Tak lama selepas aku lihat video aku berkenaan Spesis Teras oleh ML Studios, aku terus menggelabah sebab aku perasan aku makin gemuk. Dipendekkan cerita, aku pun mula lah berdiet dan sewaktu aku berdiet, antara masalah yang aku selalu hadapi ialah sayur salad menjadi rosak sebab ketiadaan peti sejuk di hostel. Benda ni buat aku terfikir, zaman dulu macam mana orang simpan makanan tanpa rosak? Zaman dahulu ada peti ais tak?
Jawapannya ialah ya, kita ada dan contoh terkenal ialah peti ais Parsi bernama Yakhchal yang mula dibina sekitar 2500 tahun dahulu. Sekitar tahun 400 Sebelum Masihi.
Berbanding dengan peti ais kita yang setinggi dua meter dan selebar satu setengah pelukan, saiz yakhchal ini adalah sebesar rumah anda.
Sumber utama agen penyejukan yakhchal ialah daripada air sejuk pergunungan yang mengalir ke yakhchal melalui saliran bawah tanah (qanat) semasa musim sejuk. Ada juga yakhchal yang menyimpan ais terus sebagai agen penyejuk.
Menariknya, ais juga dapat bertahan daripada pencairan mendadak dalam yakhchal. Hal ini disebabkan sistem pengaliran suhu yang bagus dalam yakhchal. Sebagai contoh, ia mempunyai lubang udara di dasar yakhchal dan juga lubang besar pada kubahnya. Ini sebenarnya adalah konsep fizik asas yang bernama perolakan udara. Udara sejuk ni selalunya berat dan akan beredar ke bawah manakala udara panas yang ringan akan beredar ke atas.
Sebagai contoh semula jadi, udara panas di laut akan beredar ke langit manakala udara sejuk di langit akan turun ke bawah. Ini membawa kepada fenomena bayu laut. Kalau kita ikut konteks yakhchal, udara sejuk yang berada di dasarnya akan memasuki lubang pada dasar dan udara panas di dalam yakhchal akan beredar keluar ke atas melalui lubang kubah.
Selain itu, struktur luar yakhchal dibina dengan bahan penebat haba. Antara bahan binaan yang digunakan ialah campuran pasir, tanah liat, putih telur, abu, bulu kambing, jus lemon dan juga bahan kalis air bernama sarooj. Dengan ini, bukan sahaja yakhchal mampu menahan haba daripada memasuki yakhchal, bahkan ia juga kalis air.
Selain itu, yakhchal juga mempunyai parit pada dasarnya yang digunakan untuk menakung air yang cari daripada ais. Memandangkan cuaca Parsi pada waktu malam ini sangat sejuk, maka air takung ini akan menjadi beku pada waktu malam dan kitaran ini akan terus berulang. Jadi, tak hairan lah yakhchal ini boleh digunakan oleh orang Parsi untuk membuat kudapan berais bernama faludeh.
Kebijaksanaan orang Parsi dalam memanfaatkan teknologi sains dan alam sekitar ini sampai sekarang masih berguna pada orang Iran. Di sana, yakhchal tetap lagi digunakan di perkampungan Iran seperti Kerman dan Maybod. Disebabkan itu jugalah orang Iran memanggil peti ais sebagai yakhchal berikutan legasi peti ais purba mereka.
RUJUKAN:
Mehdipour, A., & Namazian, A. (2012). Yakhchal; climate responsive persian traditional architecture. In 2nd International Conference on Environment Science and Biotechnology (Vol. 48).
Pochee, H., Gunstone, J., & Wilton, O. (2017). New insight on passive ice making and seasonal storage of the Iranian Yakhchal and their potential for contemporary applications. PLEA.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih