Sebut saja tentang P3rang Dunia Kedua (WW II), pasti ramai mengetahui antara siri pert3mpuran paling berd4rah antara pihak Bersekutu dengan pihak Axis. Antara pert3mpuran yang termasuk dalam kategori ini ialah Stalingrad, B4ttle of the Bulge, Okinawa dan Guadalcanal. Tetapi semasa P3rang Dunia Pertama (WW I), ada satu pert3mpuran yang dianggap paling berd4rah yang dicetuskan oleh ego. Ya, kita bercakap tentang Verdun atau lebih tepat Pert3mpuran Verdun.

Tidak seperti siri pert3mpuran WW I yang lain di mana awalnya bersifat taktikal sebelum menemui jalan buntu, Verdun pula lebih kepada apa yang digelar sejarawan sebagai ‘pengisar daging’. Pada akhir tahun 1915, Jeneral Erich von Falkenhayn menulis sebuah memo yang ditujukan kepada Kaisar Wilhelm II dari Jerman. Dalam memonya itu, von Falkenhayn berhujah Jerman boleh menang dalam pert3mpuran di Medan Barat dengan syarat pihak Perancis mengalami kekalahan teruk dan kehilangan moral untuk bertarung.

Dari situ, ia boleh memaksa Britain untuk tunduk dan berusaha mendapatkan perjanjian damai. Menerusi operasi yang dipanggil Gericht, Jerman akan mengumpan Perancis menghantar lebih ramai t3ntera ke lokasi yang dipilih mereka sambil pada masa sama, menggunakan kelompok kapal selam mereka menyerang kapal-kapal British.

Rajah 1: Erich von Falkenhayn

Jadi, mengapa Verdun menjadi pilihan von Falkenhayn? Sejarah Eropah menyaksikan bukan sekali dua negara ini bertemu di medan pert3mpuran. Tetapi semasa P3rang Perancis-Prussia yang tercetus pada tahun 1870 hingga 1871, p3rang tersebut merupakan detik hitam bagi Perancis dengan Verdun bandar terakhir yang tumbang dalam pep3rangan berkenaan. Sejak itu, Perancis memperkukuhkan barisan pertahanannya termasuk di Verdun untuk mengelak pisang berbuah dua kali. Verdun turut menjadi pilihan kerana ia merupakan lokasi pemeteraian Perjanjian Verdun pada tahun 843 Masihi yang membahagikan Empayar Carolingian dan mencipta teras yang kemudiannya membentuk Jerman hari ini.

Dari segi persediaan, Jerman menggunakan pelbagai aset dan t3ntera yang ramai. Jerman memanfaatkan kelebihan bentuk muka bumi dan pesawat udara untuk memerhati pergerakan mereka di mana dalam tempoh tujuh minggu, berjaya membina landasan keretapi dan bunker serta menyediakan lebih 1,200 m3riam. Jerman turut membawa 2.5 juta p3luru m3riam yang dibawa menerusi 1,300 keretapi persenjataan.

Dengan semua perkembangan ini, Perancis seharusnya bersedia tetapi itu tidak berlaku. Ini kerana semasa WW I, kebanyakan aset termasuk artileri dipindahkan ke bahagian yang lebih penting. Bagaimanapun, Perancis dapat juga membuat persiapan apabila persiapan s3rangan pihak Jerman diganggu oleh keadaan cuaca. Namun, itu tidak membantu mereka sama sekali dan pada 24 Februari, pihak Jerman sudah mara sejauh beberapa batu dan berjaya mengatasi dua garisan pertahanan pihak musuh.

Sehari selepas itu, Jerman membuat kejutan dengan menawan Kubu Douaumont, kubu yang paling sofistikated di Verdun. Kalau ikut keadaan biasa, kubu ini tidak akan ditembusi. Tetapi memandangkan tidak banyak pert3mpuran berlaku di Verdun, ia hanya dikawal oleh 57 orang t3ntera Perancis. Pihak Jerman menghantar beberapa kumpulan kecil untuk meninjau kubu berkenaan dan berjaya menawan Douaumont tanpa perlu melepaskan sebarang tembakan.

Berita kejatuhan Douaumont diraikan di Jerman termasuk dijadikan sebagai cuti umum. Tetapi moral Perancis yang masih pening dengan s3rangan kilat Jerman itu terus merudum apabila berita kejatuhan kubu itu tersebar. Douaumont terus kekal dalam penguasaan Jerman sehinggalah ia kembali ditawan pada Oktober 1916 dengan kos puluhan ribu askar dari kedua-dua pihak terbvnvh.

Rajah 2: Kubu Douaumont

Tidak seperti Jerman, Perancis tidak mempunyai akses kepada landasan keretapi yang selamat berikutan sama ada ia terlalu jauh atau landasan yang digunakan menjadi mangsa s3rangan angkatan udara Jerman. Untuk mengatasi masalah itu, Jeneral Philippe Petain (kemudiannya menjadi ketua rejim Vichy semasa WW II) memerintahkan sebatang jalan yang berukuran 20 kaki lebar dipertahankan dan ditambahbaik walau dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan lebih ramai 4skar dapat dihantar ke Verdun.

Selain menambahbaik permukaan jalan, 3,000 kenderaan t3ntera dan orang awam digunakan untuk membawa lebih ramai askar ke barisan hadapan. Pada minggu pertama ia beroperasi, lebih 190,000 t3ntera dan 25,000 tan p3luru, makanan dan bekalan berjaya dibawa masuk ke Verdun. Petain turut menggunakan jalan ini untuk menukar kedudukan divisyen yang bertempur di situ bagi membolehkan t3ntera Perancis kekal segar dan dapat mengatasi masalah kejutan akibat serangan artileri.

Rajah 3: Philippe Petain

Tetapi tidak seperti medan pert3mpuran lain seperti Somme, Amiens dan Cambrai, tiada medan pert3mpuran yang menyaksikan kem4tian t3ntera akibat artileri. Tidak ramai tahu daripada 800,000 t3ntera yang terbvnvh di Verdun, 70% daripadanya m4ti akibat serangan artileri. Dalam tempoh 10 bulan pertempuran sengit antara kedua-dua pihak, 40 hingga 60 juta p3luru m3riam dilepaskan dengan bunyi artileri boleh didengar sejauh 100 batu dan 4skar yang berada di sesetengah tempat melihat p3luru yang jatuh pada sesetengah bukit mengeluarkan api bak gunung berapi.

Jika von Falkenhayn menyangka operasi ini akan berakhir dengan jayanya, nyata beliau tersilap. Selepas berjaya menawan Douaumont, Perancis terus bertahan. Kubu Vaux kemudiannya jatuh pada musim panas 1916 dan t3ntera Jerman dilihat berada berhampiran menara berkembar katedral Verdun yang terletak dua batu dari kedudukan mereka. Tetapi pada Julai 1916, Jerman menghentikan serangan dengan von Falkenhayn dipecat selepas gagal merealisasikan Gericht. von Falkenhayn turut dipecat kerana terlalu berahsia dengan pegawai-pegawai bawahannya sehingga mengakibatkan komander-komander medan mempunyai matlamat berbeza-beza berkenaan Verdun. Jerman kemudiannya melantik Paul von Hindenburg dan Erich Ludendorff sebagai penggantinya.

Satu sebab mengapa mereka terpaksa menghentikan serangan pihak Rusia terhadap kedudukan mereka di Medan Timur pada musim panas tahun yang sama yang memaksa Jerman memindahkan sebahagian t3ntera dan artil3ri untuk menyokong rakan sekutu mereka Austria-Hungary. S3rangan yang direncana Aleksei Brusilov menyaksikan lebih 900,000 t3ntera Austria-Hungary, Jerman dan Turki Uthmaniyyah terbvnvh sementara t3ntera Rusia kehilangan jiwa seramai sejuta orang. Selain operasi yang direncana Brusilov, Pertempuran Somme yang tercetus pada 1 Julai 1916 memaksa pihak Jerman fokus kepada medan lain dan memberi peluang kepada t3ntera Perancis bernafas semula.

Selepas itulah, Perancis melancarkan s3rangan balas dan memaksa pihak Jerman kembali semula ke kedudukan asal mereka. Antara Ogos hingga Disember 1916, Perancis berjaya menawan semula sebahagian kawasan mereka termasuk Douaumont dan Vaux. Pert3mpuran sengit antara kedua-dua pihak ini memakan masa selama 303 hari sekaligus menjadikannya sebagai pert3mpuran paling lama pernah berlaku dalam sejarah manusia. Berdasarkan pengiraan sejarawan Jerman Hannes Heer dan Klaus Naumann, bilangan t3ntera Perancis yang terbvnvh hampir 400,000 orang sementara t3ntera Jerman pula mengalami kehilangan seramai 337,000 orang.

Kemusnahan yang ditinggalkan akibat Pert3mpuran Verdun masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada bedilan meriam tidak henti kedua-dua pihak selama 10 bulan, infrastruktur Verdun rosak teruk sementara bandar-bandar berhampiran seperti Beaumont, Bezonvaux, Cumières dan Douaumont pula musnah sama sekali. Berikutan terlalu banyak lambakan m4yat dan p3luru sekitar kawasan-kawasan ini, kampung-kampung yang musnah atau villages détruits tidak pernah dibina semula. Walau bagaimanapun, ia masih ada dalam peta Perancis hari ini dan sesetengah daripadanya ditadbir oleh datuk-datuk bandar sukarela.

Selain kesan runtuhan rumah dan bangunan, yang tinggal di kebanyakan kawasan ini ialah papan tanda di mana jalan utama dan bangunan-bangunan yang pernah berada di situ. Hari ini, sebuah osuari wujud di Douaumont sebagai memorial kepada t3ntera kedua-dua negara yang m4ti di Verdun 104 tahun yang lalu. Mana-mana tulang atau serpihan rangka manusia yang tidak dikenalpasti akan diletakkan di osuari berkenaan.

Rajah 4: Osuari Douaumont

Pert3mpuran Verdun bukan sahaja menonjolkan kekejaman p3rang semasa WW I tetapi juga menonjolkan keberanian dan ketabahan Perancis dalam berhadapan dengan situasi yang mencabar itu. Ia juga menaikkan nama ramai tokoh termasuk Petain sebagai wira p3rang Perancis.

Sehingga akhir WW I, Petain diberi jolokan Singa Verdun. Justeru, tidak hairanlah semasa WW II, Petain yang ketika itu berkhidmat sebagai duta di Sepanyol dipanggil pulang dan dilantik menjadi sebahagian daripada kabinet Paul Reynaud semasa Pert3mpuran Perancis dengan harapan dapat memberi suntikan moral kepada t3ntera di barisan hadapan. Tetapi ini juga membuka kepada babak baru kerajaan Perancis bernama Vichy…

RUJUKAN:

  1. BBC. WW1: What caused Verdun to be the longest battle of the w4r? https://www.bbc.co.uk/teach/what_caused_verdun_to_be_the_longest_battle_of_ww!/z73v6v4
  2. Andrews, Evan. (2019). 10 Things You May Not Know About the B4ttle of Verdun. History. https://www.history.com/news/10-things-you-may-not-know-about-the-b4ttle-of-verdun

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.