Timur dan barat mengenal Alexander The Great sebagai maharaja agung Yunani. Apakah rahsianya yang dapat menawan dunia sebelum usia 32 tahun?

Kunci pertamanya adalah pendidikan. Sejak umur 16 tahun, Alexander berdamping dengan Aristotle, filsuf tersohor Yunani. Dunia falsafah juga membuatkan dia mengkagumi Achilles. Alexander siap membaca mahakarya Iliad semasa bersiap siaga ke Gaugamela.

Pertempuran Thebes di Yunani membuktikan kepimpinan Alexander. Revolusi yang menyusul selepas kemangkatan ayahandanya dapat ditumpaskan dengan cepat. Lantas, Alexander membakar kota Thebes sebagai amaran kepada negara kota yang lain.

Pada 334 SM, Alexander mengepalai perlawanan pertamanya dengan Empayar Parsi. Dia menggegarkan tanah Anatolia di benua asia kecil dalam Pertempuran Sungai Granicus. Dalam peperangan ini, satrap atau gabenor Parsi dapat disingkirkan.

Setahun kemudian, Alexander bertentang mata dengan Maharaja Parsi, Darius III dalam Pertempuran Issus. Meskipun telah mengerahkan tentera terbaiknya, Parsi terpaksa pasrah kehilangan wilayah baratnya ke tangan Yunani. Darius III sempat menyelamatkan diri kali ini.

Pada 332 SM, Alexander mengepung kota Tyre yang terletak dalam negara moden Lubnan hari ini. Inovasi raja muda ini mengejutkan pihak lawan. Dia membina tambak di sekeliling pulau kota itu, lalu menggerakkan menara kepungan untuk menyerang secara agresif. Pengepungan ini memberi kesan pada masa hadapan apabila ia menghubungkan kawasan pulau dengan tanah besar.

Setahun berlalu, Alexander bertemu lagi dengan Darius III dalam Pertempuran Gaugamela. Meskipun Parsi mempunyai angkatan tentera yang lebih ramai, Alexander mampu menggunakan taktikal terbaik sehingga Darius III terpaksa melarikan diri lagi. Kemudian, Raja Parsi yang kalah perang itu dibunuh oleh orangnya sendiri.

Dengan kemenangan Gaugamela, Alexander sudah melunaskan dendamnya dengan Parsi. Apa rahsianya? Masih banyak yang perlu kita bongkarkan! Tetapi apa yang pasti, ia bermula dengan seorang guru falsafah terbaik yang bernama Aristotle.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang meminati siri pertempuran yang mendebarkan, bacalah The Patriots – Pertempuran-pertempuran Agung : Seni Pertempuran Terulung! Klik: https://shp.ee/2gpn2rq


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply