Umum dimaklumkan bahawa 18 Mei ialah tarikh yang sangat penting atas dua faktor. Pertama sekali, hari tersebut ialah hari ke-14 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dimulakan.

Bermakna sebelum 18 Mei sepatutnya kadar penularan koronavirus bertambah. Memandangkan keadaan negara masih terkawal, ia bererti Malaysia semakin menang.

Tetapi itu bukanlah satu-satunya dugaan yang perlu ditempuhi, kerana pada tarikh itu juga dijangka satu usul undi tidak percaya akan dilaksanakan terhadap Muhyiddin Yassin (Astro Awani, 2020).

Jika usul ini berjaya, Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dengan tempoh paling singkat dalam sejarah. Ia juga menandakan bahawa negara berada dalam krisis politik yang tidak menguntungkan sesiapa.

Sangkaan Pakatan Harapan meleset apabila persidangan 18 Mei dijadualkan hanya untuk mendengari perutusan titah diraja daripada Yang Di-Pertuan Agong (Malaysia Kini, 2020).

Dalam persidangan tersebut, Sultan Abdullah menerangkan apa yang berlaku demikian hari sebelum Muhyiddin diluluskan untuk upacara angkat sumpah.

Dan melihat usul tidak dibenarkan (buat masa sekarang), Dr Mahathir berpendapat persidangan tersebut boleh dilanjutkan lagi (Hidayah, 2020).

Pakatan Harapan kata beliau tidak dapat menerima alasan kononnya persidangan terhad kerana koronavirus. Dan beliau menegaskan beliau tetap akan meneruskan usul undi tidak percaya (Harits, 2020).

Bukan Dr Mahathir sahaja yang menyentuh tentang persidangan hari ini. Xavier Jayakumar mempunyai kenyataan lebih panas lagi, bahawasanya “persidangan hari ini akan menjadi sampah dan tidak bernilai”. Beliau menjelaskan bahawa “semua orang selama sejam hanya untuk mendengar titah Yang Di-Pertuan Agong.”

Di sini kebiadapan pertama sudah jelas. Harus dipersoalkan apakah Xavier berpendapat titah Yang Di-Pertuan Agong sampah dan tidak bernilai? Kerana perkara tersebut boleh dilihat.

Status Kerajaan Semasa

Xavier berpendapat bahawa kerajaan hari ini “takut dengan usul undi tidak percaya” yang akan dibuat oleh Dr Mahathir. Jadi perutusan baginda ialah penipuan (charade) yang dimainkan oleh golongan pengkhi4nat.

Di sini satu lagi perkara harus ditekankan – memandangkan Sultan Abdullah sendiri membuat perutusan, apakah Xavier sedang mengatakan beliau sebahagian daripada golongan pengkhi4nat?

Sangatlah lucu apabila Xavier menistakan bahawa Perikatan Nasional ialah “l4nun yang tidak diundi oleh rakyat”. Ini menunjukkan kemahirannya untuk memintal hakikat demokrasi dalam negara.

Ataupun kejahilannya dalam bentuk kerajaan diamalkan Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak pernah mengundi sebuah kerajaan. Sebaliknya setiap pilihanraya dianjurkan untuk melantikkan wakil-wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Perwakilan ini yang akan membentuk kerajaan dengan mencalonkan satu nama sebagai calon ketua kerajaan.

Jadi mereka tidak merampas apa-apa pun. Sebaliknya berdasarkan pendedahan daripada rakaman suara mesyuarat Pakatan Harapan, jelas sekali punca kejatuhan kerajaan yang diundi rakyat ialah keretakan dan perpecahan dalaman.

Malah Sultan Abdullah sendiri menasihati Dr Mahathir supaya tidak meletakkan jawatan (Ahmad, 2020).

Jika benar Pakatan Harapan mempunyai bilangan, tentu sekali Sultan Abdullah mencalonkan Dr Mahathir semula.

Maka usahlah berdusta di hadapan kamera untuk membuat video hanya untuk diberikan reaksi amarah dan ketawa.

Tentang Pakej Rangsangan Ekonomi

Xavier sedang kecoh bahawa RM250 bilion sedang dibelanjakan tanpa kelulusan daripada Dewan Rakyat. Kononnya mereka akan menyokong penggunaan, cuma ingin mendengar ciri-ciri sahaja.

Kalau betul ingin mendengar, kenapa wujud perbezaan dari segi penyampaian maklumat daripada Pakatan Harapan?

Seorang berkata ingin mendengar ciri-ciri. Seorang pula ingin membuat undi tidak percaya.

Dengan rekod kepercayaan Pakatan Harapan, semua tahu hujah siapa lebih relevan dalam hal ini. Kemudian Xavier bermadah pasal “industri sedang bercakap dengan kami”.

Selama 22 bulan Pakatan Harapan memegang kerajaan, dasar ekonomi yang diamalkan menghasilkan pertumbuhan. Tetapi dari segi diplomasi dan pelaburan, sengatannya sangat jelas.

Berikutan sikap guruh petir ketua kerajaan – dan juga cerita pelik-pelik tentang hutang negara dan GST.

Tentang manifesto kerajaan, ia disebut sebagai panduan sahaja. Sedangkan tawaran itulah yang diinginkan rakyat.

Jadi buat masa sekarang, pembangkang perlu memberikan sokongan kepada Muhyiddin – dan apabila datang peluang, barulah mengusulkan undi tidak percaya.

“Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan.”

RUJUKAN:

Ahmad, N.I. (2020, Mei 18). King tried to advise Dr Mahathir against resigning. The Edge Markets. Retrieved from https://www.theedgemarkets.com/article/king-tried-advise-dr-mahathir-against-resigning

Astro Awani (2020, Mei 8). Dewan Rakyat terima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-politik/dewan-rakyat-terima-usul-undi-tidak-percaya-terhadap-muhyiddin-242099

Harits, A.H. (2020, Mei 18). Tun Mahathir tetap teruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahathir-tetap-teruskan-usul-undi-tidak-percaya-terhadap-muhyiddin-243416

Hidayah, H. (2020, Mei 18). Dewan Rakyat patut boleh bersidang lebih lama: Tun M. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/84064/BERITA/Nasional/Dewan-Rakyat-patut-boleh-bersidang-lebih-lama-Tun-M

Malaysia Kini (2020, Mei 13). Parlimen hanya dengar titah diraja, tiada usul undi tidak percaya. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/525467


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.