20 tahun yang lalu, seorang lelaki Serbia bernama Panta Petrovic memilih duduk di sebuah gua di sebuah kawasan pergunungan Stara Planina di selatan negara itu. Hasratnya hanya satu, cuba mengelak daripada sebarang hubungan dengan masyarakat. Sekali-sekala sahaja dia pergi ke bandar berhampiran untuk mencari sisa makanan dalam tong sampah.

Tetapi dalam satu lawatan ke Pirot, Petrovic mendapat tahu pandemik Covid-19 sedang melanda seluruh dunia termasuk bandar kelahirannya itu. Selepas mendapat tahu vaksin boleh diambil, dia segera mengambilnya dan menggesa orang lain melakukan perkara sama.

Bila ditemubual oleh agensi berita AFP, dia melihat virus Covid-19 tidak memilih siapa mangsanya. Dan lambat laun, ia akan datang menjangkiti dirinya jika Petrovic tidak berhati-hati. Gua yang menjadi kediamannya sejak 20 tahun lepas hanya boleh diakses melalui tangga tinggi. Perabotnya berupa tab mandi lama yang ditukar fungsi sebagai tandas, beberapa buah bangku dan timbunan jerami sebagai katil.

Petrovic turut memberitahu sebelum ini dia bekerja sebagai buruh baik di Serbia dan luar negara. Dia pernah berkahwin beberapa kali tetapi kesemua perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian. Turut dikenali sebagai pencinta alam, Petrovic mendapati masanya di belantara memberinya kebebasan yang tidak pernah dirasakan bila berada di tengah-tengah masyarakat.

Rajah 1: Petrovic di luar guanya di Pirot, Serbia. Sumber: AFP

Dia merasakan kehidupan di bandar dan interaksi dengan orang lain sebagai menyusahkan. Dan itu mendorongnya menghargai kehadiran teman-teman berupa haiwan-haiwan peliharaanya semasa di situ. Tetapi berikutan ancaman binatang buas, kebanyakan haiwan peliharaannya ditempatkan di sebuah kandang yang dibinanya di pinggir bandar.

Antara haiwan yang dipeliharanya ialah beberapa ekor ayam, beberapa ekor kambing, 30 ekor anjing dan kucing serta seekor babi hutan bernama Mara. Mara diselamatkan Petrovic dari belukar lapan tahun lepas semasa ia masih kecil dan diberi susu sehingga ia kembali pulih.

Kini, babi seberat 200 kg itu tidak segan makan epal yang ditawarkannya dan suka bergolek dalam anak sungai. Baginya, Mara memberinya kegembiraan yang tidak dapat dijual beli dengan apa-apa pun.

Rajah 2: Petrovic bersama haiwan peliharaan kesayangannya, Mara. Sumber: AFP

Walaupun duduk di kawasan belantara, Petrovic turut mendapat elaun kebajikan kerajaan. Selain itu, dia turut mendapat sumbangan wang dan makanan diperlukan untuk menjaga keperluan haiwan-haiwannya itu. Selepas vaksin disediakan di bandar berhampiran, dia segera pergi dan mengambilnya tanpa perasaan ragu-ragu.

“Virus ini tidak memilih, bila tiba masanya, akan datang ke gua saya juga,” ulasnya ketika mengambil vaksin.

Bila ditanya tentang pandangannya tentang golongan anti-vaksin, Petrovic menyifatkan kebimbangan mereka tentang vaksin sebagai mengarut. Baginya, dengan mengambil vaksin, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan dan kematian akibat Covid-19. Malah, Petrovic tidak teragak-agak mahu mengambil dos tambahan sekiranya ditawarkan oleh perkhidmatan kesihatan dan menggesa warga Serbia lain untuk mengambil vaksin.

Sebelum berpindah ke kawasan belantara, dia menggunakan seluruh wang yang ada padanya ketika itu sebagai dana untuk membiayai tiga buah jambatan di bandar berkenaan. Bila ditanya mengapa dia berbuat demikian, Petrovic melihat wang sebagai satu sumpahan dan lebih banyak merosakkan manusia daripada membahagiakannya.

RUJUKAN:

AFP. (2021). Serbian cave hermit gets Covid-19 vaccine, urges others to follow. The Straits Times.

Sumber gambar: AFP


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.