Apabila membaca artikel menarik yang ditulis oleh Tuan Moustapha Abbas dan disiarkan oleh laman The Patriots yang bertajuk “Kotornya Barat Pada Abad ke-18 dan ke-19“, saya terdetik untuk berkongsikan sesuatu.
Saya ada mengumpulkan beberapa maklumat dan fakta tentang budaya kebersihan (hygiene) dan pedandanan (adornment) di alam Melayu sejak dari zaman Srivijaya. Antara maklumat yang pernah saya kongsikan ialah tentang sistem kumbahan di Kota Melaka dalam era Kesultanan Melaka.
Kali ini saya ingin kongsikan pula tentang pembersih dan pewangi mulut di Alam Melayu zaman dahulu kala. Jauh sebelum Listerine dicipta, masyarakat di Alam Melayu telah pun memiliki pembersih dan pewangi mulut.
Hal ini pernah dicatatkan oleh Ibnu Battutah. Ketika Ibnu Battutah singgah di sebuah tempat di Alam Melayu yang bernama Kailukari (ramai ahli sejarah berpendapat ia adalah Kuala Krai), beliau mencatatkan seperti berikut :-
“Nakhoda memberitahuku bahawa ia dipenuhi oleh sejenis minuman yang dibuat dari gula dan dicampur dengan herba. Orang ramai meminumnya selepas makan dan ia berbau harum serta manis rasanya. Di samping itu, minuman tersebut juga menyegarkan tubuh, mengharumkan nafas, menghadamkan makanan dan membantu hubungan kelamin.”
Hasil dari pengalaman saya di lapangan, antaranya menemui pembuat-pembuat ramuan herba di Jawa, pembuat minuman herba Kesultanan Bima dan sebagainya, memang ada minuman yang dibuat untuk mengharumkan mulut. Selalunya minuman-minuman ini akan mengandungi kandungan-kandungan seperti berikut :-
1) Air sirih
2) Air limau
3) Kulit kayu manis
4) Cengkih
5) Halia
Pembersih dan pewangi mulut tradisional ini saya lihat boleh dikomersialkan.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih