Hard Euroscepticism’. 

GUE-NGL dan ECR ialah Soft Eurosceptic. Mereka menyokong integrasi EU cuma berbeza pendapat dengan beberapa dasar EU. GUE-NGL ialah kiri radikal, jadi mereka menentang dasar kewangan neoliberal oleh Bank Pusat Eropah. ECR ialah nasionalis konservatif yang melihat EU terlalu berkuasa. 

Manakala EFDD dan ENF membawa Hard Euroscepticism. Mereka merupakan populis nasionalis yang menggabungkan sentimen populisme (anti-elit) dan nasionalisme. Mereka mendakwa integrasi EU mengancam kedaulatan negara, melihat dasar ‘Open Border’ EU bukan saja menyebabkan rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan kepada pendatang malah menggalakkan kegiatan teroris (dituju kepada imigran Muslim). 

Dalam naratif mereka, EU ialah konspirasi elit untuk memperkayakan syarikat besar-besar yang mengaut untung melalui kebebasan aliran modal dan buruh. Matlamat akhir mereka adalah untuk menghancurkan EU itu sendiri. UKIP berkempen bertahun-tahun untuk keluarkan UK daripada EU, dan pada pilihanraya Parlimen Eropah tahun 2014, UKIP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi (24) berbanding Labour (20) dan Conservatives (19). 

Sebab tu PM UK waktu tu, David Cameron tergesa-gesa nak buat referendum ke atas persoalan samada UK nak kekal atau tidak dalam EU, dengan harapan majoriti rakyat akan memilih untuk kekal, dengan itu dapat membunuh momentum UKIP. 

Tapi keputusan menunjukkan majoriti memilih keluar EU (Brexit) dan itu menjadi pemangkin kepada fenomena gelombang populis-nasionalis. Sejak referendum Brexit, beberapa parti populis-nasionalis dah berjaya membentuk kerajaan seperti Lega Nord dan M5S di Itali, dan FPӦ di Austria (Lega Nord dan FPӦ ialah parti komponen ENF manakala M5S duduk dalam pakatan EFDD).

Kalau UK keluar EU ikut jadual asal (30 Mac 2019), UK tak perlu ambil bahagian dalam pilihanraya kali ini. Tapi UK minta tundakan tarikh Brexit hingga ke 31 Oktober. Kalau ikut logik, UK pun tak perlu ambil bahagian sebab tinggal beberapa bulan saja. Tapi orang tak yakin Brexit boleh jadi ke tidak, maka UK join juga pilihanraya kali ini. Kalau tak, nanti Brexit tak jadi, tapi tak ada wakil di Parlimen Eropah. 

Secara keseluruhan, pilihanraya Parlimen Eropah kali ini ialah ‘showdown’ antara ideologi pro-EU dan Hard Euroscepticism. Kejayaan EFDD atau ENF untuk merampas lebih banyak kerusi akan menguatkan lagi gelombang populis-nasionalis. Kalau mereka tewas atau gagal menang lebih banyak kerusi, maksudnya sentimen populis-nasionalis anti-EU beberapa tahun kebelakangan ini hanya hype semata-mata. 

Bagi pengundi UK pulak, pilihanraya kali ini boleh dianggap sebagai referendum kedua. Kalau keputusan memihak kepada Labour dan Conservatives, peluang untuk u-turn Brexit jadi tinggi. Tapi kalau keputusan memihak kepada Brexit Party dan UKIP, maksudnya rakyat nak Brexit no matter what. 

Kalau korang rasa politik EU ni jauh sangat dan tak ada kena mengena dengan hidup korang, think again. Tahukah korang bahawa punca Malaysia jadi kelam kabut sekarang ialah sekatan EU ke atas minyak sawit yang diluluskan oleh Parlimen Eropah pada tahun lepas? 

Kena sentiasa ambil tahu pasal isu-isu geopolitik macam ini. Jangan jadi macam kes Huawei, dah terjadi baru gelabah, walhal orang dah berbulan-bulan cerita pasal masalah US dengan Huawei. 

(Ingat lagi 2 bulan lepas ada ramai budak argue konservatif tu fasis far-right, kononnya semua ideologi kanan adalah sama. Rasanya diorang nak pengsan hadam kenapa parti centre-right kat EU bergaduh dengan far-right dan kenapa far-right pun bergaduh sesama sendiri)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.