Sesiapa yang ikuti trend pro-persekitaran (environmentalist) mesti tahu pasal pesawat. Ramai tidak suka kerana pesawat meninggalkan jejak karbon sangat banyak. Jejak karbon adalah jumlah kesan rumah hijau dikeluarkan yang memberi kesan pada alam sekitar.

Jujurnya, kelompok pro-persekitaran bertambah lantang selepas Greta Thunberg mula naik. Dan jangan marah mereka – suara mereka memang diperlukan untuk membuka mata geng kapitalis yang terlalu rakus mencari untung.

Kalau bukan kerana kelantangan mereka, takkan mungkin sampai White House bergegarnya.

Gerakan bermula seperti dalam gambar atas kanan.

Di bawah Donald J. Trump, pentadbiran Amerika Syarikat tetap setia pada bahan api konvensional (minyak petrol, diesel dsb.).

Tetapi kemenangan Joe Biden telah mengubah segalanya. Jadi sekarang satu dunia ibaratkan sebulat suara nekad memperjµaηg semangat hijau. Kalau kereta memang mudah. Tetapi pesawat menggunakan tenaga sangat banyak.

Airbus A321 misalnya mempunyai tangki minyak sebanyak 32,940 liter, dengan purata 2,508 liter digunakan setiap jam. Dan setiap jam itulah, pesawat melepaskan 90 kilogram karbon di ruangan udara.

Airbus A320.

Jadi saintis sekarang perasan – ada demand baru: pesawat bebas minyak.

Pendekatan Baru Zaman Ini

Untuk membebaskan penerbangan daripada belenggu karbon, saintis cuba mempertimbang penggunaan bahan api sintetik. Jelas sekali dunia ketandusan alternatif. Tiada siapa (selain Greta Thunberg) sanggup meredah lautan luas guna kapal laut.

Jadi sepasukan saintis di Potsdam membentangkan cadangan yang semua sudah fikir. Guna saja tenaga suria, tetapi dengan bantuan udara sekali.

Proses ini menghasilkan campuran hidrogen dan karbon monoksida yang kemudian diproses menjadi bahan bαkαr yang sesuai (The Week, 2021). Pasukan ini dipimpin Profesor Aldo Steinfeld, yang turut mengusul agar cadangan ini boleh diuji secara praktikal.

Aldo Steinfeld.

Mereka ingin membangunkan sebuah makmal di Zurich supaya dapat menyelami dalam teknologi termokimia (DLR, 2019). Dari segi teori, sistem ini memang perlu cahaya matahari yang sangat banyak. Dan Timur Tengah sedia menunggu sesiapa saja yang berani membawa tenaga suria.

Sekali lagi kalau tengok teori, proses ini dapat menghasilkan bahan api dengan bajet sekitar €1.20 hingga €2.00 seliter. Teknologi ini jauh lebih praktikal untuk dibandingkan dengan bahan api biologi (biofuel).

Pertama sekali, tenaga suria tiada had dan tidak sama sekali bergantung pada sektor lain (biofuel bergantung pada sektor pertanian). Dan memang pasukan Steinfeld sedang melihat Timur Tengah… kerana rantau ini tidak langsung menjejaskan mana-mana sektor pengeluaran makanan.

Halangan Sementara

Buat masa ini, pasukan berkenaan masih belum mendapat sokongan sebuah negara. Mereka tahu cabaran yang menanti terutamanya di Timur Tengah. Bukan senang untuk masuk dalam pasaran. Ada saja halangannya.

Dan Kesatuan Eropah pun tidak begitu menyokong disebabkan cadangan yang kurang praktikal. Dari awal lagi, saintis terlibat sudah membentangkan: projek ini perlu pelaburan besar. Kos sangat tinggi perlu menghasilkan sesuatu yang boleh menggerakkan sesuatu. Mαlαηgnya, cadangan pasukan Steinfeld takkan memberi faedah serta-merta pada kos penerbangan. Ia terlalu “revolutionary”, iaitu peringkat terlalu awal untuk memberi impak.

Dan mereka juga perlu membuktikan dengan jelas bahawa idea ini bebas karbon. Kalau kurang setakat sedikit, lagilah Kesatuan Eropah jauhkan diri. Cuma cadangan memang sudah baik. Guna tenaga suria, yang percuma melainkan kos penyelenggaraan dan overhead.

Seandainya berjaya, pesawat sudah tidak perlu bergantung lagi pada minyak kerosene. Dan pengeluarannya juga boleh dikurangkan, sekali gus memberi manfaat kepada alam sekitar.

RUJUKAN:

DLR. (2019, Jun 13). SUN-to-LIQ­UID pro­duces so­lar kerosene from sun­light, wa­ter and car­bon diox­ide.

The Week. (2021, November 11). Making ‘solar fuel’ for aircrafts from sunlight and air.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.