Dengan hanya dua dos vaksin, dunia semakin berjaya menundukkan SARS-CoV-2. Banyak negara kembali ke resam normal. Malaysia pun sudah membuka sempadan untuk dinikmati semua.

Dan sekarang ramai berbicara untuk mendapatkan dos penggalak sebagai ikhtiar atas rasa tanggungjawab pada semua. Kalau ikut spesifikasi, dua dos CoronaVac perlu disokong satu suntikan Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech.

Tetapi belum sempat beri dos penggalak kepada sebahagian besar dalam kalangan rakyat, Pfizer mendatangkan berita sangat baik untuk semua.

Ketua utama pihak Pfizer.

Sejak bulan Julai 2021, pihak Pfizer menjalankan ujian untuk mengenal pasti tahap keselamatan dan keberkesanan projek PF-07321332.

Seramai 2,100 pesakit COVID-19 terlibat dalam ujian penting ini, dipilih secara rambang daripada dua benua Amerika sampai Asia. Jumlah ini pula dibahagi kepada dua kumpulan – 1,050 orang menerima ubat ujian dan 1,050 lagi menerima pil placebo. Setiap 12 jam dalam masa lima hari.

Sambil melihat keberkesanan, mereka teliti bab keselamatan dulu. Benda paling penting sekali adalah kesan sampingan (adverse effect).

Seramai 70 penerima pil placebo terkena kesan sampingan. Manakala dalam kalangan penerima ubat ujian pula, hanya 18 orang sahaja disahkan bersimtom sampingan. Jadi dari segi keselamatan, ubat ujian terbukti selamat. Step one selesai.

Pendaftaran Nama Ubat

Pfizer letak 28 hari untuk memantau setiap pusingan kajian ini supaya dapat mengenal pasti tahap keberkesanan. Selepas tempoh 28 hari ini, mereka mengumpulkan semua data dan mengesahkan kejayaan projek. Semua penerima ubat ujian sembuh, hasil daripada tindak balas ubat ujian.

Dalam kalangan penerima placebo pula, 10 pesakit meninggal dunia. Puas hati dengan dapatan ini, mereka mendaftarkan ubat dengan nama PAXLOVID yang diisytiharkan 89 peratus berkesan melawan SARS-CoV-2 (Hopkins, 2021).

Ubat Paxlovid.

Dengar saja berita ini, Australia dan United Kingdom tidak tunggu lagi. Mereka memborong bekalan PAXLOVID punyalah banyak. Australia siap tempah untuk rawat 500,000 bakal pesakit (ABC, 2021).

Cara Penggunaan PAXLOVID

Semasa mengkaji, pihak Pfizer perlu menyelesaikan satu masalah. Kadar metabolisme PAXLOVID sebenarnya agak tinggi. Dalam bahasa marhaen, PAXLOVID jenis kelam kabut. Jadi Pfizer menguji keberkesanan PAXLOVID dengan ubat ritonavir untuk turunkan tahap metabolisme ini.

Ritonavir adalah ubat yang agak popular dalam dunia farmaseutikal, kerana digunakan sebagai “penyokong” dalam rawatan HIV/AIDS. Kali ini Ritonavir digunakan untuk menyokong rawatan COVID-19 kerana ia berjaya menurunkan kadar metabolisme PAXLOVID.

Gandingan dua ubat ini membentuk sebuah ketumbukan yang padu untuk melawan virus SARS-CoV-2. Malah ubat PAXLOVID didapati lebih berkesan untuk dibandingkan dengan Molnupiravir keluaran MERCK. Untuk pengetahuan semua, MERCK adalah pengeluar Ivermectin yang tidak selamat digunakan untuk merawat COVID-19.

Dalam masa tiga hari saja, simtom COVID-19 berkurangan dengan mendadak. Tiga hari. Kejayaan awal ini meyakinkan pihak Pfizer, yang terus menamatkan ujian untuk sesi pendaftaran.

Jika lulus, Pfizer akan mula menghasilkan ubat ini secara “mass production”. Sama seperti vaksin, bekalan akan mengambil masa lama untuk cukupkan keperluan global. Setakat ini 90 buah negara sedang berebut untuk mendapatkan stok PAXLOVID. Sesiapa yang dapat akan mengutamakan warga emas dan golongan imuniti terjejas dulu.

Jadi bagi sesiapa yang sangka ubat ini boleh menggantikan dos penggalak, mungkin ada kesilapan di sini. Ubat adalah ubat. Vaksin adalah vaksin. Dua perkara ini usah disekutukan. Ubat merawat. Vaksin mencegah. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, pencegahan adalah jauh lebih baik daripada pemulihan.

RUJUKAN:

ABC. (2021, Oktober 17). What are Ronapreve and PF-07321332, two new COVID-19 treatments Australia has gained access to?

Hopkins, J. (2021, November 5). Pfizer says Covid-19 pill is 89% effective in preliminary assessment. Wall Street Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.