Hari ini, ada yang menyokong Tuah kerana meraka mengatakan Tuah menyokong institusi, bukanlah sang raja yang zalim. Kebanyakan menyokong Jebat atas pepatah Melayu, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.” Ini kisah pertarungan mereka.
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat ini ingin menunjukkan betapa kesetiaan kepada raja merupakan isu yang cukup tinggi dalam kalangan orang Melayu kendatipun berbanding dengan persahabatan itu sendiri.
TETAPI nanti dulu, sebelum korang habiskan bacaan, tapi korang berminat nak baca kisah-kisah klasik dalam seperti ini, kami cadangkan korang beli buku kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Banyak lagi kisah seperti ini dalam tamadun kita. Beli: http://bit.ly/3QaAqpy
Sesiapa yang membaca mengenai Hang Tuah sama ada melalui Sejarah Melayu mahupun Hikayat Hang Tuah, maka dia harus tahu sikap dan pemikiran Hang Tuah. Hang Tuah meletakkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sultan dan tidak akan bertuan 2 atau 3 melainkan dengan Sultan Melaka sahaja
Jika Hang Tuah mempunyai perwatakan sebagai seorang yang terlalu taatkan raja, maka Hang Jebat pula mempunyai perwatakan sebagai seorang yang mementingkan semangat setia kawan sehingga sanggup mengkhianati raja.
Apabila Hang Tuah dihukum “bunuh”, Hang Jebat telah diberikan jawatan sebagai Laksanama Melaka bagi menggantikan Hang Tuah dan bersama dengan pelantikan itu, Keris Taming Sari turut diserahkan kepada Hang Jebat. Kesempatan ini telah diambil oleh Jebat untuk naik amuk di istana sehingga memaksa Sultan Mansur Syah, permaisuri serta sekalian isi istana melarikan diri. Walaupun dikepung oleh para pengawal, namun tidak ada seorang pun yang berani masuk untuk berlawan dengan Hang Jebat.
Pada waktu itu, tiba-tiba Sultan Mansur menjadi sebak teringatkan Hang Tuah. Baginda berkali-kali menyebut nama Hang Tuah sehinggalah didengari oleh Seri Nara Diraja bahawa dahulunya diperintahkan oleh baginda untuk membunuh Tuah (Sejarah Melayu).
Apabila sudah terlalu kerap Sultan Mansur menyebut nama Tuah, maka Seri Nara Diraja cuba memancing Sultan Mansur bagi menentukan sama ada baginda masih marahkan Hang Tuah ataupun tidak.
Apabila beliau pasti bahawa Sultan Mansur Syah sudah tidak marahkan Hang Tuah, maka Seri Nara Diraja berterus terang bahawa beliau tidak membunuh Tuah tetapi menyembunyikannya di kebun anaknya.
Jelas, riak wajah Sultan Mansur Syah berubah selepas mengetahui Hang Tuah masih hidup. Baginda memerintahkan Hang Tuah dipanggil segera. Setibanya Hang Tuah disitu, baginda menjadi sedih apabila melihat pahlawannya itu telah kurus dan tidak terurus.
Maka, baginda memberi makan kepada Hang Tuah. Apabila selesai menjamu selera, maka Sultan Mansur Syah menyerahkan keris di pinggangnya kepada Hang Tuah dan memerintah pahlawan kesayangannya itu supaya mencuci arang dimuka baginda.
Tanpa berlengah lagi, Hang Tuah segera pergi mendapatkan Hang Jebat untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu istana pada waktu itu. Apabila sampai di istana, Hang Tuah telah memekik kepada Hang Jebat yang sedang bersenang-lenang di dalam istana
Hang Jebat tidak menyangka bahawa kawan baiknya itu masih hidup. Namun, segalanya sudah terlambat. Jebat tahu bahawa kedatangan Tuah pada kali ini atas perintah raja untuk membunuhnya. Jadi, pilihannya kini sama ada untuk membunuh atau dibunuh.
Apabila Hang Tuah hendak naik ke istana, maka diterpa oleh Jebat. Apabila Hang Tuah mengajak bertikam di kawasan lapang, Hang Jebat menolak kerana takut ditikam oleh orang lain.
Selepas beberapa kali hendak naik ke istana dihalang, akhirnya Jebat telah membenarkan Tuah untuk naik ke istana bagi menyelesaikan permasalahan mereka berdua.
Hang Tuah tidak dapat bertikam dengan baik kerana keadaannya masih ketar dan tidak tetap kedudukannya akibat lenguh dipasung terlalu lama. Di dalam istana itu, ada seorang gundik raja yang mati dibunuh dengan dikelar oleh Hang Jebat dari muka hingga ke faraj.
Semasa bertikam itu jugalah Hang Tuah mengambil kesempatan untuk menguis kain sehingga berjaya menutup aib mayat tersebut. Beberapa kali keris Hang Tuah melekat di dinding, namun diberi peluang oleh Jebat untuk mencabutnya kerana helah Tuah.
Akhirnya, keris Hang Jebat pula melekat di dinding, maka Tuah mengambil kesempatan itu untuk menikamnya sebanyak dua kali sehingga Jebat tersungkur disitu. Dalam Hikayat Hang Tuah pula, Hang Jebat dikatakan mati dalam ribaan Hang Tuah.
Hal ini bermakna Hang Tuah masih berasa belas ihsan kepada kawannya itu walaupun sudah menderhakai Sultan. Menurut Hikayat Hang Tuah pula, mayat Jebat telah digantung di gerbang jalan besar selama tujuh hari.
Selepas itu, ia digantung pula ditengah jalan raya supaya memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak lagi berani menderhaka kepada raja.
Kisah ini memberi banyak pengajaran kepada kita dalam melakukan tindakan. Antara pengajaran yang boleh kita ambil dan terpenting bagi saya ialah kita harus menyiasat atau mengambil tahu perkara yang sebenar sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih