“Kami bersama-sama dengan pasukan yang sudah kehabisan sumber dan tenaga. Sama ada aku akan mencapai matlamat atau syahid ke Syurga. Sekiranya aku m4ti, kamu harus tahu ke mana aku pergi wahai anakku.”
Dalam satu pertempvran yang penting pada abad ke-11, dua kuasa yang berbeza, Byzantium yang dipimpin oleh bangsa Yunani dan Seljuk yang dipimpin oleh bangsa Turki, saling menentang untuk menentukan nasib Timur Tengah dan tanah Anatolia.
Pada 26 Ogos 1071, hampir seribu tahun yang lalu, Sultan Alp Arslan, sultan dinasti Seljuk Muslim, mengalahkan tenter4 Byzantium yang besar dipimpin oleh Kaisar Romanos IV Diogenes, maharaja empayar Yunani Kristian yang merupakan salah satu kuasa besar dunia bersama dengan Empayar Rom Suci Eropah, pada Pertempvran Malazgirt atau Manzikert.
Pertempvran itu secara signifikan telah membentuk sejarah dunia, meningkatkan konfr0ntasi bersejarah antara dua entiti yang disebut sebagai Kristian Barat dan Muslim Timur. Berikutan kekalahan di tangan Alp Arslan, negara-negara Kristian Eropah membentuk pakatan untuk menyer4ng tanah-tanah Muslim di Timur Tengah sebelum melancarkan Per4ng Salib yang d4hsyat pada tahun 1095. Per4ng Salib berterusan selama hampir dua abad, menghancvrkan Timur Tengah.
Dengan kemenangan Pertempvran Manzikert, di Manzikert, sebuah bandar di timur Turki hari ini, orang Turki mendapat akses penting ke wilayah Anatolia yang dihuni majoriti kaum Kristian ketika itu, di mana kemudian pengaruh Islam dan budaya Turki tersebar secara berperingkat di bawah pemerintahan Turki yang berturut-turut. Seljuk Agung berterusan memperoleh wilayah dan terus bergerak menuju Konstantinopel, ibu kota Empayar Rom Timur atau Byzantium.
Sebuah kerajaan kecil atau kerajaan kota, iaitu Uthmaniyyah yang ditempatkan di Anatolia barat oleh pemerintah Seljuk di semenanjung tersebut (Kesultanan Rum) pada abad ke-13, kemudiannya akan merdeka daripada Seljuk dan bangkit menjadi kuasa besar yang menaklvki Balkan dan sebahagian besar Timur Tengah, mewujudkan dominasi politik dan ketenter4an di Laut Mediteranian dan Laut Hitam.
Anatolia: Tanah Air Baharu Bangsa Turki
Kemenangan itu memungkinkan orang Turkmen, yang merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan orang-orang Turki Muslim yang kebanyakannya datang dari suku-suku cabang keturunan Turki Oghuz, untuk mendirikan sebuah negara persendirian, cabang Seljuk di Anatolia, dan berkembang dari dataran timur Anatolia ke pesisir baratnya. Seljuk Agung asalnya berpusat di Tehran, Iran hari ini.
Pertempvran itu juga membuka jalan kepada percampuran budaya dan politik antara orang Turki Muslim yang dari Seljuk dan penduduk Anatolia yang majoritinya beragama Kristian, yang membawa kepada kemunculan sebuah negara Turkmen yang kuat dan teratur di tengah-tengah semenanjung Anatolia.
Pertempvran ini juga menandakan titik permulaan terpenting dalam kemaraan dan penaklvkan orang Turkmen di seluruh Semenanjung Balkan, Hungary, Syria, Mesir, Iraq, seluruh Afrika Utara dan Lembangan Laut Hitam, mewujudkan sebuah kerajaan terbesar dan paling berterusan di dunia (Empayar Uthmaniyyah) selepas Empayar Rom. Dan kesinambungan itu masih kekal diteruskan oleh Republik Turki hingga saat ini.
Tetapi, menurut sejarawan Turki, pertempvran ini juga membawa kepentingan khusus dalam sejarah Islam di luar implikasi pertempvran dan kesan daripada sejarah Turki.
Peralihan kuasa kepada Turki Seljuk di Anatolia harus dianggap sebagai salah satu perkembangan sejarah Timur Tengah yang paling luar biasa, pendapat ini turut diakui oleh seorang tokoh sejarawan Turki, Andrew Peacock, seorang profesor sejarah di Universiti St. Andrews melalui bukunya, Early Seljuq History, A New Interpretation.
Empayar Byzantium, yang memperoleh kemenangan berturut-turut melawan dua kuasa besar iaitu Empayar Sasanid, sebuah dinasti Parsi yang kuat di seluruh Iran dan Asia Tengah, dan Arab Muslim (sebelum ditewaskan Khalifah Rashidun dalam Pertempvran Yarmuk) akhirnya telah dikalahkan oleh bangsa Turki dalam masa sepuluh tahun antara 1071 dan 1081, mereka hanya mampu mempertahankan beberapa pelabuhan di seberang pantai Anatolia.
Kemenangan Muslim
Sejarawan Islam kuno beranggapan bahawa kemenangan dalam Pertempvran Manzikert yang membuka tanah Anatolia untuk kemasukan para penghijrah Muslim, serupa dengan Pertempvran Yarmuk dan al-Qadisiyyah, dimana ia menjadi landasan kemenangan umat Islam di Wilayah Asia dan Mediterranean pada abad ke-7.
Pertempvran Yarmuk, yang dimenangi oleh tenter4 Khalifah Rashidun melawan pasukan Empayar Rom Timur pada tahun 636, menandakan permulaan kepada kejatuhan pemerintahan Byzantium di Timur Tengah, terutamanya di Syria dan Palestin.
Dalam Pertempvran al Qadisiyyah pula, yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang sama dengan Pertempvran Yarmuk, iaitu empat tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W., pasukan tenter4 Muslim berjaya mengalahkan tenter4 besar Empayar Sassanid.
Kedua-dua pertempvran itu menandakan kemenangan Muslim yang tidak dijangka terhadap pasukan terkuat kuasa besar dunia yang ada pada masa itu, iaitu Rom dan Sassanid.
Kemenangan Turki di Pertempvran Manzikert juga agak tidak dijangka oleh para pemerintah Empayar Byzantium yang sombong kerana menolak untuk berdamai dengan Seljuk ketika Alp Arslan dilaporkan mengirim utusannya untuk membuka ruang perdamaian.
Hampir satu abad kemudian, senario itu berulang lagi apabila tawaran damai dari pemerintah Seljuk Anatolia, Kilij Arslan II, ditolak oleh pemerintah Byzantium. Pada tahun 1176, dalam Pertempvran Myriokephalon, tenter4 Byzantium sekali lagi dimvsnahkan oleh Seljuk, mengakhiri segala impian mereka yang mahu mengusir orang Turki dari lanskap Anatolia.
Empayar Byzantium yang maju itu merupakan hasil percampuran budaya Yunani kuno dan kebijaksanaan politik Rom, mereka percaya bahawa jika orang Turki nomad (Seljuk) menuntut perdamaian, itu bermakna bangsa Turki sedang lemah dan mereka sepatutnya menghapvskan terus bangsa Turki memandangkan kesempatan sebegitu rupa tidak akan muncul setiap hari.
Tetapi Alp Arslan, boleh dikatakan salah seorang panglima per4ng Turki yang terbaik sepanjang sejarah Turki, dan seorang lelaki dengan kekuatan yang diibaratkan mampu ‘mencairkan’ besi, juga bukanlah satu sasaran yang hanya akan duduk di atas singgahsananya semata-mata, sudah tentu Alp Arslan akan bangun mengetuai tenter4nya dan melawan.
Sebelum menghadapi tenter4 Diogenes secara langsung dalam Pertempvran Manzikert, Alp Arslan dan para panglimanya yang sangat setia dan berkarisma tinggi berjaya menembusi pusat Byzantium di Anatolia, menundukkan istana wilayah dan pengawal tenter4 kerajaan tanpa henti.
Menjelang Pertempvran Manzikert, Alp Arslan juga berjaya melemahkan dua sekutu Kristian dari wilayah utama Empayar Byzantium, iaitu Armenia dan Georgia, dalam beberapa pertempvran berturut-turut di Kaukasia dan Anatolia timur, Alp Arslan kemudian bersekutu dengan tenter4 Marwanid dari dinasti Kurdish Muslim pada masa itu.
Marwanid telah memberikan sekurang-kurangnya 10,000 tenter4 sukarelawan kepada tenter4 Alp Arslan, ini menjadi salah satu tanda-tanda awal pakatan Turki-Kurdish yang jarang disebut dalam sejarah di mana mereka berganding bahu menentang Empayar Byzantium dan kuasa besar Kristian yang lain. Lokasi pertempvran melibatkan mereka juga sama sekali bukanlah suatu kebetulan.
Siapa sangka, Manzikert, yang kini merupakan sebuah daerah di provinsi Mus di timur Turki, berhampiran dengan Ahlat, sebuah bandar strategik di barat laut Tasik Van di Anatolia timur, sebenarnya pernah menjadi markas tenter4 barat pasukan penyer4ng Alp Arslan selama bertahun-tahun.
Romanos Diogenes dan para panglimanya sangat percaya bahawa untuk menghilangkan anc4man Turki di Anatolia, mereka perlu menghancvrkan kekuatan ketenter4an Turki di Ahlat dan Anatolia timur. Akibatnya, Diogenes mara dari Konstantinopel ke Ahlat dan Manzikert untuk menghadapi tenter4 Seljuk dalam satu rombongan yang besar.
Sebaliknya, Alp Arslan selaku pemerintah tenter4 nomadik dan ahli politik pintar yang melantik Nizam al-Mulk, seorang pemikir politik Parsi Sunni Muslim terkemuka, sebagai wazirnya, berarak kembali dari Damsyik meninggalkan kempennya di Syria menuju ke arah Ahlat, memahami bahawa pertempvran itu mungkin tidak dapat dielakkan.
Jauh sebelum itu, khalifah Abbasiyah di Baghdad memerintahkan agar doa meminta kemenangan Alp Arslan supaya dibaca di masjid-masjid di seluruh dunia Islam.
“Ya Allah! Naikkan bendera Islam dan jangan tinggalkan para muj4hidin-Mu, yang tidak teragak-agak untuk meng0rbankan nyawa mereka untuk menegakkan kebenaran-Mu. Kurniakanlah Alp Arslan kemenangan menentang mvsuh-mvsuhnya dan bantulah tenter4nya dengan pertolongan para malaikat-Mu.”
Walaupun terdapat dakwaan perkiraan yang berbeza mengenai jumlah kekuatan kedua-dua pasukan, hampir ada kesepakatan majoriti bahawa tenter4 Byzantium dua kali lebih besar daripada tenter4 Seljuk, ini termasuk tenter4 upahan dari Perancis, Jerman, Norman dan Skandinavia yang membantu pasukan utamanya.
Tepat sebelum pertempvran dimulakan, Alp Arslan menasihati tenter4nya dalam satu khutbah terbuka untuk mencalonkan puteranya, Malik Shah I, sebagai sultan Seljuk berikutnya bagi mencegah kemungkinan berlakunya kekacauan politik sekiranya baginda syahid dalam pertempvran itu. Alp Arslan membalut badannya dan tenter4nya dengan kain putih, yang menjadi simbolik bahawa tenter4 Muslim tidak takut dan telah bersedia untuk m4ti dalam menghadapi pertempvran itu.
“Wahai para pejuangku! Sekiranya aku ditakdirkan syahid, kain putih inilah yang akan menjadi kain kafanku!”
Bertentangan dengan segala jangkaan dan harapan Romanus Diogenes dan Alp Arslan, pertempvran itu berakhir dengan kemenangan yang besar bagi pihak Turki Seljuk. Dalam peristiwa bersejarah ini, bahkan maharaja Byzantium itu juga telah dipenjarakan oleh pihak Seljuk.
Kemenangan itu disambut dengan penuh kegembiraan dan semangat di seluruh dunia Islam, termasuk Baghdad, ibu kota Khilafah Abbasiyah.
Menurut sejarawan Turki, Osman Turan dalam bukunya, The History of Seljuks and The Turkish-Islamic Civilization. “Seluruh kota Baghdad dihiasi dengan hiasan yang tidak pernah disaksikan selama beberapa dekad, mereka membina ‘tugu kemenangan’. Muzik dimainkan seiring dengan orang ramai memenuhi jalanan di kota untuk meraikan kemenangan itu.”
Hasil dari kemenangan yang luar biasa itu, untuk pertama kalinya dalam sejarah dunia, seorang maharaja Rom telah ditawan oleh tenter4 Muslim. Bahkan kejadian ini menjadi bukti sifat toleransi dan belas kasihan orang Islam yang tidak memberikan hukuman yang berat terhadap pemerintah kafir.
Sebelum Alp Arslan membebaskan Kaisar Romanus, baginda telah membuat rundingan damai dengan syarat, wilayah Antioch, Edessa, Hierapolis, dan Manzikert harus diserahkan kepada Seljuk bersama-sama dengan bayaran sebanyak 1.5 milion keping syiling emas dan bayaran tahunan sebanyak 360,000 keping syiling emas sebagai wang tebusan untuk membebaskan Romanus.
Kemenangan ini tidak terhenti setakat di Manzikert sahaja, walaupun selepas itu Empayar Seljuk tewas di tangan Empayar Mongol dalam Pertempvran Köse Dag yang menyebabkan munculnya Kesultanan Rum hingga Seljuk terpaksa menjadi kerajaan boneka Mongol, manfaat yang ditinggalkan Alp Arslan untuk generasi seterusnya telah mempermudahkan kebangkitan Empayar Uthmaniyah.
Di mana kemudiannya Uthmaniyah berjaya menaklvk kota Konstantinopel, sekaligus mengakhiri zaman kegemilangan Empayar Byzantium yang dianggap sebagai kejatuhan legasi Rom sepenuhnya. Hingga hari ini pada setiap bulan Ogos, bangsa Turki dari pelbagai negara akan meraikan hari perayaan bersempena kejayaan Sultan Alp Arslan menewaskan Byzantiun dalam pertempvran ini.
Bagi mengakhiri artikel ini, penulis menutup penulisan dengan satu dialog di antara Alp Arslan dengan Romanus IV Diogenes yang sangat sinonim dalam sejarah selepas tenter4 Seljuk menewaskan tenter4 Byzantium:
Alp Arslan: “Apa yang akan kau akan lakukan sekiranya pada saat ini, aku yang kalah dan dibawa menghadap kamu sebagai tahanan per4ng?”
Romanus: “Mungkin aku akan membvnuh kamu, atau mengheret kamu untuk diarak sebagai tayangan di jalanan kota Konstantinopel.”
Alp Arslan: “Hukuman aku jauh lebih berat. Aku akan memaafkan kamu, dan membebaskan kamu.”
RUJUKAN:
Turan, O. (1977). Anatolia in the period of the Seljuks and the Beyliks. The Cambridge History of Islam. Cambridge University Press.
Turan, O. (1965). The History of Seljuks and The Turkish-Islamic Civilization. Turkish Culture Research Institute.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih