Bagi yang menonton filem Harry Potter and D3athly Hallows Part 1, Hermione bercerita mengenai satu kisah dipanggil ‘The Tale Of Three Brothers’ sewaktu berada di rumah Xenophilius Lovegood, bapa kandung Luna Lovegood.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tiga lelaki yang diceritakan Hermione itu berasal dari keluarga Peverell.
Peverell ialah Pure-Blood yang hidup di zaman abad pertengahan. Nama keluarga mereka telah disingkirkan dari senarai Pure-Blood meskipun ahli keluarga mereka masih hidup ketika itu.
Sebagai sebuah keluarga sihir, mereka menggunakan sihir dalam memudahkan kehidupan mereka. Mereka juga pengembara, dianggotai 3 beradik yang dipanggil, Antioch Peverell, Cadmus Peverell dan Ignotus Peverell.
Hendak dijadikan cerita, mereka perlu melalui satu sungai yang tiada jambatan. Maka, dengan menggunakan sihir, mereka hasilkan jambatan mereka sendiri. Seorang lembaga yang ditakrifkan dengan nama ‘M4ut’ berasa tertipu lantas memuji mereka bertiga sebagai helah.
M4ut berhasrat menunaikan hajat mereka. Antioch meminta tongkat sihir paling berkuasa di dunia, maka M4ut menyerahkannya The Elder Wand.
Cadmus meminta kuasa menghidupkan yang m4ti. Maka M4ut mengurniakannya Resurrection Stone.
Ignotus pula meminta agar M4ut tidak mengikutinya. Pada mulanya M4ut teragak-agak, namun ditunaikan juga hasrat tersebut dan diberi The Invisibility Cloak.
Penulis rasa kalian sudah tahu apa yang terjadi seterusnya.
Hendak dijadikan cerita, selepas Antioch dibvnuh, Elder Wand melalui banyak pemegang sebelum jatuh ke tangan Dumbledore. Antaranya ialah Emeric The Evil, Egbert The Egregious, Barnabas Deverill dan Gellert Gridelwald.
Bagaimana pula dengan Resurrection Stone?
Sebelum Cadmus membvnuh diri, dia sempat menyerahkan Resurrection Stone pada ahli keluarganya yang terdekat. Itulah keluarga Gaunt. Sedar dengan kekuasaan Resurrection Stone, mereka menempatkan Resurrection Stone di dalam sebuah cincin dan menyimpannya di rumah keluarga Gaunt.
Tom Riddle a.k.a Lord Voldemort yang pada tahap kemuncak gila kuasa memecah masuk rumah keluarga Gaunt. Dia mencari Resurrection Stone lalu meletakkan setengah jiwanya di dalam cincin tersebut dengan membvnuh seorang Muggle.
Marvolo Gaunt’s ring atau cincin Marvolo Gaunt itulah salah satu Horcrux. Dia tahu bahawa di dalamnya ada Resurrection Stone, tetapi baginya tiada yang penting, dia tidak menyayangi sesiapa, termasuk ibu dan bapanya yang sudah m4ti.
Tom Riddle menyimpannya di rumah keluarga Gaunt. Setelah tahu tentang rahsia Tom Riddle, Albus Dumbledore mencarinya dan ia berjaya dijumpai. Dia menghapuskan horcrux tersebut menggunakan pedang Godric Gryffindor yang kemudiannya meletakkan Resurrection Stone tersebut ke dalam Golden Snitch yang sekali lagi diwariskan kepada Harry Potter.
Invisibilty Cloak?
Ignotus hidup paling lama antara adik-beradiknya yang lain. Dia sempat berkeluarga dan mendapat seorang anak perempuan ulung bernama Iolanthe. Dia kemudian menyerahkan Invisibility Cloak pada anak perempuannya.
Di sini kisah menjadi lebih menarik, Iolanthe kemudiannya berkahwin dengan Hardwin Potter.
Selepas itu, ia diwariskan dan diwariskan sehinggalah kepada Henry Potter. Henry Potter di saat kematiannya mennyerahkan pula kepada anak sulungnya, Fleamont Potter. Fleamont Potter berkahwin dengan Euphemia Potter dan dikurniakan anak bernama James Potter.
James Potter kemudian menunjukkan kepada Albus Dumbledore, Invisibility Cloak yang diwariskan kepadanya lalu Dumbledore meminjamnya sebentar untuk kajian. James Potter kemudiannya berkahwin dengan Lily Evans, mati dalam bertarung dengan Lord Voldemort meninggalkan anak kecil bernama Harry Potter.
Dumbledore yang memegang Invisibility Cloak menyerahkan pula pada Harry Potter pada Hari Krismas sebagai hadiah.
Kalau anda dikurniakan antara ketiga-tiga D3athly Hallows, mana yang lebih anda mahu?
Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih