Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW pada tahun 632, dunia Islam mengalami perkembangan yang sangat pantas hingga sesetengah sejarawan menyifatkan ia sebagai perkara luar biasa dalam sejarah ketamadunan manusia. Setelah berjaya menewaskan dua adikuasa dunia ketika itu iaitu Rom dan Parsi, orang Islam dilihat sebagai sebuah kuasa baru yang bakal mendominasi politik dunia pada masa itu.

Setelah tampuk khalifah bertukar menjadi monarki dengan tertubuhnya Daulah Umayyah, luas empayar Islam terus berkembang dengan pantas hingga dapat men4kluk seluruh Semenanjung Arab, tanah Parsi dan negeri-negeri di Utara Afrika.

Gerakan memperluaskan kuasa tidak terbatas hanya pada kawasan-kawasan itu sahaja, malah umat Islam pada ketika itu bercita-cita tinggi untuk menjejakkan kaki mereka di bumi Eropah. Bayangkan, dalam tempoh masa tidak sampai 100 tahun, umat Islam telah berjaya meluaskan empayar mereka sehingga ke Semenanjung Iberia yang merangkumi Portugal, Sepanyol, Andorra dan Gibraltar.

Pert3mpuran yang Hampir Mengislamkan Eropah

Ramai yang melihat bahawa Pert3mpuran Vienna 1683 merupakan detik-detik yang nyaris menyebabkan seluruh masyarakat Eropah mengucapkan kalimah syahadah. Namun sebenarnya situasi yang sama telah berlaku sejak pemerintahan empayar Umayyah lagi. Peristiwa ini berlaku lebih 1000 tahun sebelum Pert3mpuran Vienna iaitu pada tahun 732 M. Pertempuran ini dikenali sebagai Pep3rangan Tours atau juga disebut sebagai Pert3mpuran Poitiers.

Setelah tenter4Islam berjaya mengalahkan kerajaan Visigothic dalam Pert3mpuran Guadalate 711, ia menandakan permulaan kempen pen4klukan tenter4 Islam ke atas Andalusia. Dalam masa kurang dari tujuh tahun sahaja, tenter4 Islam telah berjaya menguasai sepenuhnya Semenanjung Iberia.

Situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan kerajaan-kerajaan Eropah pada ketika itu. Setelah menangnya tenter4 Islam di Iberia, masyarakat Eropah khuatir bahawa tiada sesiapa yang dapat menghalang nafsu besar tenter4 Islam untuk men4kluk Eropah.

Pada tahun 719, tenter4 Umayyah yang diketuai oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi telah meny3rang selatan Gaul dan berjaya men4wan wilayah Septimania. Tenter4 Islam optimis bahawa kempen pen4klukan di Eropah akan berjalan dengan mudah berbanding di tanah Arab. Hal ini kerana pemerintah-pemerintah di Eropah sibuk berkelahi sesama mereka dan ini memberikan jalan mudah bagi tenter4 Islam.

Pada awal tahun 732, angkatan tenter4 yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi telah berjaya menumpaskan angkatan tenter4 Duke Odo of Aquitaine dalam Pert3mpuran Bordeaux. Kemenangan besar ini telah membuka pintu seluas-luasnya kepada Al-Ghafiqi untuk meneruskan kemaraan tenter4 Islam bagi men4kluk Perancis. Memikirkan bahawa anc4man tenter4 Islam yang sangat serius, Duke Odo terpaksa meminta bantuan daripada musuh lamanya iaitu Charles de Martel.

Siapa Charles de Martel?

Charles de Martel merupakan pemimpin de facto yang menguasai Empayar Frank. Baginda merupakan seorang general yang banyak memimpin siri pep3rangan terutamanya dalam usaha menghalau penc3robohan di perbatasan empayar. Mendengar permintaan Odo dan memikirkan keselamatan wilayahnya, Charles terus bersetuju untuk mewujudkan perikatan ket3nteraan dengan Odo bagi mengekang kemaraan tenter4 Islam.

Setelah Al-Ghafiqi mendengar perihal penggabungan tenter4 Odo dan Charles, beliau tanpa berfikir panjang terus menggerakkan tenteranya ke utara bagi menghadapi ketumbukan tenter4 Frank. Di pihak yang lain pula, Charles de Martel sudah menyiapkan tenteranya dengan lebih awal dengan menempatkan tenter4nya di antara Sungai Vienne dan Sungai Clain, di sebuah kaki bukit bagi meninjau kekuatan tenter4 Islam.

Pertempuran Bermula

P3rang ini berlaku di dataran Poitier di barat tengah Perancis, kira-kira 200km ke timur laut bandar Bordeaux. Setelah kedua-dua pasukan tenter4 tiba di dataran pert3mpuran, Al-Ghafiqi dan Charles de Martel masing-masing tidak mahu memulakan ser4ngan.

Malah sepanjang tujuh hari berlalu, hanya pert3mpuran kecil yang berlaku di mana Al Ghafiqi memerintahkan pasukan berkudanya untuk meny3rang barisan pertahanan tenter4 Frank. Namun, semua ser4ngan itu berjaya dipatahkan dengan mudah.

Perlu diketahui bahawa tenter4 Frank semuanya sangat berpengalaman dan telah melalui banyak ekspedisi ketenter4an di perbatasan. Tambahan pula, komander mereka iaitu Charles de Martel merupakan seorang panglima yang sangat arif dalam selok-belok per4ng. Di pihak tenter4 Islam pimpinan Al Ghafiqi pula, tidak banyak yang mereka tahu tentang cara bangsa Frank berper4ng.

Sebab itulah Al Ghafiqi mengambil sikap berhati-hati dalam melakukan ser4ngan. Charles pula kekal dalam posisi bertahannya. Dalam pada Al-Ghafiqi cuba mencari titik kelemahan pertahanan tenter4 Frank, beliau juga sedang menunggu bantuan tenter4 tambahan dari Cordoba. Al-Ghafiqi mahu kelebihan betul-betul berpihak kepadanya, barulah dia yakin untuk menyer4ng Charles secara besar-besaran.

Oleh kerana musim sejuk bakal tiba, Al Ghafiqi sedar mahu tidak mahu dia harus memulakan ser4ngan. Dia tidak boleh menunggu lama memandangkan para tenter4nya tidak bersedia menghadapi musim sejuk. Charles de Martel pula sememangnya berada di posisi bertahan, hanya menunggu musuhnya memulakan ser4ngan.

Akhirnya Al Ghafiqi memulakan ser4ngan besar-besaran ke atas tenter4 Frank. Namun ser4ngan tersebut berjaya dipatahkan dengan mudah. Tenter4 Frank mampu menahan ser4ngan tenter4 Islam dengan baik. Direkodkan oleh salah seorang tenter4 Frank di mana situasi pertahanan tenter4 Frank ketika itu ibarat ombak yang tidak bergerak. Ada kalanya tenter4 Islam berjaya memecahkan barisan pertahanan tenter4 Frank namun keadaan tersebut pantas dipulihkan oleh tenter4 musuh.

Tr4gedi Uhud Berulang

Ketika tenter4 Islam sedang sibuk melancarkan ser4ngan bertali arus ke arah pertahanan tenter4 Frank, situasi ini telah menyebabkan fokus mereka hanya tertumpu kepada ser4ngan memecahkan formasi lawan sahaja. Kedudukan ser4ngan mereka yang terletak agak jauh dari markas tenter4 dilihat sebagai satu peluang oleh Charles de Martel.

Ketika ini tenter4 Islam dilihat tidak bersedia dalam menghadapi ser4ngan balas mengejut oleh tenter4 Frank. Situasi ini lantas dimanfaatkan oleh Charles apabila beliau mengarahkan satu unit tenter4 dipimpin oleh Duke Odo bagi menyer4ng markas ketenter4an yang terletak di belakang garisan musuh.

Duke Odo dapat menyer4ng markas ketenter4an Al Ghafiqi dengan mudah kerana kebanyakan tenter4 musuh tidak bersedia dalam menghadapi ser4ngan. Mendengar khabar bahawa markas diser4ng, sebahagian besar tenter4 Islam telah bertindak meninggalkan medan peper4ngan bagi menyelamatkan harta benda yang mereka simpan di khemah tenter4. Maka keadaan menjadi kucar-kacir kerana tenter4 Islam tidak lagi mahu menurut perintah Al Ghafiqi yang mengarahkan agar tenter4nya kekal menyer4ng musuh di hadapan.

Maka akhirnya, keadaan tenter4 Islam yang kacau bilau telah menyebabkan mereka tewas dalam pert3mpuran itu. Abdul Rahman Al Ghafiqi juga turut syahid dalam pert3mpuran itu setelah beliau bertarung dengan beraninya di sebalik ketidakpatuhan tenter4nya.

Charles Muncul Sebagai Penyelamat Kristian

Berita kemenangan Charles de Martel ke atas tenter4 Islam tersebar dengan pantas ke seluruh benua Eropah. Masyarakat Kristian pada ketika itu mengangkat Charles sebagai penyelamat agama Kristian kerana berjaya mengekang kemaraan tenter4 Islam. Ketika inilah Charles mendapat gelaran ‘Martel’ yang bermaksud The Hammer.

Jika Charles gagal dalam pert3mpuran tersebut, kemungkinan besar Perancis akan menjadi negara Islam seperti yang berlaku pada Sepanyol. Hal ini kerana Empayar Frank yang dipimpin oleh Charles merupakan sebuah kuasa dominan di Eropah pada ketika itu. Maka harapan sebahagian besar masyarakat Eropah ketika itu terletak pada bahu bangsa Frank. Sifirnya mudah, jika ranap bangsa Frank, maka ranaplah Eropah.

Sesetengah sejarawan beranggapan bahawa jika tenter4 Islam memenangi per4ng ini, maka seluruh Eropah akan berjaya dit4kluki oleh umat Islam. Pandangan ini diyakini berdasarkan struktur kerajaan di Eropah pada masa itu yang sibuk berkelahi sesama sendiri.

Namun ada juga yang menyangkal dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang melebih-lebih. Hujah mereka bahawa tiada satu pun empayar berjaya menguasai seluruh Eropah dan dapat mengekalkan penguasaan mereka dalam tempoh yang lama. Yang pasti, kemenangan tenter4 Islam dalam Pert3mpuran Tours ini akan mewujudkan timeline yang baru bagi sejarah dunia.

RUJUKAN:

What Was the Significance of the B4tlle of Tours? https://www.historyhit.com/day-b4tlle-tours/

https://www.britannica.com/event/B4tlle-of-Tours-732

The B4tlle of Tours 732 AD. https://www.youtube.com/watch?v=Rb8pGJy2aXs

What if Muslims Won at the B4tlle of Tours? https://www.youtube.com/watch?v=ye4vsIHBACM&t=33s


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kemunduran Akibat Pemikiran Terjajah, Yang Mengukuhnya Sombong, Yang Meruntuhnya Ilmu Haikal Hazwan, pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap pengetahuan sejarah dan politik tanah air mahupun antarabangsa. Cita-citanya mahu melihat generasi sezaman dengannya bangga akan kejayaan leluhur. Percaya bahawa ilmu serta niat yang ikhlas sahaja dapat memajukan bangsa dan membina sebuah tamadun yang berdaulat.

Comments are closed.