Siapalah yang tidak kenal dengan watak Red Hood di dalam DC Comics? Bagi penggemar komik Batman, sudah tentu anda semua mengenali watak Red Hood atau alter egonya Jason Todd. Merupakan seorang sidekick Batman dan mati dibunuh oleh Joker dengan menggunakan crowbar. Selepas kematian Jason Todd, Batman masih lagi tidak membunuh Joker. Selepas Jason Todd dihidupkan semula dengan menggunakan Lazarus Pit oleh Talia Al Ghul, Jason Todd menggunakan identiti Red Hood sebagai alter egonya. Yang lebih menarik, cara Red Hood tidak sama dengan Batman. Red Hood menggunakan pistol sebagai senjata utamanya. Digelar sebagai antihero, cara Red Hood sangat ganas namun masih mengekalkan kod etika, tidak membunuh wanita dan juga kanak-kanak.

Perwatakan Red Hood ini sangat ganas. Dia tidak memberi peluang terhadap musuhnya. Meskipun dia masih lagi menyimpan dendam terhadap Joker, Red Hood masih lagi tidak membunuh Joker kerana dia masih lagi mengikut cara sebagai seorang superhero. Mungkin hasil didikan Batman tidak hilang dari mindanya. Red Hood sudah pun menubuhkan pasukannya dengan Starfire, dan juga Arsenal yang merupakan ahli Teen Titans suatu masa dahulu di dalam New 52. Mereka digelar sebagai Outlaws. Selepas mengalahkan Blackfire yang merupakan kakak kepada Starfire, kumpulan mereka berpecah. Rose Wilson, anak kepada Deathstroke pernah bertanya pada Red Hood adakah dia sedih ketika berpecah dengan kumpulannya. Red Hood hanya tersenyum dan berkata, “Kami sahabat, yang tolong antara satu sama lain.”

Jason Todd yang pada mulanya bersifat ganas dan mengikut amarahnya berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang yang mempunyai perasaan belas kasihan. Meskipun dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan sesuatu jenayah, Red Hood tetap tidak melupakan ilmu yang diturunkan oleh Batman. Di dalam Rebirth, Red Hood kembali dengan Outlaws yang mana ahlinya terdiri daripada Artemis, seorang Amazon dari Bana-Mighdall dan juga klon Superman yang gagal, Bizarro. Di sini, Jason Todd mula sedar bahawa dirinya juga sama seperti dengan manusia lain, memerlukan sahabat. Kombinasi persahabatan mereka bertiga lain daripada Starfire dan juga Arsenal. Dengan perwatakan Bizarro seperti budak-budak, Red Hood terpaksa menjadi ‘ayah’ dan Artemis menjadi ‘mak’ kepada Bizarro. Jika anda perasan, Red Hood melambangkan Batman, Bizarro melambangkan Superman dan Artemis melambangkan Wonder Woman. Mereka juga dikenali sebagai ‘Dark Trinity’.

Di dalam komik Red Hood & The Outlaws #8 (2017), Jason Todd pernah memuji warna mata Artemis. Di sini kita dapat lihat bahawa Jason Todd juga pandai mengorat seorang perempuan. Perhubungan love hate relationship antara mereka juga menunjukkan perubahan Jason Todd perlahan-lahan untuk menjadi seorang superhero.

“Kau tahu tak yang mata kau tu berwarna hijau?”

“Kalau kau cuba mengorat aku, aku pukul kau.”

“Aku cakap saja.”

Red Hood sentiasa bergelut dengan imaginasinya, hari di mana Jason Todd mati sebagai seorang Robin. Jason Todd sentiasa berimaginasi dia dapat membunuh Joker. Meskipun dia tahu dengan imaginasinya dia tidak dapat mengubah apa-apa, tetapi baginya itu amat memuaskan hatinya. Dan akhirnya Jason Todd sedar, bahawa tindakkannya dahulu sebagai seorang Robin adalah mementingkan diri sendiri. Ketika dia sebagai seorang Robin, dia fikir dia mampu melakukan semua benda berseorangan sedangkan dia masih mentah. Dan akhirnya, Jason Todd mengubah cara pemikirannya dengan menjadi seorang yang optimis. Tidak mengikut dendam kerana dia gembira dengan apa yang dia ada. Sahabat sejati, Bizarro dan Artemis.

Ketika Bizarro menghembuskan nafas terakhirnya, Jason Todd menangis kerana dia kehilangan seorang sahabat baiknya. Dia sanggup untuk menghidupkan Bizarro semula dengan menggunakan Lazarus Pit namun dihalang oleh Artemis.

“Biarlah Bizarro pergi sebagai seorang hero.”

Ya, Jason Todd sudah benar-benar berubah. Selepas dia hidup semula, kawan barunya ialah Bizarro dan Artemis (Jason Todd sudah lama mengenali Arsenal dan Starfire). Perjalanannya menjadi seorang antihero sudah pun berakhir. Dan tidak salah jika menggelarnya sebagai seorang superhero. Jason Todd mempunyai ciri-ciri menjadi seorang superhero dan dia tidak melakukannya secara berseorangan. Dia berjaya menolak egonya sendiri dan menerima orang lain memasuki hidupnya.

Bagaimana dengan kisah cinta Jason Todd dan Artemis? Ketika Bizarro ‘dibaiki’ oleh Lex Luthor, mereka berdua berborak bagaimana perubahan mereka berdua setelah bertemu Bizzaro. Mereka berdua menjadi diri mereka yang sebenar. Artemis menerima Jason dan Bizarro dalam hidupnya. Namun, yang paling menjengkelkan Artemis apabila Jason cuba guna ayat bunga-bunga untuk mengoratnya, sekali lagi.

“Sekarang aku nak tahu pasal orang ketiga yang ada dalam hidup kau… Ada tak nama dia berbunyi Rason Rodd?”

“Oh Tuhan, ego betul.”

Ya, bagaimana Jason Todd menerima orang lain di dalam hidupnya begitulah juga kita perlu mencontohinya. Kita tidak akan tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Jika kita bertindak bersendirian tanpa memikirkan kesan dan akibat, kemungkinan kita sendiri yang akan menyesal. Jason Todd diberi peluang kedua dengan dihidupkan semula melalui Lazarus Pit. Tetapi kita sebagai manusia biasa? Gunakan setiap peluang yang ada untuk menghargai apa yang kita ada. Perubahan Jason Todd ini sedikit sebanyak dapat menunjukkan bahawa manusia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Apa yang Jason Todd mahukan ialah Batman mempercayai caranya.

Sumber :

Batman : A Death In A Family (1988) Annual

Filem – Batman: Under The Red Hood (2010)

Red Hood & The Outlaws (2011) #40

Red Hood & The Outlaws (2017) #1 – #13

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply