Peti ais adalah bukti kehebatan akal manusia menempuhi cabaran alam. Manusia perlu makan. Tetapi makanan takkan boleh dibiar lama. Sampai satu masa, makanan akan mula rosak sebelum basi selamanya. Itulah cabaran dihadapi begitu lama sampailah peti ais menjadi perkakas dapur wajib ada bermula sekitar zaman 1930-an. Kita terlalu bergantung pada peti ais sampai saban zaman, teknologinya ditambah baik untuk 1) memastikan kesegaran makanan, 2) menjimatkan elektrik sebaik mungkin dan 3) memasangkan peranti pintar untuk ‘berhenti sejuk’ jika pintu terbuka secara tidak sengaja.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Mudah kata, akal digunakan untuk menempuhi cabaran. Mula ada peti ais. Kemudian tambah baik peti ais. Walau bagaimanapun, akal perlu diasah dengan ilmu baru. Dan ilmu pula bukan satu benda mudah. Hari ini ada pendapat yang peti ais tidak boleh penuh. Kalau penuh, peti ais kena bekerja keras untuk sejukkan semua makanan. Ini konsep pendingin hawa sebenarnya. Ada pendapat mengatakan peti ais wajib penuh. Kalau tidak penuh, peti ais akan makan elektrik lagi banyak.

Percayalah – soalan ini popular di seluruh dunia. Ramai tertanya-tanya, kerana jawapannya sangat rambang.

Membezakan Penuh Dengan Pemalas

Peti ais berfungsi menggunakan sistem penyejatan yang tidak berhenti (Mores, 2020). Prosesnya bermula di bahagian kompresor yang menaikkan haba dan tekanan gas penyejuk. Sebaik sahaja haba dan tekanan naik, kompresor akan pam gas masuk dalam bahagian kondenser untu memulakan penyejatan. Kondenser menukarkan gas panas menjadi cecair yang dipam masuk dalam injap pengembangan. Kerja injap ini senang saja – kurangkan tekanan supaya penguap boleh membawa cecair menjadi gas… agar proses ini berjalan semula.

Jadi selagi mana proses ini berterusan, peti ais menggunakan tenaga elektrik secara konsisten. Titik perbincangan sekarang kena fokus pada cara pengisian peti ais pula. Kena faham satu benda dulu: ada beza peti ais penuh dengan peti ais pemalas.

Ini peti ais penuh.
Ini peti ais penuh tetapi berselerak.

 

Ini peti ais pemalas.

Kenapa “peti ais pemalas” tidak wajar dianggap “peti ais penuh”? Senang saja. Kerana peti ais pemalas 1) tidak menyusun barangan supaya kitaran udara seimbang dan 2) memanfaatkan segala ruang yang ada.

Penuh macam mana pun – selagi kitaran udara seimbang, peti ais tidak makan elektrik yang banyak. Malah peti ais pemalas akan menyekat kipas (vent) yang memasukkan udara sejuk (Lundin, 2019).

Mengadili Hujah Antara Peti Ais Penuh Dan Kosong

Peti ais kosong ada satu kelebihan. Pintunya takkan dibuka begitu kerap macam peti ais penuh. Logiknya, peti ais penuh akan dibuka dengan kerap untuk ambil barangan mentah. Lagi kerap dibuka, lagi banyak haba suhu bilik akan masuk. Peti ais kena buat kerja balik untuk sejukkan haba tersebut. Cuma itu dari segi teori sajalah.

Sama macam peti ais kosong, peti ais penuh juga ada satu kelebihan yang mengatasi kelemahan haba ini. Semua barangan yang sudah sejuk akan main peranan menandingi haba bilik; barangan beku di bahagian atas turut main peranan sekali (Iredale, 2021). Maka tujuan asal peti ais itu sendiri sudah lengkap. Makanan beku atau sejuk. Makanan beku dan sejuk membantu kompresor lawan haba bilik ini.

Pokok pangkalnya, peti ais kena tersusun dengan cermat. Kalau tersusun cara pemalas, jangan bising kenapa elektrik tidak jimat. Semua benda mesti kena dengan caranya.

RUJUKAN:

Iredale, A. (2021, Ogos 13). Six ways to make your old fridge more energy-efficient. Choice AU.

Lundin, T. (2019, July 1). Does A Refrigerator Work Better Full or Empty? DT Appliance.

Mores, M. (2020, Ogos 14). Refrigerator 101: How Does A Refrigerator Work? 101 Appliance.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply