Dalam menuju penguasaan dan eksploitasi angkasa lepas, kos adalah penghalang utama satu-satu cubaan dan penjelajahan ke angkasa lepas lebih-lebih lagi kepada negara membangun seperti Malaysia.

Sejak bermulanya perlumbaan ke angkasa lepas yang diterajui oleh Kesatuan Soviet dengan kejayaan mereka menempatkan satelit Sputnik di orbit, negara kuasa besar adalah pelopor utama penguasaan dan pembangunan teknologi angkasa lepas kerana mereka mempunyai kuasa ekonomi dan sejumlah besar dana untuk menyokong projek yang bernilai berbillion dollar.

Namun semua ini berubah dengan Ansari X Prize, yang menjadi batu asas kepada pelancaran roket dan pembuatan satelit secara komersial.

Jika dahulu roket-roket gergasi seperti Atlas dan Delta, Zenit dan Arianne bermain diminda kita sebagai kenderaan pelancar yang membawa beban bayar yang berupa satelit yang sebesar bas ekspres untuk kegunaan komunikasi, cerapan cuaca, kajian saintifik dan penderiaan jauh serta banyak lagi.

Tetapi kini, pelancaran roket yang lebih berkos rendah dan menggunakan asas teknologi sedia ada serta perkembangan teknologi elektronik yang sangat pantas mewujudkan dua kelas satelit yang mungkin bersaiz tidak besar dari rak kasut anda tetapi mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding satelit bersaiz tradisional.

Ya satelit bersaiz rak kasut, atau mungkin lebih kecil (barangkali bersaiz kotak kasut) dengan berat dari 10 hingga 50kg kini tidak lagi mustahil.

Dengan dana yang sama dengan membina sebuah satelit sebesar kereta, kita mampu membina 10 atau 15 buah satelit nano dan menempatkannya di orbit geostationary di ruang angkasa Malaysia bagi tujuan cerapan cuaca yang lebih efektif dan lebih tepat – yang mana ia sangat membantu agensi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia untuk melaksana dan menyebarkan maklumat ramalan cuaca dengan lebih jitu kepada pengguna.

Satelit mikro dan satelit nano adalah sejenis kelas satelit yang mempunyai berat sekitar 10kg ke 100kg bagi satelit mikro dan 1kg hingga 10kg bagi satelit nano yang mana ia boleh dibina dalam jumlah yang besar, dengan kos yang lebih murah, dan mampu melaksanakan tugas yang tidak dapat dilakukan oleh satelit konvensional – seperti berada dalam jujukan formasi yang lebih jitu bagi tujuan penderiaan jauh atau imejan permukaan bumi mahupun cerapan cuaca yang lebih ekstensif. Sifat satelit ini yang kecil juga membolehkan ia digunakan bagi melaksanakan penyelengaraan keatas satelit konvensional sedia ada, atau sebagai platform bagi tujuan eksperimentasi sains untuk kegunaan universitas atau agensi-agensi saintifik.

Bukan setakat ramalan cuaca, ia juga boleh diaplikasikan untuk tujuan ketenteraan – bagi tujuan imejan dan risikan, atau untuk tujuan penderiaan jauh bagi membantu kajian keatas topografi – dari mengesan kesan pembalakan dan pertanian hingga menetapkan laluan sesuai untuk menempatkan jalanraya atau rel kereta api kepada memilih lokasi sesuai untuk pembinaan terusan bagi tujuan pengairan tanaman pertanian. Malah ia juga boleh membantu dalam perancangan bandar dan perumahan yang lebih efisien.

Teknologi satelit nano dan mikro tidaklah serumit satelit konvensional walaupun prinsip pengoperasiannya hampir serupa dan terdapat cabaran tersendiri dalam membangunkan satelit bersaiz kecil ini – dari sistem pendorongan kepada telemetri dan komunikasi antara satelit dengan stesen Bumi yang mana ia memerlukan keupayaan teknologi elektronik yang sangat maju dan ketahanan teknologi bukan angkasa lepas untuk kegunaan di orbit. Namun teknologi sebegini sudah sedia ada wujdu dan hanya menunggu dituai dan ia boleh dibangunkan oleh universiti tempatan atau oleh syarikat swasta sendiri dengan risiko kegagalan masih tidak menjejaskan pendanaan kerana kosnya yang sangat murah.

Pelancaran satelit saiz kecil ini juga tidak semestinya memerlukan keupayaan melancarkan roket dengan beban bayar secara konvensional. Konsortium seperti Virgin Galactic telah membuktikan yang satelit boleh dilancarkan dengan roket yang dibawa oleh pesawat udara melalui platform SpaceShipTwo, atau Pegasus oleh Orbital ATK (yang juga merupakan operator Cygnus) dengan menerbangkannya ke altitud lebih tinggi dari kebiasaan yang digunakan pesawat komersial. Pesawat sub orbital ini akan membawa roket berserta beban bayar yang terdiri dari satelit, terbang pada ketinggian 21 000 meter sebelum melepaskan roket yang dibawanya ke orbit. Ianya lebih kos efektif dimana kita hanya memerlukan pesawat udara yang mana kerangka pesawat, enjin dan lain-lain sistem sudah sedia ada wujud dan matang serta boleh diperolehi dipasaran berbanding roket konvensional yang memerlukan bahan api spesifik, enjin yang lebih rumit pembuatannya serta sistem telemetri dan elektronik yang lebih kompleks.

Pesawat sub orbital adalah pesawat udara yang mempunyai keupayaan untuk membawa beban bayar seperti roket lancaran udara atau kapal angkasa sub orbital, dimana ia mampu untuk terbang lebih tinggi dari pesawat konvensional dan beroperasi didalam keadaan lapisan udara atmosfera yang nipis disebabkan altitud tinggi. Contoh pesawat sub-orbital yang sedia ada wujud dan beroperasi adalah seperti SpaceShipTwo dan WhiteKnigthTwo. Walaubagaimanapun terdapat juga pesawat sub orbital yang masih lagi dalam proses pembangunan seperti Boeing X-37 dan program-progam pesawat sub orbital era Perang Dingin seperti X-15 namun kedua-duanya terhad kepada ujian aeronautik dan pengumpulan data berkenaan penerbangan di bahagian sub-orbital untuk pembangunan pesawat masa hadapan.

Program aeroangkasa sebegini adalah lebih masuk akal untuk diteroka kerana ia melibatkan pengunaan teknologi sedia ada dan

ini dapat menyumbang kepada pembangunan industri aeroangkasa negara kearah yang lebih mapan dan berdaya saing.

Kedudukan Malaysia yang strategik, terletak berhampiran garisan Khatulistiwa sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada industri pelancaran roket dan satelit dimana jarak yang perlu ditempuh untuk berada di orbit adalah lebih dekat berbanding rantau hemisfera utara selain dan ini secara tidak langsung mengurangkan kos bahan api dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan pelancar yang lebih berat.

Mengaplikasikan konsep yang digunapakai oleh firma Virgin Galactic, pesawat sub orbital seperti White Knight atau pesawat komersial biasa seperti B747 serta sistem roket lancaran udara dapat meletakkan kita sebagai pemain industri yang kompetetif bagi perkhidmatan pelancaran satelit mikro dan nano, ditambah dengan kelebihan kedudukan negara yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa – ia bakal membuka satu lembaran baru industri yang sebelum ini dipelopori negara-negara kuasa besar.

-FJ-

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply