Cringe betul bila dengar murid bagi pick-up line kepada cikgu. Takde adab. Mungkin diorang tak tahu, orang barat pakai pickup-line ni untuk ajak orang perempuan ‘ehem-ehem’!
Amerika ada komuniti ‘buaya’ yang dipanggil Pickup Artist (PUA). Diorang tak pakai ayat “beta janji beta jaga” macam rempit. Ada beberapa teknik untuk goda perempuan cantik ke ranjang yang PUA buat. Salah satunya dengan menggunakan pickup line, tapi taklah poyo macam yang korang selalu dengar tu.
Pada 1967, terbit buku The Art of Erotic Seduction, tulisan Roger Conway. Ia bertujuan mengajar teknik pickup kepada lelaki hidung belang. Kemudian, Ross Jeffries telah mengasaskan komuniti PUA yang berkongsi jurus menggoda dengan teknik neuro-linguistic programming (NLP) pada 1991.
Seorang wartawan, Neil Strauss telah mendedahkan rahsia PUA dalam bukunya The Game: Penetrating the Secret Society of Pickup Artists pada 2005. Strauss sendiri masuk komuniti itu dan mengaku, selepas join diorang, setiap malam dia berganti perempuan. Asalnya dia malu nak cakap dengan perempuan, tapi lepas gunakan teknik pickup line, sekejap je dapat rebahkan model cantik. Pick up line mengajar Strauss untuk menjadi playboy.
PUA anggap perempuan sebagai objek. Tak lebih daripada bahan untuk melempiaskan syahwat. Bak kata seorang filsuf barat yang juga kaki perempuan, Jean Paul Sartre: “Pecinta adalah subjek yang cuba menjadikan kekasihnya sebagai objek untuk memenuhi hasrat hatinya.”
Neil Strauss telah diajar untuk buatkan orang perempuan rasa insecure, baru boleh masuk daun. Teknik ini dinamakan “negging”, iaitu cara merendahkan self-esteem perempuan supaya diorang mengharapkan approval daripada laki-laki. Selepas komuniti PUA meletup, ramai orang perempuan yang lepak dekat pub mengaku tak selesa sebab selalu kena kacau dengan geng ni.
Bagaimanapun, dosa zina takkan bawa ketenangan.
Strauss memilih hidup polyamory. Beza dengan poligami, perhubungan polyamory mempunyai lebih daripada seorang pasangan untuk bercinta atau berjimak di luar ikatan perkahwinan. Akhirnya, Strauss terpaksa masuk klinik rawatan khas kerana ketagihan seks. 13 tahun setelah join PUA, rumahtangga Strauss runtuh dan dia bercerai dengan isterinya, Ingrid De La O.
Pickup line ni takde faedah pun. Mula-mula mungkin kelakar bila pelawak yang bawa. Tapi, lama kelamaan pick up line ni jadi hambar dan terlalu memualkan untuk didengari.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Tak perlu guna pickup line untuk mencari cinta sejati. Korang boleh menemukan cinta yang suci dengan membaca buku RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/e6n9puy
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih