Semua maklum Gurun Sahara merupakan antara kawasan padang pasir terbesar di dunia dengan keluasan 9,200,000 kilometer persegi. Malah, nama Sahara itu sendiri diambil dari perkataan Arab, sahra yang bermaksud padang pasir. Tetapi tahukah anda, perubahan kawasan hijau ini turut memberi kesan kepada Asia Tenggara 4,000 tahun lalu?

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis Amerika Syarikat, perubahan kawasan hijau tersebut kepada gurun hari ini berpunca daripada pertambahan bilangan habuk bawaan udara di atmosfera ketika itu. Pertambahan ini bukan sekadar menyejukkan Lautan Hindi tetapi memberi kesan kepada corak peredaran udara global.

Ini sekaligus mengakibatkan kemarau mega di Asia Tenggara dan mengubah secara signifikan budaya di kawasan berkenaan untuk sealaf seterusnya. Kawasan hijau ini diberi nama Kawasan Hijau Sahara atau tempoh kelembapan Afrika (AHP). Pada era ini, kawasan utara Afrika lebih lembap dan basah berbanding situasi hari ini.

Tetapi berikutan perubahan iklim yang memberi kesan kepada kawasan itu, ia memberi kesan bukan sedikit kepada kerajaan-kerajaan yang wujud ketika itu. Antara peristiwa signifikan yang berlaku ialah tamatnya riwayat Kerajaan Akkad di Mesopotamia, tamatnya urbanisasi dalam Tamadun Indus dan kemunculan aktiviti pastoralisme di Sungai Nil.

Jadi, apa bukti kaitan peristiwa perubahan Gurun Sahara dengan kemarau mega Asia Tenggara? Menurut pakar geologi Kathleen Johnson dari Universiti California, (UCL) Irvine, bukti tersebut wujud dalam bentuk stalagmit-stalagmit di kawasan-kawasan pergunungan utara Laos. Tambahnya, ini merupakan bukti perubahan kawasan hijau Sahara kepada gurun dan tempoh sealaf yang hilang dalam rekod arkeologi Asia Tenggara.

Disebabkan perubahan ini juga, Johnson menyimpulkan ia sebagai pemangkin permulaan aktiviti pertanian era Neolitik di kawasan tanah besar Asia Tenggara. Menurut kajian UCL Irvine, penyejukan Lautan Hindi berubah ke arah timur corak peredaran Walker di mana hari ini ia merentasi kawasan khatulistiwa Pasifik.

Perubahan iklim 4,000 tahun lepas ini memberi kesan sama seperti fenomena El Nino hari ini. Peristiwa ini mengakibatkan pengurangan kelembapan yang berkait dengan iklim monsun sekitar kawasan berkenaan selama 1,000 tahun.

Bagi para saintis terutama pakar antropologi, pendedahan kajian ini menunjukkan bagaimana perubahan iklim memberi kesan kepada pemilihan haiwan dan tumbuhan oleh masyarakat silam. Paling penting, ia juga mengingatkan manusia walau sehebat mana pencapaiannya, ia tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Rabbnya.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. (2020). Sahara Climate Change Linked to 1000-Year Southeast Asian Megadrought. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/news-general/southeast-asian-megadrought-0014160


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.