Parti baru yang ditubuhkan oleh Nigel Farage, seorang ahli politik sayap kanan yang memperjuangkan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, nampaknya menguasai politik UK dalam pilihan raya Kesatuan Eropah yang akan berlangsung 23 Mei ini.
Brexit Party, parti yang diasaskannya pada tahun ini, selepas beliau keluar daripada parti United Kingdom Independence Party (UKIP), selepas kejayaannya membawa memenangi undi dalam referendum Brexit pada 2016, dijangka akan memenangi 30 peratus undi, berbanding Parti Buruh sebanyak 21 peratus dan Konservatif, sebanyak 12 peratus.
Kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Theresa May serta pertelingkahan yang berlaku antara puak Remainers (yang mahu kekal dalam EU) dan Leavers (yang mahu keluar dari EU) dalam Parti Konservatif, menyebabkan rakyat semakin rimas dengan keadaan sekarang.
Jika ini berlaku, ini adalah keputusan paling rendah buat Konservatif sejak ditubuhkan pada tahun 1834, ketika diasaskan oleh Sir Robert Peel.
Rakyat rasa dikhianati
Ketika ini rakyat di UK terutamanya yang mengundi Leave dalam referendum 2016 merasakan diri mereka sedang dikhianati oleh kerajaan yang dipimpin Theresa May. Selepas melancarkan Artikel 50 yang mencetuskan jalan keluar daripada Kesatuan Eropah dalam tempoh masa 2 tahun pada 29 Mac 2017, Theresa May gagal untuk membawa keluar United Kingdom daripada Kesatuan Eropah kerana beberapa isu.
Antara isu paling hangat ialah isu sempadan Ireland Utara dengan Republik Ireland, iaitu sempadan yang pada ketika ini tanpa halangan imigresen (hard border). Ini kerana mengikut Perjanjian Schengen, negara-negara dalam Kesatuan Eropah boleh keluar masuk tanpa pemeriksaan imigresen (immigration checkpoints), kecuali sempadan UK dan Perancis di Calais, di mana pemeriksaan passport diperlukan.
Isu imigresen menjadi isu paling penting dalam rakyat UK membuat keputusan untuk mengundi keluar daripada EU pada 2016. Dengan kehadiran ratusan ribu pendatang imigran tanpa izin dengan alasan pelarian, rakyat UK tidak dapat menerima kebanjiran pendatang ini yang dijangka akan mengubah demografi Eropah.
Dokumentari BBC baru-baru ini tentang korupsi ahli politik EU di Brussels dalam segmen Storyville(1) juga mencetuskan kemarahan rakyat United Kingdom terhadap golongan elitis di EU yang sombong kerana berterusan berkeras mahu menolak suara rakyat UK dalam pemilihan referendum tersebut.
https://www.bbc.co.uk/programmes/m0004vyd
Selain di United Kingdom, pilihan raya EU juga tertumpu di Itali, di mana 78 kerusi dipertandingkan. Itali, yang pilihan raya tahun lalu dimenangi oleh pihak populis yang Euroskeptik, iaitu parti populis aliran anti-establishment iaitu 5 Star Movement dan parti aliran sayap kanan yang lain, telah menang besar dan menolak campurtangan EU dalam pentadbiran negara mereka.
Itali, seperti United Kingdom, dibelenggu masalah imigran, dan kedudukan geografinya yang berada di tengah-tengah Laut Mediterranean menyebabkan ramai imigran dari Afrika Utara, terutamanya Libya menuju ke pulau Sicily dan Sardinia.
Itali juga memulakan dasar mengharamkan pembinaan masjid dan pengharaman burqa sebagai tindak balas kepada kebanjiran warga imigran dari Afrika Utara ini.
Neo-liberal yang angkuh menentang suara rakyat di Eropah
Selain Itali, negara-negara Kumpulan Visegrad (Hungary, Republik Czech, Slovakia dan Poland) juga dilihat mahu menjauhkan diri daripada dasar EU terutamanya dari pemimpinnya, Jean Claude Juncker dan Canselor Jerman, Angela Merkel yang mengasak negara-negara Eropah lain untuk tunduk kepada Berlin.
Negara Kumpulan Visegrad ini menyertai EU pada 2004, namun pada hari ini ramai dari kalangan warga negara ini mula merasakan tidak puas hati terutamanya terhadap polisi neo-liberal EU yang menekan penduduk tempatan, selain kebanjiran imigran ke negara mereka.
Penentangan ini juga terlihat di Perancis terutamanya demonstrasi Yellow Vest yang menentang dasar Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam cukai bahan api untuk mengawal kadar pengeluaran karbon EU (carbon emission).
“Mereka kata mereka nak kawal kadar pengeluaran karbon untuk menjaga alam sekitar, tetapi kenapa EU kena bersidang dua parlimen dengan jarak yang jauh, antara Brussels dan Strassboug (440 kilometer),” kata salah seorang pendemonstran di tengah kota Paris.
Pilihan raya EU kali ini dijangka melihatkan sayap kanan populis bangkit, sekaligus melemahkan teknokrasi dan birokrat EU. Memandangkan ini penggal terakhir Angela Merkel selaku Canselor Jerman, itu dilihat bakal melemahkan lagi kedudukan neo-liberal di Eropah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih