102 tahun yang lalu pada tarikh yang dikira dari tiga hari yang lepas hingga hari ini iaitu 24-27 April, telah berlaku Pertempvran Kedua Villers-Bretonneux yang dianggap sebagai pertempvran di antara kereta kebal yang pertama berlaku dalam sejarah.
Pertempvran itu berlaku di Perancis Utara menjelang akhir Per4ng Dunia Pertama, pada tahun 1918, dan juga merupakan kali pertama kereta kebal A7V Jerman menghadapi tindakbalas yang serius.
Pertempvran ini terjadi ketika Tenter4 Imperial Jerman sedang bersiap untuk melakukan ser4ngan besar, yang dikenali sebagai Spring Offensive, setelah Rusia menarik diri dari per4ng akibat Revolusi Oktober 1917.
Peristiwa ini membolehkan Jerman memindahkan sebahagian besar pasukannya yang terper4ngkap di Front Timur ke arah barat di Perancis. Tetapi masa agak tidak menyebelahi Jerman, kerana tahun 1917 juga merupakan tahun Amerika Syarikat menyertai per4ng di Eropah, lalu mengurangkan sedikit kelebihan Jerman dari aspek angka kekuatan.
Oleh itu, ser4ngan harus dilakukan sebelum pasukan Ekspedisi Amerika Syarikat tiba di benua itu, kerana apabila ia berjaya bergabung bersama-sama dengan sekutunya, Inggeris dan Perancis, mereka dijangka mampu memberikan ser4ngan yang berpotensi memusnahkan tenter4 Jerman hanya dengan sekali nafas.
Asalnya, Pertempvran Kedua Villers-Brenneux ini adalah susulan pertempvran pertama yang berlangsung pada bulan Mac 1918 dan juga merupakan usaha untuk menahan kemaraan Jerman. Bandar Villers-Bretonneux adalah titik strategik bagi Jerman kerana mereka dapat menggunakan medan itu untuk memerhati dan mengarahkan pengeboman kota Amiens, sekitar 10 batu jauhnya.
Setelah pertempvran pertama, yang berlangsung dari 30 Mac hingga 5 April 1918, Jerman telah diasak dari Villers-Bretonneux, tetapi kurang dari 20 hari kemudian mereka bersedia untuk mencuba merebut kota itu sekali lagi. British bersama-sama pasukan Australia dan Perancis mengalami kerugian besar, tetapi dapat mempertahankan bandar dan sekitarnya.
Semasa kemaraan mereka yang seterusnya, Jerman menghantar 14 daripada 20 kereta kebal A7V mereka yang baru dihasilkan ke Villers-Bretonneux dengan harapan dapat meraih kejayaan berkat formula persenjataan baru yang mampu memberi perlindungan kepada unit infantri dan memusnahkan machine-gun pillboxes di barisan hadapan.
Pertemuan berlaku berhampiran kampung Cachy, 13 batu di tenggara Amiens. Kereta kebal “lelaki” dibawah perintah Leftenan Frank Mitchell, sementara di seber4ng jalan ia bertemu dengan A7V Jerman yang digelar “Nixe”, yang diperintah oleh Leftenan Wilhelm Biltz, dengan dua lagi kereta kebal Jerman di bahagian mereka.
Pada awalnya, Jerman melakar kejayaan dengan menawan kota Villers-Bretonneux yang menyebabkan mereka segera berkumpul untuk cubaan menawan kota Amiens pula.
Ianya bermula pada awal pagi 24 April, Jerman melancarkan ser4ngan mendadak terhadap barisan pertahanan Villers-Bretonneux, sekaligus membolehkan infantri Jerman yang disokong oleh unit kereta kebal, memusnahkan pertahanan pihak bersekutu.
Ketika keadaan Angkatan Bersekutu bertambah buruk, tiga Mark IV British mula bergerak masuk. Pada waktu ini, beberapa krew kapal kereta kebal telah dilumpuhkan oleh ser4ngan gas.
Tiga Mark IV terdiri daripada satu kereta kebal “lelaki”, yang memiliki dua peluru enam paun, dan dua kereta kebal “wanita”, yang hanya memiliki mesingan.
Kereta kebal Britain mensasarkan A7V Jerman. Kedua-dua kereta kebal “wanita’ menghampiri A7V terlebih dahulu. Mereka melepaskan temb4kan ke arah kereta kebal Jerman, tetapi mesingan mereka tidak memberi kesan serius terhadapnya. A7V berjaya menghalau kereta kebal “wanita” keluar dari aksi ini.
Kini giliran Mark IV “lelaki” pula menghentam A7V dengan salah satu dari peluru enam paunnya, tetapi ia masih tidak dapat mem4tikan A7V Jerman. Namun, temb4kan tersebut menyebabkan A7V yang besar itu terseret ke tebing curam dan terus terbalik. Oleh itu, ia lumpuh dengan sendirinya.
Setelah berbalas temb4kan tanpa keputusan, kereta kebal Britain berjaya berhenti cukup lama supaya temb4kan dapat mencapai sasarannya. Penembak menggunakan peluangnya dengan baik, kerana dia berjaya menghentam “Nixe” Jerman bukan sekali tetapi tiga kali, lantas melumpuhkannya dari dari terus bertempvr.
Dua lagi A7V bergabung, dan kedua-dua belah pihak saling berbalas temb4kan. Akhirnya, kru salah satu A7V Jerman bertindak meninggalkan kereta kebal mereka dan melarikan diri, sementara A7V yang lain pula berundur namun terus diser4ng dari belakang oleh pihak Sekutu.
Villers-Bretonneux dibebaskan dari pendudukan Jerman pada 25 April 1918. Tindakan ini menandakan berakhirnya ser4ngan Jerman yang telah berjaya sejak ia bermula lebih dari sebulan sebelumnya.
24 April 2018 menandakan ulang tahun ke-100 Pertempvran Kedua Villers-Bretonneux yang juga menandakan peristiwa pertempvran antara kereta kebal melawan kereta kebal yang pertama dalam sejarah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih