Pertempuran ini mengambil masa di era Sengoku, yakni era sebelum penyatuan Jepun di bawah Kesyogunan Tokugawa. Ia ibarat Era Negeri-negeri Berperang dalam sejarah China Purba sebelum disatukan di bawah Dinasti Qin.

Terdapat tiga watak utama dalam pertempuran ini; Oda Nobunaga, tokoh daimyo (bangsawan feudal) yang merintis idea penyatuan Jepun, seakan Otto von Bismarck dan penyatuan Jerman.Tokugawa Ieyasu, anak kepada daimyo Mikawa dari puak Tokugawa yang nantinya menjadi shogun (seakan komander jeneral) selepas berakhirnya era Sengoku, dan Takeda Katsuyori, seorang daimyo yang berperang dengan puak Tokugawa.

Secara ringkas, pertempuran mengambil tempat berdekatan Istana Nagashino yang dijaga oleh Okudaira Sadamasa, sekutu puak Tokugawa. Situasinya ialah pasukan Sadamasa sedang bertahan di kawasan istana itu yang dikepung oleh pasukan Katsuyori apabila bantuan dari pasukan Nobunaga-Ieyasu sampai.
Untuk menghadapi tentera Katsuyori yang akan menyerang bila-bila masa, Nobunaga menyediakan pasukan penembak (menggunakan arquebus) yang terdiri dari 3000 orang askar. Beliau membina pertahanan menggunakan pancang-pancang kayu yang ditanam secara zig-zag.

Tujuannya untuk melindungi pasukan penembak tadi oleh kemaraan rejaman lembing atau tikaman pedang atau lain-lain senjata tajam dari tentera musuh.

Di pihak Katsuyori, walaupun pasukannya majoriti terdiri dari askar-askar berkuda yang membawa lembing, pedang dan senjata-senjata tradisional yang lain, dikatakan setiap 4 askar terdapat purata 3 askar bersenjata api.

Diceritakan bahawa walaupun Katsuyori tahu Nobunaga memiliki pasukan penembaknya yang handal dan terlatih (Nobunaga benar-benar bergantung kepadanya), namun Katsuyori menjangkakan masa untuk mengisi peluru atau persediaan menembak mengambil tempoh yang lama (perkara biasa bagi senapang pada masa dahulu) dan ini memberi peluang kepada pasukan berkudanya yang bergerak pantas untuk menyerang dan sempat menghuru-harakan pasukan Nobunaga-Ieyasu. Namun, Nobunaga memiliki cara untuk mengatasi masalah itu, dan ini di luar jangkaan Katsuyori.

Apabila pasukan pertama Katsuyori menyerang pertahanan Nobunaga-Ieyasu, mereka telah ditembak dalam jarak 50 meter secara serentak. Pasukan kedua segera dihantar dengan harapan dapat menggempur pertahanan Nobunaga yang dijangkakan sedang mengisi peluru namun pasukan itu tewas sebelum sempat menghampiri pancang-pancang kayu itu. Ini mengejutkan Katsuyori. Sebenarnya, apa yang dilakukan Nobunaga ialah mengatur pasukan penembaknya segala bergilir-gilir di mana selepas kumpulan pertama menembak, kumpulan kedua menggantikan tempat kumpulan pertama dan bersedia menembak, manakala kumpulan pertama tadi segera mengisi peluru.

Begitulah seterusnya. Ini salah satu taktik pertempuran menggunakan senjata penembak termasuk panah.
Dengan cara ini, pasukan senjata api Nobunaga dapat menewaskan setiap gelombang serangan yang mendatang. Akibatnya pasukan Katsuyori tewas dan pengepungannya dapat digagalkan. Sebanyak kira-kira 10,000 tenteranya gugur menurut rekod Shinchō kōki manakala hanya 60 orang askar di pihak Nobunaga-Ieyasu terbunuh.

Anda boleh menonton video yang dilampirkan bagi menggambarkan pertempuran ini.

Video: https://www.youtube.com/watch?v=bIs3ibPgosE


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply