Sejarah telah memaparkan kepada kita akan kehebatan Kerajaan dan Tamadun Islam suatu ketika dahulu. Kehebatan yang telah menyaksikan syiar Islam berkembang hampir ke segenap pelusuk dunia.

Kegemilangan ini tidaklah menjelma dalam proses yang singkat melainkan ianya setelah melalui proses yang panjang melalui keringat dan darah. Pelbagai pengorbanan telah dilakukan dalam memastikan dakwah dan syiar Islam sampai kepada setiap orang. Pengorbanan ini juga memaparkan kepada kita betapa agama ini antara lain juga tersebar melalui mata pedang. Hakikatnya, adakah benar Islam agama yang menganjurkan kepada pertempuran dalam menyebarkan dakwah dan pengaruh?

Pertempuran dapatlah didefinisikan sebagai sesuatu perbuatan atau hal bertempur. Dalam erti kata mudah, ia merujuk kepada pep3rangan. Catatan sejarah menunjukkan kepada kita beberapa siri pertempuran yang bukan kepalang dahsyatnya yang umat Islam tempuhi dalam memastikan agama Islam tertegak dan terus dapat disampaikan tanpa halangan.

Antara pertempuran-pertempuran yang mengubah sejarah geografi dunia adalah Pertempuran Badar (624 Masihi), yang mendorong kepada bertambahnya kekuatan umat Islam dalam membina sebuah ibu Kota Madinah, Pertempuran Muktah (629 Masihi), Pertempuran Sallasil atau disebut Pertempuran Rerantai Besi (633 Masihi), Pertempuran Hittin (1187 Masihi), Pertempuran Ain Jalut (1260 Masihi) dan beberapa lagi pertempuran agung yang berlaku yang tak tersebutkan.

Banyak pertempuran agung yang telah menggambarkan keajaiban dan kehebatan terutamanya daripada segi kuantiti, kelebihan infantri dan kelengkapan p3rang apabila berhadapan dengan musuh. Namun adakah ini sebenarnya menggambarkan polisi Islam dalam menyebarkan dakwah dan pengaruh?

Suatu hakikat yang jarang diceritakan adalah bahawa umat Islam lebih banyak mendahulukan diplomasi apabila berhadapan dengan musuh. Apakah itu diplomasi? Diplomasi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah cara halus untuk mempengaruhi seseorang. Ia adalah seni dan skil dalam menguruskan sesuatu rundingan.

Ada beberapa catitan sejarawan yang menunjukkan bahawa Islam akan berunding terlebih dahulu untuk mengelakkan pertumpahan d4rah namun jarang diberikan perhatian. Sebagai contoh, dalam peristiwa pen4klukan Konstantinopel oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1453 Masihi.

Sultan Mehmed II telah melakukan rundingan dengan pihak Byzantine untuk tunduk dan menyerahkan kota kepada umat Islam dengan beberapa syarat yang jelas menunjukkan ianya bukan bersifat pen4klukan tetapi sebuah pembukaan, namun telah ditolak mentah mentah oleh Giustiniani yang bertindak sebagai komander p3rang pada ketika itu. Maka atas penolakan itu telah menyumbang kepada tercetusnya pertempuran yang mendorong kepada apa yang disebut oleh Barat sebagai “The Fall of Constantinople.”

Tidak cukup dengan itu, diplomasi yang dilakukan dengan musuh kepada musuh juga menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan tentera dan umat Islam dalam memahami seni menundukkan musuh. Penciptaan meriam urban menurut sejarawan adalah hasil kebijaksanaan diplomasi yang diamalkan Sultan Mehmet II dalam memanfaatkan kepakaran yang ada pada pihak musuh.

Maka ini lah sebenarnya polisi utama yang diamalkan oleh umat Islam. Ia bukanlah polisi yang suka kepada pertumpahan darah dan melakukan kerosakan seperti yang dijaja oleh sesetengah orientalis. Buktinya, hasil diplomasi tentera Islam yang terlibat dalam pertempuran tidak pernah membuat onar dan kecelakaan kepada mereka yang tidak terlibat menentang, wanita, warga emas, paderi atau pendeta dan kanak-kanak.

Tidak cukup dengan itu, bangunan-bangunan, rumah ibadat, tanam-tanaman dan haiwan juga tidak dirosakkan. Ini cukup berbeza dengan polisi Monggol yang melakukan pen4klukan dengan tujuan melakukan kerosakan, onar dan untuk menimbulkan ketakutan. Ini tergambar sewaktu peristiwa kejatuhan Baghdad pada tahun 1258 Masihi yang diketuai oleh Jeneral Hulagu Khan.

Digambarkan oleh sejarawan sekitar 500 ribu hingga ke 2 juta rakyat Baghdad dibvnuh dengan kejam. Perempuan pula dir0gol bergilir-gilir oleh tentera Mongol sebelum dibvnuh. Bayi dibaling sebelum disambut dengan hujung tombak yang tajam. Khazanah ilmu dimusnahkan dan dilontarkan ke dalam Sungai Tigris sehingga diberitakan air sungai menjadi hitam legam hampir tempoh berbulan. Berbeza sekali bukan polisi tentera Islam dan bukan Islam?

Ternyata pertempuran adalah satu perkara yang tidak dapat dielak. Ia seperti pertembungan antara hak dan batil, tidak akan mampu untuk duduk sekali buat selamanya. Namun, ia tidaklah bermakna Islam itu suka kepada pertempuran melainkan sebenarnya tiada pilihan lain dalam usaha menyebarkan dakwah dan mempertahankan diri.

Diplomasi ternyata masih menjadi polisi utama umat Islam dan Islam dalam menyebarkan keamanan dan kasih sayang. Islam dan umatnya suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan dan gagah perkasa kerana kekal berpegang teguh dengan apa yang diajarkan Allah dan Rasulnya. Lalu apa yang berlaku? Hampir 2/3 dunia tunduk kepada keindahan dan kecantikan Islam.

Muhammad Fakhrul Islam Bin Mohd Fouzi
Mahasiswa Sejarah dan Tamadun Islam
Universiti Malaya

RUJUKAN:

Saunders, J.J. 2001. The History of the Mongol C0nquests. University of Pennsylvania Press.

Kaegi, Walter E. (1992). Byzantium and the Early Islamic C0nquests. Cambridge University Press.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.