Kerajaan Nabatean adalah antara tamadun terawal yang didirikan oleh bangsa Arab Purba. Selain daripada Kerajaan Saba yang terkenal dalam kisah Nabi Sulaiman A.S, Nabatean juga harus dikenang sebagai antara tamadun-tamadun yang sempat dibangunkan oleh bangsa arab.

Lokasi dan luas tamadun ini bolelah disamakan seperti Jordan hari ini. Pada kemuncak kegemilangannya, dikatakan bahawa kerajaan ini mengawal laluan perdagangan laut dan darat di sekitar Timur Tengah.

Antara tinggalan hebat tamadun ini adalah peninggalan bandar Petra yang dipahat pada gunung ganang. Dipercayai bahawa tapak Petra di Jordan ini dibina seawal 500 Sebelum Masihi sehingga 300 Sebelum Masihi, sezaman dengan Tamadun Sungai Batu milik bangsa Melayu di Kedah.

Bandar Petra ini terkenal dengan senibina dan teknologi bangsa Arab Nabatean yang mempunyai teknologi untuk memotong dan mengukir batu seolah-olah seperti ianya hanya sebatang kayu sahaja. Selain itu, sistem saliran air yang dimiliki oleh Arab Nabatean yang ditempatkan di Petra juga mengagumkan.

Bandar Petra hari ini dipercayai mampu naik berdasarkan faktor kehebatan bangsa Arab mengawal sumber air di tengah-tengah padang pasir sehingga mampu mencipta oasis buatan manusia. Antara cara yang digunakan oleh orang Arab Nabatean untuk mengawal saliran air ialah melalui empangan, terusan, saliran, cisterns dan seumpama dengannya. Dengan kemampuan ini, orang Arab Nabatean mampu untuk menyimpan air dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, kedudukan Petra di tempat yang strategik dilaluan perdagangan membolehkan orang Arab Nabatean yang asalnya ialah sekadar puak arab nomad biasa di padang pasir mengumpul kekayaan yang maha hebat apabila Petra menjadi pusat perdagangan. Bahkan walaupun ketika berada dibawah tak-lukan Empayar Rom, Petra sebagai sebuah kota purba bangsa Arab ketika itu tetap berada dibawah zaman kegemilangannya.

Selain itu, kota Petra juga terkenal dengan binaan bernama Al-Khazneh yang bermaksud harta. Ianya adalah kuil arab Purba yang masih kekal sehingga ke hari ini. Asalnya, ianya adalah sebuah makam yang dibina pada pemerintahan Aretas IV Philopatris. Orang Arab Nabatean menggunakan seni bina Greek-Roman ketika memahatnya di lereng gunung memandang pengaruh Hellenistic sangat meluas ketika itu.

Terima kasih kepada seorang pengembara Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burckhardt yang menemuinya pada tahun 1812 Masihi. Oleh kerana keajaiban yang dimiliki oleh kota Petra ini, maka UNESCO telah menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban dunia.

Gambar: Al-Khazneh ketika waktu siang dan dikunjungi oleh pelancong dari dalam Jordan sendiri dan luar negara.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.