Semua manusia takut m4t1. Ini bukan suatu kenyataan yang meratakan. Sebaliknya dari segi konteks, manusia sentiasa takut untuk pergi buat selamanya.

Banyak kejayaan perlu dibuat. Hutang masih belum berbayar. Anak isteri pula tidak mampu untuk hidup sendiri.

Suami pula tidak boleh menjaga anak-anak dengan keseorangan. Banyak asbab yang memainkan buah fikrah seorang manusia, hanya diubati dengan keimanan bahawa Tuhan sentiasa membantu golongan yang gigih berusaha.

Inilah kesenangan dikurniakan agama, iaitu sifat sangka baik yang mengubati ketakutan melampau.

Kesenangan ini walau bagaimanapun tidak boleh diserahkan secara bulat-bulat. Kerana ramai saja ibu tunggal yang mengalami kesusahan selepas ketiadaan suami.

Namun begitu, dimensi h4y4t pada hari ini sudah jauh berlainan untuk dibandingkan dengan terdahulu.

Amerika Syarikat misalnya mempunyai pangkalan data (database) yang merekodkan jangka h4y4t dalam tempoh 100 tahun. Pada tahun 1900, jangka h4y4t hanya berada pada paras 47.8 tahun sahaja bagi seorang individu (Hacker, 2010).

Kehidupan di New York (1900)

120 tahun kemudian, paras ini meningkat ke 78.93 tahun (Tavernise & Goodnough, 2020).

Ia merupakan sebuah jurang sangat besar, meningkat kerana strategi kesihatan berkesan seperti vaksinasi sejak kecil dan rawatan peny4k1t tua seperti masalah jantung.

Ikhtiar suci untuk menjaga kesihatan anak.

Maka sains terbukti boleh memanjangkan usia seorang manusia. Banyak keberkatan boleh diperolehi dalam tempoh 31.13 tahun (jurang 1900 dan 2020).

Tetapi ia masih lagi bukan maulhayat, kerana manusia tetap perlu berpindah ke balik papan jua. Jika sains boleh memanjangkan 31.13 tahun dalam jangka h4y4t manusia – apakah kemungkinan bahawa purata jangka h4y4t ditambah lagi?

Bermakna manusia berupaya untuk hidup dengan sihat sehingga 110 tahun pula.

Ia merupakan satu soalan yang boleh dirumuskan daripada keinginan manusia silam dalam usaha mendapatkan maulhayat.

China, India dan Yunani Kuno banyak membvrv resepi maulhayat, menggunakan madu dan merkuri (Fantozzi, 2017).

Memang gila cuba menunda kem4t1an menggunakan produk kimia yang boleh menyebabkan kem4t1an – merkuri sendiri dipercayai telah membvnvh Qin Shi Huangdi yang taksub untuk elak kem4t1an.

Tetapi sebenarnya kem4t1an itu secara saintifik sangat penting. Dalam tempoh 100 tahun, manusia dijangka menghasilkan tiga generasi sekurang-kurangnya.

Jika konsisten berkahwin pada umur 20 tahun, mungkin lima generasi boleh dibuat. Apa yang pasti, populasi akan bertambahan. Hanya kem4t1an sahaja yang bantu mengimbangi bebanan populasi ini.

Setiap generasi perlu dibekalkan makanan. Dan saintis menjangka bahawa 100 bilion manusia pernah hidup di Bumi ini. Jadi jika kem4t1an dielakkan, populasi tahunan akan kian bertambahan sehingga tidak lagi sesuai (unsustainable).

Bermakna jika sains memperolehi maulhayat yang boleh memanjangkan tempoh hidup, sains sebenarnya sedang menyusahkan sains sendiri. Dengan erti kata lain, antropologi menyusahkan agrikultur.

Apabila sains bertembung dengan sains, tiada siapa untung kerana masing-masing ada untung rugi. Bagi yang kaya, mungkin makanan mudah diperolehi – tetapi bagaimana jika ramai jatuh miskin kembali?

Naikkan usia persaraan pun memberikan bebanan besar kepada anak muda, kerana terlalu ramai generasi silam masih bekerja dalam keadaan ada yang tidak pandai forward emel pun.

Ini boleh memberikan bayangan meluas untuk memahami gejala maulhayat. Setakat ini sains sudah memperolehi ilmu untuk memahami kem4t1an itu sendiri.

Mungkin organ gagal – atau masalah tertentu – tetapi ada saja punca kem4t1an (Hills, 2017) oleh kerana ilmu sains yang tinggi. Mungkin masa menentukan jika punca ini boleh dielakkan (dan dibendung).

RUJUKAN:

Fantozzi, J. (2017, Jun 20). Elixirs of Life: A History. Huffpost.

Hacker, J.D. (2010). Decennial Life Tables for the White Population of the United States, 1790-1990. Hist Methods. 43 (2): 45-79.

Hills, T. (2017, Mac 18). Why Do We (ditapiskan)? Psychology Today.

Tavernise, S., & Goodnough, A. (2020, Januari 30). American Life Expectancy Rises for First Time in Four Years. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.