Seringkali dirujuk sebagai pertemp*ran besar pertama yang berlaku antara Empayar Parsi Achaemenid yang berkembang pesat dan kerajaan Mesir Kuno yang masih diperintah secara tradisi oleh Firaun.

Pertemp*ran Pelusium tentulah merupakan antara konflik yang membentuk sejarah dunia sebelum memasuki Zaman Klasik. Berlaku pada tahun 525 SM berhampiran Pelusium – kawasan penempatan Mesir yang penting di timur Delta Sungai Nil, pertemp*ran ini menjadi medan beradu kekuatan diantara pemerintah Parsi, Cambyses II melawan Firaun Psametik III (juga dikenal sebagai Psammenitus).

Dan menurut sumber-sumber kuno seperti itu, taktikal per*ng yang unik dan berevolusi yang digunakan dalam pertemp*ran mengukuhkan lagi ketepatan maklumat dan kepercayaan kepada elemen psikologi per*ng yang bahkan telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi.
Apa yang menariknya, walaupun sifat dan matlamat utama konflik yang penting ini adalah paling utama, kebanyakan maklumat mengenai pertemp*ran ini hanya tersedia untuk penyelidikan hari ini melalui catatan penulis dan sejarawan kuno, iaitu Herodotus dan PolyaenusPunca Konflik Parsi-Mesir

Baiklah, menurut Herodotus, ketegangan yang berlaku di antara kedua-dua empayar itu telah tercetus apabila bapa kepada Psammenitus, Amasis, telah bertindak ‘mengencing’ Cambyses dengan mengirimkan wanita yang salah kepadanya.

Cambyses sepatutnya meminang anak perempuan Amasis untuk dilangsungkan perkahwinan. Tetapi Amasis bimbang jika anak perempuannya nanti terpaksa meneruskan hidupnya sebagai seorang gundik selama-lamanya.

Amasis memutuskan untuk mengirim wanita lain – yang bernama Nitetis, iaitu anak perempuan kepada bekas pemerintah sebelumnya, Apries. Ketika segala tipu muslihat itu akhirnya diketahui, Cambyses sangat marah sehingga dia nekad menyer*ng Mesir habis-habisan.

Tetapi, di saat pasukan ekspedisi tentera Parsi telah tiba di sempadan Mesir, Amasis sudah pun meninggal dunia, dan anaknya Psammenitus terpaksa terlibat dalam meneruskan konfrontasi yang diwarisi dari bapanya itu.Terlebih Keyakinan

Akibatnya, Firaun yang hanya memerintah untuk tempoh singkat selama enam bulan itu, memutuskan untuk bergerak ke hujung timur kerajaannya yang paling ekstrim. Tentera Mesir kemudiannya mula mengukuhkan kedudukan mereka di muara Sungai Nil berhampiran kota Pelusium.

Dalam konteks sejarah, orang Parsi bukan satu-satunya kuasa asing yang berusaha menyer*ng Mesir melalui laluan Pelusium. Empayar Assyria yang gagah itu juga telah mencuba nasib pada abad ke-8 SM, ketika Sennacherib berusaha menakl*ki Mesir, tetapi akhirnya kalah apabila segerombolan tikus sawah menghancurkan busur, gundukan dan perisai Assyria (menurut Herodotus).

Memandangkan peristiwa itu telah tercatat sebagai sejarah silam (pada zaman Pertemp*ran Pelusium berlaku), Psammenitus mungkin memiliki keyakinan yanh luarbiasa, terutamanya mereka ada kelebihan dari segi kekuatan tentera. Namun mereka lupa bahawa sejarah tikus sawah mengalahkan Assyria itu sebenarnya kisah yang dibesar-besarkan sahaja.

Ditambah pula banyak perkara tidak berjalan lancar di barisan sekutu, di mana pihak Yunani dari kota-kota Cypriot, bersama dengan armada besar Polycrates Samos yang zalim (sebuah pulau Yunani di Laut Aegean timur), memutuskan untuk memihak kepada Parsi dalam pencerobohan mereka.

Kesukaran dari segi taktikal dan strategi semakin bertambah buruk lagi, kerana Phanes of Halicarnassus – yang merupakan salah seorang penasihat taktikal per*ng Mesir yang terbaik, telah berpaling tadah dengan turut menyebelahi pihak Parsi yang akan menceroboh.

Kucing Dan Kepercayaan Mesir Kuno

Nak dijadikan cerita, dalam hikayat mitologi dan keagamaan Mesir kuno sangat mempopularkan pemujaan Bastet, dewi rumah, cinta, kesuburan, kegembiraan, tarian, wanita dan rahsia, Bastet dikenali dengan imejnya yang berkepala kucing dan bertubuh manusia wanita dianggap sebagai dewi yang baik hati.

Tetapi menurut beberapa catatan penulis kuno, di sebalik strategi mantap dan tentera yang datang dari jalan laut, faktor penentu dalam Pertemp*ran Pelusium yang agak unik adalah dengan menggunakan senjata rahsia, iaitu KUCING. Ya, kucing yang selalu bermanja dengan anda di rumah mahu pun di jalanan itu.Tetapi di Mesir Hulu, Bastet juga disembah dalam bentuk Sekhmet  ‘alter-ego’ – seekor singa betina yang dilihat sebagai pelindung kepada firaun dan secara simboliknya sebagai pemimpin mereka dalam per*ng.

Memandangkan kecenderungan simbolisasi terhadap kucing, maka secara tidak langsung kucing dianggap sebagai suci secara tradisinys di Mesir, bahkan hukuman kerana kesalahan membun*h kucing pada waktu itu adalah hukuman m*ti secara ditikam.

Sekali lagi, tegas Herodotus, orang Mesir meletakkan prioriti seekor kucing di tahap tertinggi (dewa) sehingga mereka lebih sanggup menyelamatkan kucing daripada menyelamatkan ahli keluarga atau diri mereka sendiri ketika terperangkap di dalam bangunan yang terbak*r.

Sepanjang penerokaan arkeologi moden, hasil ekskavasi di beberapa tapak bersejarah di Mesir turut menemui beberapa bangkai kucing purba yang telah diawet dan dihiasi dengan aksesori atau barangan kemas yang lazimnya sama seperti mumia golongan bangsawan.

Kelicikan Cambyses

Malangnya bagi orang Mesir, Cambyses akhirnya mengetahui tentang sentimen masyarakat Mesir kuno yang sangat obses dan taksub terhadap kucing. Menurut Polyaenus, raja Parsi memanfaatkan pesona daya tarikan kucing yang mereka anggap sebagai budaya tidak sihat dalam tradisi musuhnya dengan menempatkan banyak haiwan comel itu di barisan hadapan tenteranya sendiri.

Namun, Herodotus mengambil pendekatan yang bertentangan dengan menyebut tidak banyak menyebut tentang perincian lanjut berkaitan pertemp*ran itu sendiri, kecuali angka korb*n yang luar biasa tingginya dan kemenangan mutlak tentera Parsi.

Penampakan haiwan-haiwan yang gebu dan berbulu itu membuatkan tentera Mesir yang amat menghormati haiwan itu gagal melepaskan tembakan panah mereka, sekaligus membolehkan tentera Parsi mengambil inisiatif dan kesempatan memenangi pertemp*ran. Dalam teori yang berbeza, terdapat sumber moden yang membahaskan teori bahawa Parsi mungkin tidak menggunakan haiwan sebagai perisai hidup, Parsi mungkin mengambil jalan simbolik untuk mengalahkan orang Mesir.

Maka, ada kemungkinan tentera Parsi hanyalah sekadar melukis perisai mereka dengan gambaran imej dewi Bastet, sehingga menyeksa pertahanan Mesir secara psikologi.

Realiti dan Fiksyen

Kini, apabila diteliti dari perspektif secara praktikal, penggunaan haiwan sebenar oleh pasukan Parsi untuk menewaskan tentera Mesir kelihatan agak tidak masuk akal. Lebih-lebih lagi bila wujudnya kemungkinan besar bahawa pasukan Mesir, sesuai sebagai sebuah empayar besar yang sama seperti Parsi, amat mustahil jika mereka tidak mengerah khidmat pasukan tentera upahan asing, terutamanya suku-suku Arab dan Yunani yang sudah pastinya tidak memuja dewi Bastet mahupun kucing.

Bagaimanapun, seperti yang telah penulis sebutkan sebelum ini, tentera Parsi mungkin telah mempraktikkan beberapa kaedah demonstrasi psikologi yang memberi mereka kelebihan taktikal terhadap musuh mereka.

Malahan, penggunaan kaedah helah muslihat temp*r yang diilhamkan oleh strategi psikologi sebegitu rupa sebenarnya telah beberapa kali dicatatkan secara ‘simbolik’ pada zaman kuno – seperti yang dibuktikan melalui demonstrasi formasi Phalanx Macedonia yang dirancang oleh Alexander the Great hingga berjaya mempesona dan menakut-nakutkan orang Illyria yang sedang memberontak.

Atau ketika era Tiga Kerajaan Dinasti Han di mana Zhuge Liang berpura-pura menjadi dewa dengan mempraktikkan taktik rohani “Meminjam Angin Dari Timur” semasa Pertemp*ran Chibi dan Strategi Kota Kosong yang berjaya memperdayakan Sima Yi. Strategi Zhuge Liang ini telah digunakan sebagai rujukan pakar strategi profesional hingga sekarang.

Herodotus dikatakan mengunjungi tapak medan Per*ng Pelusium kira-kira tujuh puluh lima tahun kemudian, dan melaporkan bahawa rangka tentera yang terkorb*n masih terkulai di tengah padang pasir.Dan, memandangkan kita sedang berbicara tentang logik praktikal, ini adalah satu anekdot menarik yang diberikan oleh Herodotus mengenai Pertemp*ran Pelusium (berdasarkan sumber dari HistoryofWar.org yang diterjemah):

Dia mendakwa telah memeriksa tengkorak-tengkorak ini dan mendapati bahawa orang Parsi memiliki tulang yang tipis dan rapuh manakala orang Mesir bertulang padat.

cambyses II

Dia mengatakan sedemikian kerana berpendapat bahawa orang Mesir biasa mencukur kepala mereka, dan sinaran matahari akan menebalkan struktur tulang mereka. Ini mungkin menunjukkan bahawa pertemp*ran itu berlaku di pinggir padang pasir terpencil, bukan di tanah yang bertamadun, ia jelas dari keadaan mayat-mayat yang kekal di tempat mereka gugur tanpa dikebumikan.

Walau apa jua kesimpulannya, hanya mereka yang melalui sendiri zaman itu mengetahuinya. Kerana itu dalam mengkaji sejarah sentiasa ada teori yang berbeza-beza sehingga dipersetujui majoriti sarjana sejarah. Yang pasti, samada kucing digunakan secara nyata atau simbolik dalam per*ng ini, kebijaksanaan Cambyses II ternyata membuahkan hasil apabila Parsi berjaya menawan Pelusium.

Sumber:

  • Battle of Pelusium 525 BC https://youtu.be/pMLgL3RW0Sw
  • Herodotus (1737). The History of Herodotus Volume I, Book II. D. Midwinter.
  • Katharine M. Rogers, The Cat and the Human Imagination: Feline Images from Bast to Garfield, University of Michigan Press, 2001.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.