Siapa sangka bahawa detik 1600 Masihi itu bakal menjadi penamat kepada fasa Sengoku yang banyak diwarnai oleh perang saudara antara-antara samurai yang menguasai Jepun ketika itu. Pertempuran ini juga bakal menjadi detik permulaan kepada Keshogunan Tokugawa. Impian Oda Nobunaga untuk melihat menyatukan seluruh Jepun akhirnya disempurnakan oleh Tokugawa Ieyasu. Pertempuran ini juga dapat membawa kita melihat kepada sebuah pasukan yang pada awalnya ketinggalan dari pelbagai sudut akhirnya berjayalah mengalahkan pasukan itu.

Ketika era Sengoku ini, kita dapat melihat kebangkitan daimyo-daimyo mula bangkit dan menggugat kekuasaan Keshogunan Ashikaga. Kemuncaknya, Keshogunan Ashikaga tamat di tangan Oda Nobunaga yang menjadi insan seterusnya yang cuba menyatukan seluruh Jepun. Namun, seperti mana yang pernah diceritakan sebelum ini di dalam artikel, Nobunaga akhirnya menjadi mangsa pengkhianatan kepada orang kepercayaanya sendiri iaitu Akechi Mitsuhide.

Perjuangan Oda Nobunaga ini kemudian diteruskan oleh orang kanannya iaitu Toyotomi Hideyoshi. Toyotomi Hideyoshi berjaya menyatukan seluruh Jepun namun akibat dari kegagalannya menakluk Korea telah membuatkan kekuasaan puak Toyotomi semakin berkurangan. Namun oleh kerana statusnya bukan dari kalangan bangsawan, maka status sebagai Shogun itu tidak dapat dimiliki oleh Hideyoshi. Lagi-lagi selepas kematian Toyotomi Hideyoshi membuatkan Jepun tidak mempunyai keshogunan yang efektif untuk memimpin kerajaan itu, lalu sekali lagi menghumban Jepun ke kancah perang saudara.

Selepas kematian Toyotomi Hideyoshi, maka Hideoshi telah menamakan lima orang jeneral perang terbaiknya untuk bertindak sebagai pemangku kepada anaknya yang masih muda, Toyotomi Hideyori. Dalam sumpah yang dilafazkan oleh lima orang jeneral ini, mereka akan berkhidmat bersama-sama sebagai pemangku, memerintah seluruh Jepun sehinggalah Toyotomo Hideyori cukup dewasa untuk menjadi pemerintah yang sah.

Namun, panas yang disangka ke petang, akhirnya hujan di tengah hari. Konflik berlaku antara jeneral-jeneral perang yang bersumpah setia sebagai pemangku ini. Ishida Mitsunari melemparkan tuduhan kepada Toyotomi Hideyoshi sebagai melanggar sumpahan setia dengan cuba mengumpul beberapa bukti dokumen bagi membuktikan Hideyoshi ke kancah pengkhinatan. Toyotomi Hideyoshi yang mendengarkan perkara itu daripada Ishida Mitsunari ini terus mengumpulkan bala askarnya untuk menggempur Ishida Mitsunari yang sedang mengumpulkan sekutu-sekutunya.

Maka ketika itulah Jepun terbahagi kepada dua pasukan yang kita akan namakan dalam artikel ini sebagai Pasukan Barat yang dipimpin oleh Ishida Mitsunari yang merupakan terdiri daripada tentera dan daimyo yang masih setia pada Toyotomi Hideyori manakala Pasukan Timur terdiri daripda puak-puak yang setia di belakang Tokugawa Ieyasu. Untuk rekod, pasukan Barat memimpin 120 000 orang tentera (namun, bukan semua terlibat dalam pertempuran ini) manakala pasukan Timur pula terdiri sebanyakk 75 000 orang tentera.

Sebelum turun berperang, Ieyasu sendiri telah merasuah kebanyakan puak-puak di barat Jepun yang berpihak kepada Mitsunari di dalam pertempuran ini. Mereka dijanjikan tanah dan kuasa serta kekayaaan. Jadi, kelebihan taktikal di Sekigahara yang menjadi pertempuran mereka.

Pertempuran dimulakan dengan Fukushima Masonari, salah seorang jeneral perang Tokugawa diarahkan untuk menyerang askar Barat bahagian tengah kanan. Namun, oleh kerana sehari sebelum pertempuran terdapat hujan lebat, maka tanah menjadi sedikit berlumpur dan membantutkan pertempuran seperti yang diharapkan. Untuk membantu Fukushima Masonari yang sedang menyerang tengah kanan pasukan Barat, maka Tokugawa mengarahkan sayap kanan dan tengah menyerang tengah kanan Barat untuk membantu Fukushima. Dalam soal kelebihan taktikal, ini mendedahkan tentera Timur kepada serangan daripada kiri. Otani Yoshitgusu yang berkampung di seberang Sungai Fuji terus menyerang bahagian rusuk tentera Barat.

Perlunya kita tahu dalam pertempuran ini, banyak puak-puak barat Jepun berpaling tadah daripada berpihak kepada Ishida. Segala perancangan taktikal daripada Ishida tidak menjadi. Sebagai contoh, Koboyakawa Hideaki yang telah dirasuah awal-awal oleh Ieyasu. Pada awalnya, pertempuran antara Barat dan Timur tidak memberikan kesan apa-apa kepada kedua-dua pihak. Namun, ketika dalam pertempuran, entah kenapa Koboyakawa tiba-tiba-tiba bertukar neural dalam pertempuran, memilih untuk kekal di lokasinya di Bukit Matsuo sementara memerhatikan perang tersebut. Ketika Ieyasu meminta bantuan Koboyakawa untuk membantu rusuk tenteranya diserang oleh Otani, entah kenapa Koboyakawa tidak mengendahkan arahan daripada Ieyasu sendiri.

Berang dengan tindakan tiba-tiba Koboyakawa yang dikatakan memimpin askar terkuat dalam pihak Barat, Ieyasu akhirnya mengarahkan agar unit senjata apinya melancarkan tembakan ke arah Koboyakawa yang sedang berkampung di atas puncak bukit, memaksa Koboyakawa untuk membuat pilihan dalam pertempuran ini. Akhirnya Koboyakawa menyerang Otani yang sedang menyerang rusuk tentera Tokugawa.

Melihatkan bahawa Koboyakawa berpaling tadah dan Otani sedang menghadapi serangan daripada pelbagai arah, akhirnya membuatkan beberapa jeneral perang pasukan Barat ikut sama berpaling tadah menyertai barisan tentera Timur yang dipimpin oleh Tokugawa Ieyasu.

Ini menyebabkan Otani betul-betul diatasi jumlah tenteranya menyebabkan dia terpaksa berundur. Pengunduran Otani pula mendedahkan rusuk kanan tentera Barat kepada serangan daripada Koboyakawa dan Fukushima. Tidak lama kemudian, rusuk kanan menerima kehancuran lalu bahagian tengah pula sedang ditolak oleh ketumbukan tentera Timur.

Kali ini, seorang lagi jeneral perang yang berpihak kepada tentera Barat mula berpaling tadah. Perkenalkan kepada anda, Kikkawa Hiroie, lelaki yang memberi alasan sedang makan dan minta jangan diganggu ketika diminta untuk membantu serangan pasukan Barat ke atas pasukan Timur. Selepas seorang demi seorang mengkhianti perjuangan Ishida sendiri, maka akhirnya dia dikalahkan. Ada jeneral perang yang lari. Ada yang melakukan seppuku. Ada pula yang dibunuh seperti Ishida sendiri. Jumlah korban di pihak Barat mencecah sehingga 32 000 orang manakala angka di pihak Timur tidak diketahui, tetapi dianggarkan tidak sehebat di pihak Barat.

Kemenangan di Pertempuran Sekigahara ini menjadi titik penting kepada penyatuan seluruh Jepun. Tiga tahun selepas memenangi pertempuran ini, akhirnya Tokugawa Ieyasu menaiki takhta sebagai Shogun Jepun yang seterusnya sekaligus memulakan Keshogunan Tokugawa yang selepas ini, akan bertahan sekurang-kurangnya sehingga tahun 1868 daripada detik 1600 ianya ditubuhkan sekaligus memulakan era Edo dalam sejarah Jepun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply