Ketika itu adalah konflik antara Cao Cao dan Yuan Shao, dua panglima perang tersohor ketika penghabisan era Dinasti Han Timur. Keupayaan Cao Cao menewaskan Yuan Shao yang memiliki balatentera lebih besar adalah amat dramatik dan mengagumkan.
Terdapat banyak taktik peperangan yang dipakai Cao Cao sepanjang konflik ini. Salah satunya ialah ketika peristiwa pengepungan Guan Du.
Yuan Shao memiliki balatentera sekitar 100,000 orang manakala Cao Cao hanya mempunyai balatentera sebanyak 20,000 orang. Balatentera Yuan Shao telah mara ke kubu Cao Cao di Guan Du dan melancarkan serangan bertalu-talu serta mengepung pertahanan Cao Cao. Pihak Yuan Shao membawa menara-menara pengepungan supaya pasukan pemanahnya mampu memanah ke dalam kubu, namun tentera Cao Cao memusnahkan menara-menara pengepungan tadi dengan menggunakan jentera pelempar.
Tentera Yuan Shao cuba menggali terowong untuk melepasi kubu pertahanan Cao Cao namun Cao Cao telah bersedia menghadapi taktik itu dengan menghalangnya menggunakan parit besar yang digali di sekeliling kubu. Pertempuran di antara kedua pihak terus balas membalas tanpa ada kejayaan di mana-mana pihak. Cao Cao tetap bertahan manakala Yuan Shao masih belum berjaya mengalahkan Cao Cao.
Namun begitu, pengepungan itu telah menghauskan bekalan makanan di pihak Cao Cao menyebabkan Cao Cao memikirkan untuk berundur. Namun penasihatnya, Xun Yu memintanya memikirkan perkara itu masak-masak dan memberi contoh konflik bersejarah antara negeri Chu dan dinasti Han. Xun Yu memberitahu Cao Cao bahawa masalah tenteranya tidaklah seburuk ketika perseteruan antara Chu dengan Han di Xingyang dan Chenggao, ketika masing-masing tidak mengalah atau mahu berundur.
Ini kerana siapa yang pertama-tama mengambil keputusan untuk berundur, maka terserlahlah kelemahan dan pasti ada masalah di pihaknya. Xun Yu memberitahu lagi, situasi Cao Cao kini tidak seburuk itu kerana dengan berbekalkan kekuatan tentara hanya 1/10 dari jumlah balatentera musuh, Cao Cao mampu bertahan sehingga ke tahap ini malah berjaya menyekat Yuan Shao selama 6 bulan.
Kata-kata Xun Yu menaikkan semangat Cao Cao dan ini membuatkannya mengambil keputusan untuk terus bertahan. Peluang keemasan tiba apabila Xun Yu mendapat maklumat bahawa Yuan Shao menyimpan bekalan makanannya di sebuah kampung bernama Gushi. Cao Cao pun menghantar sejumlah tenteranya untuk menyerang kedudukan kampung Gushi itu. Serangan itu berjaya dan memukul mundur tentera Yuan Shao.
Tentera Cao Cao pun memusnahkan semua bekalan Yuan Shao dengan membakarnya. Ini menyebabkan Yuan Shao terpaksa meminta bantuan bekalan yang baru untuk balatenteranya.
Beberapa lama kemudian, tentera Yuan Shao kembali dengan kekuatan 10,000 orang, mengiringi bekalan yang lebih besar ditempatkan di kota Wu Cao. Namun begitu, penasihat Yuan Shao telah menegur tentang pertahanan Wu Cao yang lemah dan saranan untuk mengirim jeneral perang yang berpengalaman untuk menjaga Wu Cao. Namun Yuan Shao tidak mengendahkan saranan ini.
Keadaan di Wu Cao ini sampai ke pengetahuan pihak Cao Cao melalui seorang penasihat Yuan Shao yang belot akibat ketidakpuashatian tertentu dalam hal-hal pengurusan Yuan Shao yang lemah. Malah orang kuat Yuan Shao telah menahan isteri penasihat itu. Peluang keemasan sekali lagi ini tidak dilepaskan oleh Cao Cao dan tanpa membuang masa terus menghantar 5000 orang tenteranya yang menyamar dengan membawa bendera Yuan Shao dan dengan mudah memasuki kota Wu Cao dan sekali lagi membakar semua bekalan makanan Yuan Shao!
Ini menyebabkan bekalan makanan kepada tentera Yuan Shao terputus dan semangat mereka mula turun dengan mendadak. Keadaan ini menjadi buruk disebabkan kenyataan bahawa berbulan-bulan berperang namun mereka masih gagal untuk mengalahkan tentera Cao Cao yang jauh lebih kecil jumlahnya.
Strategi Cao Cao berjaya apabila menang dalam beberapa pertempuran seterusnya malah ramai pula askar Yuan Shao yang menyerah ke pihak Cao Cao.
Akhirnya Cao Cao menang dalam peperangan ini.
~Srikandi
未雨绸缪。
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih