Perang Salib tidak tamat ketika Salahuddin al-Ayubi memenangi Baitulmaqdis dari tangan pakatan Salib. Pada tahun 1396, gabungan tentera Salib dari Hungary, Perancis, Empayar Rom Suci, England, Scotland, Jerman, Wallachia, Poland, Venice, Genoa, Knights of St. John dan Knights Hospitaller dari Rhode bersatu untuk merampas semula tanah Masjidil Aqsa.

Perang Salib Nicopolis terkenal dengan jumlah tentera yang paling ramai dalam sejarah peperangan salib. Mereka telah mengumpulkan ketumbukan tentera bukan sekadar dari Eropah Timur, tetapi juga dari Eropah Barat. Dua tahun sebelum kejadian, Pope Boniface IX telah mengisytiharkan perang salib yang baru ke atas Uthmaniah.

Kota Nicopolis yang menjadi ibu kota telah berada dalam genggaman Uthmaniah pada 1393. Apabila armada Salib tiba di Vienna, mereka terus bergabung dengan pakatan Salib untuk mara ke kota Nicopolis. Kota Rahovo yang disinggahi mereka telah banjir dengan darah umat Islam. 10,000 tentera berkuda dari Perancis, 1,000 dari England, 6,000 dari Jerman, 10,000 dari Wallachia sehingga mencapai jumlah lebih 130,000 semasa tiba di gerbang Nicopolis.

Sultan Bayazid I yang sedang bersiap untuk mengepung Constantinople segera membatalkan rancangannya dan mengatur langkah untuk mempertahankan kota Nicopolis. Pada 24 September, pasukan Uthmaniah tiba dengan ketumbukan 60,000 tentera gagah perkasa.

Pada mulanya, Kesatria baju besi Perancis berjaya menguasai pertempuran dengan menewaskan 10,000 pahlawan Uthmaniah. Akibat sikap gelojoh, mereka terus mengejar tentera Islam sampai ke atas bukit. Tanpa mereka tahu, di balik bukit itu sudah ada gabungan tentera Islam Uthmaniyyah dan Serbia yang bersiap siaga. Tentera salib yang masuk perangkap lantas dihancurkan dengan mudah.

Gabungan Transylvania dan Wallachia jadi kecut perut dan berundur. Tentera Jerman tidak mahu mengalah dan masuk bertempur untuk membantu Perancis. Namun, semuanya sia-sia apabila tentera Serbia yang berpihak kepada Islam menyerbu untuk mengalahkan pakatan Salib yang sudah patah semangat.

Kemenangan Khilafah Turki Uthmaniah memerangi pakatan Salib akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah. Seumpama Perang Badar dan Perang Ahzab, pasukan yang besar belum tentu mampu mengalahkan pasukan yang kecil.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Uthmaniah memang hebat masa zaman kegemilangannya. Banyak lagi pertempuran agung yang berjaya mereka menangi. Bacalah UTHMANIAH DI HUJUNG JARI. Klik https://bit.ly/uthmaniyahdihujungjarishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply