Dalam siri-siri pertempuran dalam Perang Saudara Amerika, Pertempuran Gettysburg yang paling dikenali kerana ia merupakan “turning point” kepada Perang Saudara Amerika. Dipercayai bahawa sebelum Gettysburg, Perang Saudara Amerika lebih berpihak kepada Konfederasi. Namun dalam pertempuran ini, kemenangan diraih oleh Kesatuan sekaligus menghalang kemaraan Konfederasi ke dalam wilayah Kesatuan.

Kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh Jeneral Lee telah membuatkan dia yakin untuk menyerang Utara buat kali kedua selepas gagal di Antietam pada musim luruh yang lepas. Memandangkan kemenangan-kemenangan sebelum ini telah menjatuhkan moral tentera Kesatuan dan juga menaikkan semangat tentera Konfederasi, ia dianggap sebagai detik yang paling sesuai. Lagipun ketika itu di Virginia, tentera Konfederasi dalam kepungan yang agak teruk, dan Lee mengharapkan dengan serangan kali kedua ke dalam Wilayah Utara yang dibawa penguasaan Kesatuan itu akan membantu mengalihkan perhatian Konfederasi ke atas Virginia.

Beberapa buah pertempuran sebelum Gettysburg seperti Second Bull Run, Fredericksburg dan Chancellorsville, adalah rentetan pertempuran-pertempuran yang dimenangi oleh Jeneral E. Lee. Kemaraan Jeneral Lee telah membuatkan Abraham Lincoln ketika itu memecat jeneral-jeneral Kesatuan seperti George McClellan, Ambrose Burnside dan Joseph Hooker di atas kegagalan mereka, lalu digantikan dengan George Meade yang selepas beberapa hari perlantikannya, akan diamanahkan untuk mengendalikan pertempuran yang sangat berat. Meade telah diarahkan oleh Lincoln untuk mengejar 75, 000 orang tentera Konfederasi yang ketika itu sudahpun melintasi Sungai Potomac, memasuki ke Marryland dan sedang mara ke selatan Pennyslvania.

1 Julai 1863

Mengetahui bahawa tentera Konfederasi dalam perjalanan untuk membantai angkatan tentera yang dimiliki olehnya, lantas Lee merancang untuk mengumpulkan tenteranya di sebuah pecan di Gettysburg. Salah satu divisyen tentera Konfederasi telah menggeledah pekan Gettysburg untuk mencari bekalan bagi peperangan yang bakal mendatang berakhir dengan pertempuran kecil dengan pasukan pertahanan kembali ke Cemetery Hill yang terlatak separuh batu dari Pekan.

Kemudian, Jeneral Lee mengarahkan Ewell, salah seorang jeneral kanan Lee untuk menyerang pasukan Kesatuan di Cemetery Hill, namun Ewell beranggapam bahawa kubu di Cemetery Hill terlalu kukuh dan mengabaikan perintah demikian. Pada penghujung pertempuran ini, pilihan Ewell bakal memakan pasukan Konfederasi. Pada senja itu, bantuan dan tentera Kesatuan mula tiba, berkampung di sekitar Cemetery Hill sehingga ke sebuah bukit yang dikenali dengan nama Little Round Top. Pertahanan tentera Konfederasi di Gettysburg pada malam itu dapat dikukuhkan sehingga ke pagi.

2 Julai 1863

Keesokan harinya, setiap tentera Kesatuan sudah selesai mengukuhkan pertahanan mereka dari Culp Hill sehingga ke Cemetery Ridge. Mengabaikan nasihat daripada jeneral kanannya yang bernama James Longstreet, tentera Konfederasi mula menyerang pasukan Konfederasi yang sedang berkubu. Longstreet diamanahkan untuk mengetuai serangan di bahagian kiri manakala Ewell mengarahkan serangan dilancarkan pada bahagian kanan barisan Konfederasi di Culps Hill pada seawal hari itu. Namun, Longstreet hanya melakukan serangan pada jam 4 petang kerana kesukaran memastikan barisan tenteranya berada dalam barisan. Selepas pertempuran yang memakan nyawa sehingga 35, 000 pada kedua-dua belah pihak, pada hari kedua, Kesatuan berjaya mempertahankan kedudukan mereka daripada serangan Konfederasi.

3 Julai 1863

Jeneral Lee percaya bahawa di ambang kemenangan telah menghantar tiga divisyen tentera lagi untuk menyerang kubu tentera Kesatuan di atas bukit Cemetery. 12, 500 orang tentera dihantar yang merupakan satu pertiga daripada ketumbukan Konfederasi itu sendiri. Namun, tindakan Jeneral Lee itu dianggap sebagai kesilapan paling fatal buat tentera Konfederasi. George Pickett diamanahkan untuk memimpin 15, 000 orang tentera, mara sejauh 3 batu untuk menyerang Kesatuan. Kemaraan Pickett ini dikenali sebagai Pickett Charges, yang kemudiannya akan dibalas dengan serangan yang melibatkan hujanan artilerti dari tengah yang dilindungi oleh tembok batu, sementara unit tentera dari Vermont, New York dan Ohio membuat serangan merusuk dari kiri dan kanan.  Terperangkap dari segala arah, akhirnya Konfederasi terpaksa berundur selepas kehilangan terlalu banyak tentera.

Pasca-Pertempuran

Selepas pertempuran ini, lebihan tentera Konfederasi berundur ke Virginia semula. Meade dikritik kerana tidak mengejar lebihan tentera Konfederasi. Namun, selain daripada pertempuran ini menjadi titik tengah perubahan arus kemenangan berpihak kepada Kesatuan, ia juga dikenali kerana memakan banyak nyawa. Angka kasualiti yang dicatatkan 23,055 bagi pihak Kesatuan (3,155 terbunuh, 14,531 cedera, 5,369 ditangkap atau hilang) manakala bagi pihak Konfederasi, kasualiti pada pihak mereka sukar dianggarkan, tetapi selalu dirujuk kepada angka 28, 000.

RUJUKAN:

  1. History.com (2009) Battle of Gettysburg.
  2. Christopher Klein. (2013) 7 Things You Should Know About the Battle of Gettysburg. History.com

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.