Kita sudah mengenali hero-hero dan antagonis-antagonis yang muncul dalam DC dan Marvel Comics. Bagi peminat tegar, anda pasti sudah mengenali nama-nama seperti Batman, Superman, Spiderman, Fantastic Four, Doctor Doom, Norman Osborn, Joker dan Darkseid. Tetapi tahukah anda, tidak lama dahulu, kedua-dua gergasi komik ini pernah bergabung mewujudkan satu dunia baru bagi watak-watak komik mereka yang dipanggil Amalgam Universe?

Dalam dunia tersebut, semua watak dalam dunia DC dan Marvel Comics tanpa mengira sama ada mereka hero, antagonis, watak pembantu atau organisasi yang wujud digabungkan untuk bentuk watak atau organisasi baru. Contohnya, Marvel ada hero patriotik yang ada kekuatan luar biasa, Captain America (Steve Rogers). Dan Superman tanpa disangkal lagi ialah Man of Steel bagi DC Comics. Bila digabungkan kedua-duanya, mereka menjadi watak baru iaitu Super-Soldier. Walaupun ia watak baru dalam dunia ini, penulis-penulis dari dua gergasi ini memastikan nama tersebut tetap sinonim dengan sentimen peminat. Nama Super-Soldier itu sendiri, jika anda perasan ialah serum yang menjadi sumber asal transformasi Steve Rogers kepada Captain America. Sementara nama Super itu sendiri berkait dengan gelaran Clark Kent dalam DC Comics.

Clark Kent

Bagaimana ia bermula? Antara April 1996 dan Jun 1997, Marvel dan DC mengambil keputusan menerbitkan komik secara bersama di bawah label Amalgam Comics. Setiap isu yang dikeluarkan seolah-olah ia sudah wujud sejak sekian lama dari era 40-an dan 50-an sehingga ke tahun kewujudan ia. Dan penulis-penulis DC dan Marvel turut mengubahsuai tajuk kisah kedua-duanya termasuk elemen pengubahsuaian dan permulaan semula sesebuah komik. Contohnya, dalam Amalgam Universe, wujud satu konflik yang dipanggil Secret Crisis of Infinity Hour. Krisis ini ialah gabungan semua krisis yang dihadapi wira-wira DC dan Marvel iaitu Secret Wars (Marvel|1984), The Infinity Gauntlet (Marvel|1991), Crisis on Infinite Earth (DC|1985) dan Zero Hour (DC|1994). Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah mengubah kulit muka depan yang digunakan bagi menggambarkan perubahan dalam dunia tersebut. Contohnya, dalam isu komik yang menampilkan Secret Crisis of Infinity Hour, ilustrasi Superman mendukung Supergirl dalam kulit muka depan Crisis on Infinite Earths isu nombor 7 digantikan dengan ilustrasi Super-Soldier mendukung mayat pembantunya.

Acara tahunan ini dimulakan dengan mewujudkan satu pertembungan pada akhir isu Marvel vs DC pada 1996. Pada ketika itu, kedua-dua dunia DC dan Marvel ini digabungkan menjadi satu dunia baru dengan Amalgam Comics memberi gambaran apa yang berlaku. 12 isu dikeluarkan di mana separuh diterbitkan oleh DC sementara bakinya diterbitkan oleh Marvel. Pada tahun 1997, kedua-dua syarikat ini mengulangi perkara sama tetapi tidak membabitkan pertembungan kedua-dua dunia pada tahun sebelumnya.

Apa yang mendorong kedua-dua dunia ini bertembung? Mengikut cerita Marvel vs DC, krisis timbul apabila dua entiti dunia tersebut (dipanggil Brothers kerana mereka berdua bersaudara) menyedari kewujudan masing-masing selepas tidur sejak berbillion tahun dahulu. Lalu, kedua-duanya mula menolak antara satu sama lain dengan tujuan menghapuskan dunia masing-masing. Bagi mengelakkan situasi ini berlarutan, wira-wira dari kedua-dua dunia DC dan Marvel bertarung antara satu sama lain untuk mengelak kemusnahan dunia mereka. Ciri ini dilihat hampir sama berlaku dalam isu Time Runs Out Marvel di mana hero-hero Bumi versi Marvel Universe berlawan dengan hero-hero Bumi versi Ultimate Marvel untuk menyelamatkan kedua-dua dunia daripada musnah. Pertembungan ini yang membawa kepada kewujudan Battleworld II dalam Secret Wars Marvel 2015.

Selepas pertarungan berakhir dan kedua-dua dunia enggan mengaku kalah, Living Tribunal (watak kosmik Marvel) bekerjasama dengan Jim Corrigan/Spectre (DC) dengan bantuan Access (watak dicipta khas untuk Amalgam Comics oleh DC dan Marvel) menggabungkan kedua-dua dunia tersebut jadi satu dunia baru untuk memberi lebih banyak masa bagi penyelesaian kekal krisis tersebut. Bagi mengembalikan kedua-dua dunia kembali kepada asal, Access mengeluarkan serpihan batu dari kedua-dua dunia yang disembunyikan dalam Batman dan Captain America untuk membantu Living Tribunal dan Spectre kuasa untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala. Dan dengan bantuan Batman dan Captain America, mereka dapat menyedarkan kedua-dua entiti tersebut bahawa perbalahan mereka bersifat sia-sia, sekaligus menyelamatkan kedua-dua dunia dari kehancuran.

Walaupun ia tidak bertahan lama dan kurang popular dalam kalangan peminat pada ketika itu, tahun-tahun berikutnya menyaksikan ramai yang ingin tahu watak-watak kesayangan ramai menjadi apa dalam dunia tersebut. Jika anda penggemar siri televisyen Marvel, Agents of SHIELD dan Marvel Cinematic Universe, anda pasti mengenali Nick Fury versi Samuel L. Jackson. Tapi siapa sangka, Bruce Wayne atau Kolonel Bruce Wayne boleh jadi pengarah SHIELD dalam dunia tersebut? Atau Iron Lantern (gabungan watak Green Lantern versi Hal Jordan (DC) dengan Tony Stark/Iron Man (Marvel)? Bagi peminat Magneto versi Michael Fassbender atau Sir Ian Mckellen, anda pasti suka dengan Magneto (Erik Magnus) yang menggabungkan Eric Magnus (DC) dan Erik Lensherr/Magneto (Marvel). Apapun, ia satu eksperimen yang bagus tetapi sebagai penggemar komik, saya lebih suka status quo dikekalkan kerana ia bersifat original dan dekat di hati peminat.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply